Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Sunday, 27 October 2013

ShiNy + BriGHt + StAR = LIKE ME ?

Bismillah..

Assalamu'alaikum.. Ohayou Gozaimas~
Alhamdulillah.. ;) hee da mathurat belum..??? Ana dah.. alhamdulillah..

Ehh ehh.. pagi ni ada 2 ke-pelik-an melanda..perasan tak..? Ana tak pernah menaip blog ni lepas subuh..hohoho~ rajin..?? bukan-bukan.. ana ni pemalas.. -_- *menangis ibu tau anak ye pemalas* semalam tatau mood jadi budak baik tidur awal..ehee~ :D awal tak awal..pukul 12 juga..tapi kira awal lah kan.. belum masuk awal pagi lagi...baru nak masuk part tengah malam.. ;) ehee~

Baik-baik,, pagi ni bukan nak mengarut panjang-panjang.. FYI (For Your Information) kat poli ni da masuk frasa minggu akhir.. hee~ *berbunga hati.. bunyi macam best kan..? Alhamdulillah.. ana akan menghadap lagi 2 paper 29 & 30 ni..inshaaAllah,, buat semua sahabat fillah.. ;) fighting!!

Jap, ke-pelik-an ke 2 tak cerita lagi.. kenapa tajuk post ni pelik sangat..? Ana pun tak faham.. :P hohoho~ ada kaitan ke..? Ehee~ Actually, saje publisiti murahan nak anak-anak membaca.. uwuu~ ;)

Allhamdulillah..bila dah masuk frasa terakhir..semester 3.. semester 4 nanti..mood lain pula.. :) Latihan Industri yang sudah pastinya bukan di politeknik dan terengganu ! ;) inshaaAllah..



IMBASAN SEMESTER INI

MSK (Minggu Suai Kenal)

skip kelas pertama sebab pergi holiday dengan family 


Ta'aruf dengan adik-adik sahabat Pusat Islam 


Jadi Usahawan Berjaya *tepuk tangan !  
*NaSi LeMak in the making ^_^ hee  serius! tahap leleh air mata sebab pedas ! hoho

with them alot of joy and fun..alhamdulillah.. sem ni dapat berkenalan dengan dunia kunci kira-kira dan laporan kewangan..
jazakallah sebab beri ana peluang pegang jawatan Pen K. Lajnah Ekonomi Keusahawanan sem ni.. :) sangat-sangat hargai.. buat kamu ! yang kata.. 'aliyaa pasti suka' alhamdulillah..mula-mula rasa menyesal..tapi.. :) terima kasih sangat..banyak hikmahnya..




Membawa usrah adik-adik pertama kali *macam layak je  


Berukhwah dengan sahabat fillah 

 ujian+dugaan+ujian+dugaan+ujian+dugaan = perjuangan

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" -Al Ankabut 29:2

msuk frasa ke 2, terjumpa ...

bertemu cinta dalam halaqoh, hidup  pasti indah tersusun,mnyulam tautan hati kerana Allah sudah pasti terikat ikatan aqidah 
"wajib cintaKu bagi orang-orang yg berkasih sayang keranaKu"

belajar jaga dan kendalikan masalah hati sendiri 

"penawar bagi hati adalah sentiasa ingat pada Allah;solat,baceQuran,zikir,majlisIlmu"

belajar untuk lebih berdikari

"serahkan segalanya pergantungan itu hanya pada Allah, yakin pada janji Dia:"


Keluarga Baru <3 div="">


program-program-program 

Pengacara Majlis (MC) untuk majlis



Pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia siri2/2013 
(dungun - melaka) 

Kem al-Mukhimul Qiadi + MPAPI 

Diskusi Ilmiah & Bedah Buku


Raya Aidiladha diperantauan.
(12jam=8buahrumah)


final exam

:) alhamdulillah.. dah lalui dengan jayanya.. banyak sangat benda baru belajar sem ini.. ;) *bahagia..

"Manusia merancang dengan cita-cita, Namun Allah merancang dengan cintaNya"

jazakumullah khairan kasira buat semua insan yang terlibat secara rasmi, langsung atau tak langsung, insan belakang tadbir juga tidak dilupa..alhamdulillah.. pengorbanan masa kalian..tak mampu diri ini membayar kembali nilai masa itu.. *im wondering..andai masa dapat dibeli..

Jujurnya ana melahirkan kebimbangan yang bukan sedikit untuk meninggalkan adik-adik bersama kepimpinan Pusat Islam yang baru.. inshaaAllah,, berbekalkan sedikit kekuatan dan sedikit keyakinan.. Allah tu dekat..inshaaAllah..moga adik-adik sentiasa memilih untuk lebih dekat dengan Dia.. :') pasti akan rindu telatah adik-adik nanti.. 6 bulan tu sekejap je..

"Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)"

Buat individu-individu muslimin yang banyak memberikan contoh teladan yang terbaik buat insan kerdil ini.. ( YDP Mohsin, Akh Ramdhan,  Akh Hafiz Harun, Akh Safwan Zaid and others ) peribadi kalian, ketokohan kepimpinan, akhlak, sahsiah.. banyak memberi inspirasi untuk menjadikan diri ana yang hari ini. Semoga Allah membalas yang terbaik untuk kalian ye... Semoga mendapat kebahagian rahmat dan kasih sayangNya dunia wal akhirat..

Buat kakak-kakak naqibah tersayang., terima kasih akak sebab sentiasa setia disisi insan yang banyak kekurangan ini..Kak Fida dan Kak Za.. will love u till jannah.. Moga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya.. :'( gambar kak za xde..huhu


Yang bakal sama-sama menjalani latihan industri nanti.. Jangan lupa ye awak-awak semua.. dimana pun kita berada, jangan tinggalkan majlis ilmu..inshaaAllah..Allah akan sentiasa bersama dengan kita..



ameen..
wallahu'alam.

p/s: untuk program-program tertentu..nanti ana buat laporan terperinci bila rajin lepas final nanti..ehee~

"Aliyaa..tahniah sebab penghujung sem ni..setelah lalui bermacam perkara.. da buat yang terbaik..but keep doing better okeh !  semoga Allah panjangkan umur dalam keImanan.. semoga menjadi anak yang solehah., cube banggakan ibu dan ayah., buat yang terbaik lagi 2 paper final ni...semoga dengan baki umur yang ada ni.., dapat buat yang terbaik untuk Islam ye Aliyaa.. tanjoubi gomedeto" ~ #22Dzulhijjah


Saturday, 19 October 2013

Sunnah Orang Berdakwah

Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada duniamu.


Jika kita tidak mahu berpayah-payah,
dalam berdakwah,Kita kan payah juga,
Payah,didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh jiwa.
Wahai pendakwah,

Sabarlah dengan cacian manusia,
Jika ada 10 orang yang membenci,
ada 1000 yang lain sudi menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.

Namun,andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,
Dengan setulus-tulus cinta.


"Berjuang memang pahit,Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban,

Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."

by Fatimah Syarha

#Allah..terkesan dihati ana ni.. Salam Imtihan Buat Sahabat Fillah.. :')

Tuesday, 15 October 2013

Saat Jiwa Lemah..

Hari ini,
ku lihat kiri ..ku lihat kanan..
yang bermain dimata hanyalah khayalan..
Bangunlah..bangkitlah insan..
Mara langkah kakimu, langkah seorang perjuang..

Seringkali pemandangan ini kabur..
Soal hati yang sukar ditafsir..
Insan yang melihat tak kan mengerti..
Kerna diri bijak sembunyi..

Apakah agaknya yang Dia tetapkan..?
Terlalu banyak kebetulan,
sehingga diri menjadi penasaran.
Persoalan yang inginkan jawapan....

Keliru melingkari diri,.
Hingga aku tercari-cari..
Apakah agaknya yang ku nanti..?
Terus hidup atau minta mati..?

Ya Allah..
HambaMu ini resah..
Keresahan ini tak mampu ku tafsir..
Mengapa ujian begini yang Kau beri..?
Saat semangat juangku menjulang tinggi..
Bimbang kelak ku tidak ikhlas lagi..
Lemahnya aku Ya Rahmann..

Yang Maha Pengasih..
HambaMu ini merintih..
Persoalan yang menyapa hati..
Tak mampu dirungkai kini..
Umur yang mentah, syahid yang dinanti..,
Adakah aku tercalon Ya Rahimm..

*menangis..Allah..


Selamat Hari Raya Aidiladha

Bismillah..

Assalamu'alaikum.. :)

Alhamdulillah..hari ini dah masuk 10 Dzulhijjah.. ;)
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.. untuk pertama kalinya perkataan 'raya' tu..ana sambut sendiri.. ayat sindiran ataupun usik-usik manja dari sahabat fillah menerusi sms mahupun laman sosial.. macam pakat je mereka bertanya.. "hidup lagi ke kat poli tu..?" Allah.. sedih pula dengarnya.. entahlah kadang-kadang timbul juga idea nakal nak sebarkan kematian palsu..ye la sibuk sangat nak guna ayat 'hidup lagi ke' nanti ana jawab 'da mati' haa.. ana rasa..mungkin bukan ana jawab..tapi..

Tak mengapa, fighting ya ukht!! ni pun dikira pengorbanan..sesungguhnya perjuangan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.. :) Allah nilai usaha ,, bukan natijah.. dan seandainya dah usaha..maka natijahnya pasti membahagiakan.. hee~ *masih ingat

Okeh da! Panjang mukadimah yang mengarut.. hee~
Next week bermulanya era final exam sesi jun 2013.. sem depan latihan industri..? okey..dalam dilema.. dungun kee shah alam..? shah alam maybe dekat dengan keluarga.. kalau dungun..hurmm dekat dengan adik-adik...Allah.. rasa macam berat nak lepaskan salah satu.. Dua-dua penting.. terlalu penting.. :'( #istikharah . Ibu cakap, terima je yang dungun punya.. Tapi, sahabat fillah kali ni pakat ramai yang buat dekat Selangor..jadi..? Allah,, dilema sungguh..tengoklah macam mana.. terengganu ohh terengganu.. hurmm

Sebenarnya..jari ini tak rancak menari-nari di atas keyboard seperti selalu..kekurangan idea barangkali..
Cukuplah sekadar disini dahulu.. :)

p/s: 22 Dzulhijjah around the corner.. sama tarikh dengan final exam.. -_- tak mengapa..Allah know best!
Tajdid niat.., study bukan kerana nak exam tapi study kerna Allah..untuk Islam

teringat naqibah ana pesan "aliyaa..hari ni, kiter terpaksa berfikir dengan cara bahawa hanya dengan taraf ilmu yang kita ada, barulah orang akan pandang dan dengar apa yang kita nak cakap, bukan sebab jadi tak ikhlas belajar ke apa.., tapi matlamat kita adalah ingin menarik insan kembali dalam landasan Islam., jadi siapa yang nak dijadikan contoh kalau bukan kita sendiri? kalau hidup kita pun terumbang ambing., cukup-cukup makan.. rasa-rasa orang nak pandang..? walaupun kita ni hebat berhujah, tapi belum tentu orang akan pandang dan nilai.." Allah..lemahnya Iman.. study sekarang ni makin jatuh..huhu masa kian suntuk.., sempat ke nak makeup kekurangan??

Hurmm yakinlah bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat.. :) Jangan putus meminta.. kerana Dia Maha Memberi..

~ Selagi akidah berakar dihati..,
Tak mungkin ada istilah 'berhenti'..,
Perjuangan dituntut sehingga mati..,
Islam disemarak dalam sanubari..

-bersungguh2 utk ISLAM..seakan2 esok akan mati...
SIIRU`ALA BARAKATILLAH


Allah..

*sahabat ! aasif.. post tu panjang sebab seingat ana , kamu suka baca artikel kan kan..?? Allah.. ana memang suka cakap banyak..jadi.., ana ase apa yang ana taip tu sama panjang dengan apa yang ana nak cakap..tapi kalau suka post pasal cinta..?? mana ada !! -_-

wallahu'alam

wassalam..

"ketahuilah bahawa bertemu cinta dalam halaqah, hidup pasti indah tersusun, menyulam tautan hati kerana Allah sudah pasti terikat ikatan akidah"

Sunday, 13 October 2013

Terlalu Rahsia..

Bismillah..

Assalamu'alaikum..

..terima kasih..malam ni mata tak boleh lelap langsung..ana terlalu memikir hal itu...resah.. nikmat ketenangan Allah tarik seketika..

Sahabat, jawapan yang di mahukan mudah.. :) Ada dalam diri..kaji semula hal 'itu'..dan itulah yang jawapan yang ana mahu..

Allah..sahabat fillah.. :) maaf..bukan niat mendesak.. jawapan itu terlalu berharga buat ana.. Ana bimbang hati ni tak mampu dijaga lagi.. ana perlu fokus pada peperiksaan akhir tapi ana tak mampu..maksiat hati terlalu banyak sampai ilmu sukar nak masuk...ana letih..sekurang-kurangnya..bila ana tau negatif/positif..alhamdulillah.. ana akan masuk fasa ke 2 ..mujahadah menerima/melawan.. :) ana sedar sahabat ana yang ini tak bersedia..dan memahamilah bahawa ana sendiri tak bersedia juga untuk sebarang bebanan perihal hati..komitmen dan sebgainya.. program kita dah tamat..ana tak rasa ada keperluan untuk kita berhubung selepas ini selepas ana selesaikan tanggungjawab ana nanti.. ana sedang mencuba..Allah..

yup pada ana dan ana tau jodoh tu..hak Dia..jadi ana sekadar ingin merungkaikan kekusutan yang ada di hati dan fikiran ana..walau ana tau sekadar menambah kekusutan dalam diri sahabat ana ini..aasif..maafkan ana..

inshaaAllah..ana dah ikhtiar..istikharah dan memohon pendapat dari insan yang terbaik dalam soal ini.. ana tidak akan mengharap lebih dari itu..cukup sekadar jawapan yang pasti..

aasif..ana bukan insan yang terbaik..

wallahu'alam..
terima kasih pinjamkan ana masa ..



Friday, 11 October 2013

Kisah Cinta..Feelhoney

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna

yang ku ada..

special dedicate for sahabat fillah yang jauh dimata dan dekat dihati.. :)

Hidayah Allah dah datang ! Hold It Tight ! Jangan Lepaskan..

Ana teringat perbualan dengan sahabat ana..

Sahabat: "Ukht,, ana teringin nak pakai tudung labuh bju labuh macam ukht.."

Ana: "ha,,pakailah.." jawab ana sambil tersenyum..Allah berbunga mekar di hati,,

Sahabat: "tapi..ana tak ready lagi la.."

Ana: "Allah..dah bkpe pulop dop ready lagi..? " layu pula bunga yang mekar td..

Sahabat : "Sebabnya... ana ni akhlak pun dop molek g..kasar,,perangai pun apa-apa je..ilmu agama pun kurang lagi.."

Ana: "Allah.." *Mengucap panjang ana dibuatnya..

Ana: "Ukh sayang.. bersyukurnya ana bila ukh menzahirkan nak bertudung labuh, baju labuh ni..tapi not because of ana.. hurmm.. ilmu tu boleh dicari ukh..ada dimana-mana..kerana kehidupan kita ni pun tarbiyyah buat kita..ilmu yang berharga"

Ana: "Ukh..pada ana.., since Allah dah gerakkan hati kita ni nak menutup aurat dengan sempurna maknanya..hidayahNya dah sampai..jadi apa tunggu lagi..? hold it tight, jangan lepaskan "

Sahabat : "Tapi ana bimbang..ana takut, ana tak mampu menjaga imej wanita muslimah seluruhnya..sebab ana ni pun dop molek lagi..nanti mesti orang cakap macam-macam"

Ana : "Allah.. Ukht sayang., kenapa kena fikir apa yang orang akan cakap..?  just be ur self...tak perlu hipokrit.. akhlak dan sahsiah diri akan terbentuk sendiri andai sentiasa dibajai.. takkanlah ukh akan buat bukan-bukan bila dah menutup dengan sempurna nanti.. nak buat sesuatu yang dop molek pun ukht akan fikir 2, 3 kali.. inshaaAllah..ikhlaskan diri, ikhlas kan hati..buat kerana Allah.. dan doa banyak-banyak..inshaaAllah Dia tolong nanti.. "

Alhamdulillah buat pengetahuan semua.. sahabat ana ni sekarang da pun menutup aurat dengan sempurna..malah semakin cantik terpelihara..


pada ana..hidayah Allah xkan datang tanpa dicari.. dan bila da datang,, jangan lepaskan..dan jangan tunggu lama.. ibarat anologi nak makan kena suap sendiri atau orang suapkan.. makanan takkan terbang masuk mulut dengan sendirinya.dan kalau biarkan makanan tu mungkin akan rosak dah tak boleh makan lagi... :') wallahu'alam.. *sekadar berkongsi..

*Moh la ke sini untuk tips sebelum bertudung labuh ! ;) May Allah ease and redha..