Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Monday, 29 November 2010

Alhamdulilah..hehe

Assalamu'alaikum..

i;m back!! haha..
baru lepas balik dari Sg Dara..rehlah ngn kawan2 3 hari 2 malam..
sungguh seronok!
Gambar n segala aktiviti kat sana akan diceritakan dan diupload kemudian k!

take care!
enjoy holiday,

wassalam
p/s: muhasabah diri

Thursday, 25 November 2010

CONTEST !!

Assalamualaikum ..ni nk masok peraduan ni...
thank you  hareez haiqal sebab tag kan sayer.. trima kasih bebnyk yerk! jasamu akn ku kenang~



syarat -syarat penyertaan.


1. anda mesti menjadi follower blog keduasaya.http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.
4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah

earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

gamba yang dipertaruhkan~
my brother and me(Aliyaa)

oleh kerana syarat-syaratnya kena tag 8 ORG..
tag 8 org tersebut ialah :




Wednesday, 24 November 2010

sick..

assalamualaikum..

ermm..pernah makan tak hati berulam jantung?? apa rasa nya???
tentu sakit..
apa rasanya bila sahabat yang kita sayangi cakap ''banyaknya masalah aku'' and than ''siapa lagi kalau tak tambah masalah'' oh GOD!!
lemahnya iman ku waktu ini..
air mata ingin berderai namun ku tahan dan terus menahan..
nur letih..

buat teman tersayang..maaf seandainya masalah nur selama ini menjadi bebanan mu..dan memperbanyakkan masalah mu.. engkau juga berkata ''susah senang kita lalui bersama'' ''jangan pendam'' ''macam mana **>/+ nak tahu tolong kalau tak diri sendiri tu tak nak cerita ka orang?'' ''kan dapat mengurangkan beban?''

sekarang..? dengan riak seriusmu...dgn berkata seumpa masalahku menjadi bebananmu selama ini..nur jadi sedih...pilu..hendak ditelan..pahit sekali..

maafkan ku teman..
wassalam..

Tuesday, 23 November 2010

teman zaman kanak2 riang..

assalamu'alaikum..

hehehe
woahh...happy nye..
zaman kanak2 riang masa tadika...masa sekolah rendah...and now sekolah menengah,,masih ingat pada ku...wuuhhuuu

terharu sangat bila nur tanya..ingat ke nur ni sapa..? and then dia jwab ingat..and tell my name,,and then nur ckp ''itu yang tertera memang la kenal'' dia jawab.. ''kenal lah..dari zaman kanak2 riang tadika, sekolah rendah, and now sekolah menengah'' hoho terharu sangat bila dia ingat...

nak tau siapa dia?? haha..x payah la ye..heee

dia juga la yang sama2 nakal masa kecik2 dulu..hoho, and first love gak masa tadika..haha hingusan lagi time ni...x boleh bla kan?? owh ye..dia lelaki..and dulu kami rapat..and nak dekat 5 tahun tak pernah bersua muka.. last jumpe pun kat rumah ain..tapi time tu macam dalam mimpi je jumpe kawan sepermainan..haha..time tu bnyk kali gak tanya ain betul ke tu dia..hoho lepas tu until now..tak pernah jumpe lagi..hee

tu je la nak story,.,.
wassalam
p/s: abg nak fly ke melaka for sambung study..huhuh sedihnya nak berpisah..;(

Saturday, 20 November 2010

untuk seketika..

Assalamu'alaikum..

huhu...semalam, kereta yang dipandu ayah nyaris kemalangan di highway menuju ke kL..ermmm...kereta hilang kawalan dan hampir merempuh pembahagi jalan...dan hampir dirempuh kereta lain...huhuh untuk seketika..terasa dunia ini akan berakhir..tapi alhamdulillah..semua selamat..masing-masing semua dalam keadaan panik..
ibu yang duduk di sebelah nur, diraih tangannya untuk memberi comfort..huhu..

tiba-tiba nur terfikir..andai semalam hari akhir nur di dunia...apa akan terjadi pada semua orang, penerimaan orang lain tentang berita ni?, amalan-amalan selama ini, akan diterima or tidak..hanya urusan Allah kan?

ermmm....
nak cerita apa lagi ek?

hoho..hafiz ajak tengok hP esok..nak pergi ke?

wassalam..
p/s: yeay!! rindu kian menghilang lepas berbual ngan mereka berdua tadi..hehe suke-suke sangat..;p

Friday, 19 November 2010

school holiday+ mood swing..

RINDU..

i miss them so damn much!!
cam ne nie?? rasa macam tak cukup nafas je nak rindu segala bagai ni..huhu

"Ya Allah, aku bermohon padaMu agar lenyapkanlah rindu palsuku ini..dan gantikanlah dengan rindu syahid di jalanMu..ameen"

morning..

wassalam..
p/s: nyaris2 sakit jantung sebab phone bunyi tadi..huhuh

Thursday, 18 November 2010

Raya Aidiladha

Assalamu'alaikum..

actually, nur update gak blog pada hari ini kerana tak boleh tidur...huhuhu now 3.29am ermmm...
hari ni makan~makan~n~makan~!! huhuhu

letihnya terasa..tapi tak boleh nak tidur...huhu what can i do now??
hati ni asyik tak keruan je...huhu contact hafiz x dapat...i think maybe he got problem with his phone...ermmm nak mengadu kat azam.., rasa pelik pula sebab dah lama tak buat kerja-kerja tu...huhuh

nak mengadu pada siapa ni?? Pada Ya Rabb??
" Ya Allah, Ya Tuhanku,,aku berlindung pada Mu dari hasutan syaitan yang direjam, dari fitnah dunia yang menyesatkan dan zina hati yang melalaikan..aku berlindung padaMu Ya Rabb..ameen.."

Today picture,


Gambar kami 3 beradik yang cute3 time raya haji ini,,hoho

k la..chow..
wassalam..
p/s: Harry Potter keluar hari ni!! hoho ZZzzz

Tuesday, 16 November 2010

Eiduladha

Assalamu'alaikum..

Selamat Hari Raya Aiduladha ye wat semua..hehe
yang balik kg tu say kat sape2 yang drive parents ke, abg ke, kakak ke, untie, or uncle ke...Hati-hati ketika memandu...terutama kat sahabat saya..azam..still otw ke kelantan..khabar nye jalan jam..huhuh sabar la ye..nak sambut raya bukan senang...hehe

owh..ye azam2, nur still tunggu penjelasan...about ''sambil menyelam sambil menangis'' i will not forget it ya!! haha..

eh..thanks to hafiz yang mengajar makan sushi tadi..haha x sedap!! n sorry sebab curik cd game..hoho padan muka..;p
thanks farah hani gak sebab teman pergi sunway..huhu kalau tak terpaksa bersendirian...;p
masing2 dgn hp sementara menunggu sushi,., (*_^)

bento!!

farah hani berani mati dengan wasabinya..haha

haha...sedap x??


haha...comel je.. ;p



sudah habis sudah kenyang!! haha


ermmmm...salmon sushi sedap!!! hoho

yang pasti memang kelakar!! esok nak raya nie..boleh pula pergi sunway ek?? hoho~

k la..
happy eiduladha..

wassalam..
p/s: HARRY POTTER 18 NOVEMBER!!

Sunday, 14 November 2010

Belakang Tabir P.A.G (sehingga saat2 akhir b4 majlis bermula)

Assalamu'alaikum..

haha..just nak share kat all readers..about pe yang jadi sebelum-sebelum annual gathering..


kami betul-betul fokus kat P.A.G pada time betul-betul habis paper 3 kimia+fizik
petang tu kami keluar hang out untuk cari barang..

Isnin (1 November)
~firstime keluar ramai-ramai untuk sekian kali nya..pergi beli dan servey barang untuk p.a.g kat CM and MID
~yang pergi time tu..
hafiz, nur, ain, tira, ariff, safiq(bkn ajk) n ada dua dari student biasa, cha and wan
haha...time ni for the first time gak..hafiz belanja nur bento! terharu gila..;p
kitorang lepak kat kfc mid sebelum balik
actually p'g mid sbb khabarnya oleh ain ada party shop so nak servey gak barang kat sini en..tapi hampa sungguh...;p

selasa (2 november)
~meeting ngan ajk2 yang lainnya..
~banyak lepak je kat musallah tu sambil merancang strategi..haha
~meeting ngn pengawas petang

rabu (3 november)
semua form 4 exam so xde p'jumpaan
~ptng de test masa utk p'sembhn..
haha p'smbhn dak form 2 n 1 kelakar..n bosan! ops!! sorry,,ngee


khamis (4 november)
pagi2 lagi da kena tengking ngan hafiz sebab tak nak join meeting kat musallah..sedih sangat..down gila time ni,,huhu
~bnyak buang masa kat musallah..disamping membawa diri
~bincang2 strategi n plan
~bincang nak hang out sabtu
~tengok movie hp series.haahaha(for release tensyen k!) n menjana idea sekali
~petang sket tengok persembahan dak form 1

sabtu (6 november)
~kelaur dengan hafiz..(should be pergi ngan ajk lain sekali...bengang tol! tapi lillahi ta'ala kan?)
~actually kami pergi dengan cik azwani & cikgu ezlie
~pergi cari kain kat nagoya alam sentral beli around 24 meter harga around 115.20 haha..than cari lilin kat romantika..hafiz suruh nur pilih tapi jd mcm cik azwani pula yang wat keputusan..hahaha
~sebelum pulang cik azwani belanja makan
~kena lecturer ngan cikgu ezlie about pengurusan kewangan..huhuh
~sepatutnya nak shoot terus ke kL tp macam da tak sempat terus shoot balik rumah haha...letih!

ahad (7 november)
~ nak kuar p'g kL should be pagi pukul 10 nak kuar..tapi nur keluar rumah pukul 11..haha membebel hafiz dalam phone..(dah la time ni pakai public phone!)
~sampai kat semua house disambut oleh hafiz dengan senyuman yang sangat2 tak boleh bla..haha (tak boleh lupa senyuman maut yang dia bagi)
~ check barang2 dekat wedding shop..hak2..nur terfikir cam kami nak kahwin(ckp kat hafiz cam tu mau nya kena backhand! haha) tp serius..mmg cari barang macam mood nak kahwin..;p haha (x sabar lak nak kawin wekk!!)
~kami cari bag for doorgift n simple gift yg ada ucapan thank you with pen tu sekali beli kat situ
~hafiz sakit kepala time tu, and tengok keadaan dia wat nur rasa nak nagis je..huhu
~before balik singgah ke TIMES SQUARE
~hafiz cakap member dia habaq ada kedai ala2 ghost and ala2 party shop..memang ada pun.. tp kedai yang ala2 ghost tu hanya ahli je boleh masuk.. yang party shop tu plak kami beli bergelen2 belon sebab ternampak kat ghost house theme park ada belon..haha
~yang pasti hafiz sangat kecewa sebab pumkin xde..org tu kate time hallowen sesion je ade..;p
balik dengan perasaan kecewa for hafiz untuk nur biasa je..haha
~nur nak ambik stickerpicture ngan hafiz!! tp hafiz x nak,,sedeh je,,;p
(boleh kata sepanjang perjalanan pakcik hafiz ni membebel..huhuh)

isnin(8 november)
~ pergi shaaz bincang ngan hafiz sebab ada duit short around 2hundred ringgit (sekolah cuti time nie)
~haha rupanya duit tu ada dalam fail nur

selasa (9november)
~aaaaaaaaaaaaaaaa..pagi2 lagi da diasak dengan berita tergempar!! P.A.G bertukar tarikh ke hari JUMAAT(12/november)
~tensyen2, tp cikgu cakap tak conferm lagi..ermmm
~pack2 kan doorgift kat gift bag..ermm..
~hafiz lak bukak video untuk how to make hallowen decoration untuk bdk2 ajk lain tengok
~stay back sampai petang, first day lagi hafiz da naik angin sebab exco tertinggi masuk bilik gerakan tanpa kebenaran n ajk bocorkan rahsia about plan ermm
~petang sikit, cikgu hazel datang melawat n pesan suruh stay sampai petang
~petang2 lagi sikit cikgu hazel dtg bawa candle holder, haha..lawa2..tp amaran yg dbg memang tak boleh bla,,"hilang or pecah'' saya jual kamu!! haha

rabu ( 10 november)
~masih terus membuang masa di musallah membersihkan candle holder..ermm..itu je la aktiviti kami
~hafiz ada jamuan kelas
~nur tidur kat musallah sebab terlalu letih dan tak berapa sihat..
~tp ambra asyik kacau je..huhu
~lastly layan pe yang ambra nak and the end sambung tngok movie hp series dekat musallah..
~petang2 sket gie mydin ngn hafiz n ariff zuhaili, cari barang untuk decoration
~time perjalan ibu story pasal syirik org yang mengikut upacara agama lain termasuklah hallowen..huhu
~terus hafiz xde mood last2 nur pujuk suruh beli je pe yang patut dulu and baru tanya ustaz yang lebih arif..
~msg ngn abg nabil about persembahan..ee melayan pakcik ni memng kena sabar bnyak2..haha minta tajuk lagu tapi satu pun dia x berkenan..ish..geram je..


khamis (11november)
~aiishh pagi2 cikgu salbiah msg about P.A.G conferm hari jumaat..ishh2..
~serabut gak kepala..huhu pagi2 siapkan lagi sikit kertas untuk ditmpal dekat doorgift bag..
~pasang langsir kat dewan..woaahh n sapu2 pe yang patut
~menjelang tengahari cikgu salbiah bising2 sebab invitation card x hantar lagi...adehh tensyen2.
~nangis sebab pintu musallah tak dapat buka..haha (actually sebab terlalu tensyen)
~petang2 sket kena lecturer dengan semua guru pengawas sebab prepairation menghampakan
~hafiz and another ajk2 yang lain bengang ngn abg ismat sebab cakap tek surupa bikin..grrrr bengang gila time ni!
~malam stay back..aisehh nur pergi sekolah sendiri ngan farah hani sebab ibu moody..huhuh cam nak nangis je time nie,,
~malam tu kitorang karoke..haha (xde maknenya!!) tp this is the best moment ever!! bak kate kak mira

jumaat(12/november) beberapa jam sebelum majlis
~still dengan prepairation dewan n hadia yang tak cukup..
~uwwwwwaaa rasa bersalah gila time ni..macam nak give up
~hafiz cakap'' bak kate cikgu kalau sorang menyelam, semua kena selam sekali'' haha kata2 tu berbekas kat hati.
~and. the end P.A.G kami berjaya!! alhamdulillah..
(candle holder cikgu ada yang pecah!! uwwaaaaaaaaaaaaa KENA JUAL!!)




kredit to my beloved photographer_Muhamad Khairul Azam(Black Knight)

p/s: yang pasti hampir all the time sepanjang prepairation..nur asyik kena buli dengan hafiz je..dari segi mental n fizikal sekali..huhuhuhuh n one more thing.. hafiz ckp ''firstime hafiz tengok nur mengemas, RASA PELIK+JANGGAL'' huhuhu

wassalam


Saturday, 13 November 2010

Prefect Annaul Gathering 2010

Assalamu'alaikum...

'aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
haha..seronok-seronok..berakhir hari ini maka berakhir lah sudah Majlis Prefect Annual Gathering kami untuk tahun 2010..iaitu pada 12 november..yang sepatutnya 13 november
alhamdulillah..syukur tak terhingga ke hadrat ilahi dengan rahmat dan limpah kurnianya dapat ajk2 P.A.G menjayakan program ini dengan baik dan amat meriah sekali..

thanks to hafiz, yang sentiasa support nur bila disaat-saat memerlukan..haha kamu memang ketua yang hebat n baik sangat..sebenarnya..baru nur sedar kita sangat memerlukan di antara satu sama lain..
when i cry..walaupun hafiz tak dapat jadi crying shoulder tspi hafiz setia dengan kata-kata nasihat n penguat semangat..hee Tahniah!!
perjalanan untuk menjayakan P.A.G sangatlah berliku dan berduri..membuatkan ukhwah kite utuh di samping everything kita lalui sama-sama untuk jayakan program ni..
i'm proud to have friend like you dear,, best friends ever!! hehe

thanks a lot to, azam gak.. you teach me a lot,,about life, haha maybe it sound funny but now i realize that i have something towords you..haha..(gile)

thanks to abg nabil yang sangat-sangat selalu memberikan motivasi kepada nur agar lebih tabah untuk menghadapi kehidupan..thanks gak sebab menjadikan P.A.G kami meriah n mengurangkan tekanan nur..thanks gak sebab ajak nyanyi sesama ngan yang lain-lain tadi untuk lagu Permataku..cayalah..best sangat2 even last minit, kamu berjaya lakukan yang terbaik..haha eh bro..GOOD LUCK SPM key??
jumpa lagi nanti insya-Allah..one day,,

thanks to haiqal..sebab kadang kala kehadiran kamu mengurangkan tekanan..huhu

n not forget to say thanks to firdaus sebab so much lend a hand for me. you are so kind but jangan sampai kena buli tau! i really worried about you..

haha..nak menjayakan P.A.G ni sangat-sangatlah membuatkan nur dalam tekanan sehingga jadi demam..ngee..;D

yang pasti nur belajar a lot of things..happy sangat..

malam ni juga merupakan malam bersama 4 akaun..
hehe, walaupun pada asalnya tak nak pergi sebab keletihan yang terlampau..tapi sebab setelah hampir 2 minggu tak jumpa kawan-kawan kelas..ini lah last untuk bertemu semuanya..
than balik tadi nyaris nak balik sendri jalan di dalam kegelapan malam untuk memiliki at least sedikit masa bersendirian..tak berjaya sebab azam mengekori dari belakang..aisshh semak je kot..ngee ;p

tu je lah update kali ni..
feeling yang sebenar-benarnya..sangatlah nur tak pasti..ada kala rasa macam nak menangis..dalam masa yang sama gembira..haha

yang pasti penat sangat..
wassalam..

p/s: fly away

Wednesday, 10 November 2010

Fitrah sebuah kehidupan.. (ii)

Assalamu'alaikum...

fitrah sebuah kehidupan..
ermm...
suka, duka, tawa, tangis, air mata, gembira..
fitrah kan?
kecewa, merana,
jatuh cinta for first love..
entah la..

aku kena bertahan...

i will..

Monday, 8 November 2010

emo

Assalamu'alaikum..

weird kan??
ermmm... nur??
haishh..
sejak akhir-akhir ni..kenapa kerap sangat touching eh??
bende-bende kecil pun nk terasa..bukannya penting sangat..bukannya masalah negara..
hey..janganlah nagis..bende kecil je tu..

sejak akhir-akhir ni..
bila happy..happy sangat...
bila marah..marah sangat...
bila sedih...over..
kenapa??
apa dah jadi dengan nur?? kenapa ni?? janganlah nagis..huhu
emo kan??
Ya Allah nape ngan nur ni??

bukan senang nak jadi muslimah sejati..
solat jaga..
telinga, fikiran, mata, hati semua terpelihara..
tapi mulut? suara?
terlalu banyak suara ini melakukan dosa..masalah besar tu..

kenapa emo sangat ni?? janganlah nangis..huhuhu

woaaaaaaaaaaahhhhhh...sooooo penat..huhuh

Assalamu'alaikum..

ecceeh..
penat lagi la...huhuhu memang la penat, sejak balik tadi tak rest-rest lagi..huhuh
eh?? balik? pergi mana?? hahaha merepek sudah...haha
tadi dengan best friends nur..round kL sebab nak selesaikan permasalahan Prefect Annual Gathering..ermmm..

penat gila kot!!! melayan kerenah kawan satu hal, kaki lenguh satu hal..sakit kepala@migrain satu hal.haishh..macam-macam hal..ha! athma pun satu hal..time macam ni la nak wat hal..tapi nur nak jadi macam ibu..ibu kan, sakit macam mana pun dia cool je,,releks je macam nothing happen..ermm padahal dia sakit tu..huhuh ibu pandai menyembunyikan sakit@ melawan rasa sakit untuk servive demi anak-anak dia..so dari sekarang la nur kena belajar untuk lawan n sembunyikan segala sakit bagai..hee masa shopping tadi best friends nur ni sakit kepala..nak nangis tengok dia suffer..ermm.. so nur simpan je rasa sakit nur..sebab memandangkan dia pun sakit kepala..fikir hal itu, hal ini...masa silat sebelum tu pun dia ada cakap dia terhantuk..uichh..sakitnya...benjol kepala dia.. sedangkan time tu, nur punya kepala sakit tahap gila la juga,., athma pun datang time tu juga..haila...tak pe2 demi best friends yang sanggup bersusah payah..nur sembunyikan perkara ni sebab tak mahu membebankan@memeningkan@menambahkan masalah yang sedia ada...heee baik x? (''baik'' la sangat..;p)

haha~ actually best friends nur and cikgu azwani..pergi dulu sebab nur pergi lewat sikit...haih..payah..ermm..
kat sana masam mencuka pak cik best friends kite nie..haha senyuman dia time tunggu depan Semua House tu..haih..memang tak boleh bla betul..da la sepanjang perjalanan sebelum sampai situ sememangnya nur tak de hp..aleh2 cari public phone..jenuh kena dengar dia bebel dulu(mukadimah la katakan..haha)

tapi..hari ini punya jalan2..sedikit sebenyak mengurangkan episode sedih nur..;p
hari ni nur asyik mengeletik je kat dia...hahaha(mood gatal time ni) dia pun naik rimas agaknya...hahah

tapi..hari ini sangat-sangatlah seronok....hahahahah
hehe
jaga diri, jaga iman, jaga amal key...
chow...
wassalam..
p/s : countdown P.E.G 6 day LEFT

Saturday, 6 November 2010

Sajak Aminah Qutb untuk bakal suami..

Assalamu'alaikum..

 Alhamdulillah..setelah berbalah-balah dengan sahabat saya mengenai cinta..akhirnya saya temukan jua sendiri jawapan...dalam... "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul'' by Fatimah Syarha

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

indahnya...terasa

satu kesilapan..

Satu kesilapan untuk jatuh cinta sekarang...kn??
terlalu perit..
terlalu sakit..
sukar rasanya untuk bernafas dengan tenang..

seringkali aku tertanya,..,
mengapa sekarang??
mengapa bukan nanti..
mengapa aku juga?
semuanya mengapa, mengapa, dan mengapa..

aku sering mempersoalkan..
kenapa aku juga?
kana bukan org lain?
sakit untuk aku alaminya..

cinta x salah..
bercinta yang salah ye...
tapi..untuk rasa cinta yang palsu..
untuk rindu-rinduan yang palsu..
ia semua melalaikan..
untuk rasa cemburu itu semua??
bukankah semua itu palsu!!

Ya Allah mengapa seberat ini ujian yang kau berikan padaku..aku tidak mampu untuk hadapinya...segalanya terlalu baru untuk aku lalui dan hadapi..Ya Allah.., kau berikanlah hambaMu ini selaut kekuatan, dan berikanlah aku kesabaran setenang air sungai yang mengalir..ameen..

episode sedih (ii)

Memori Tercipta
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa