Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Tuesday, 24 December 2013

Putus

Memilih untuk menyepi sektika..
Merawat hati yang luka..yang semakin jauh dari cintanya Dia..
Allah..tuntunilah aku kepadaMu kembali..

:'(

Monday, 23 December 2013

Keliru..

Ya Allah.. pimpinlahh hati hambaMu ini..

:'(

Friday, 20 December 2013

Izinkan aku..



Ya Allah..

Izinkan daku menjadi sekuntum bunga, Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia. Harum wanginya dengan ilmu agama. Cantiknya kerana iman dan taqwa.

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi. Biar menjadi rahsia yang kekal abadi.. Bukan perhatian mata ajnabi, Yang menjadi punca fitnah di hati

ameen..

Wednesday, 11 December 2013

Kisah Banjir yang KITA tidak tahu..

Luahan 1001 Rasa Suka Duka - Dari Mangsa Banjir

Ini banjir punya cerita. Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang.

Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah.

Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat.

Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas, kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je.

Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar, semua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir.

Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu.

Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!!

Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar 'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir.

Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku.

Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa!

Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan, Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas.

Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu.

Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....!

Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk.... tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu.

Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu.

Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam).

Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu.

Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak.... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu.

Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis.... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis.

Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je.

Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!!

Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi.... dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup.

Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...?

Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...!

Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul... meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu.

Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada.

Bayangkan....!

Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga.

Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah-payah lapurkan kpd pihak berkuasa).

Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....!

Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir.

Banyak sangat kalau nak cerita.... tapi cukuplah setakat ini.

p/s : Bahasa asal penulis dikekalkan keasliannya.
sumber : Berita University (Official Page)

wallahu'alam..

p/s: pape pun pada ana..tahniah diucapkan kepada Unit Amal.. sebab dah give best effort untuk harung bencana banjir ni..Sirru 'ala Barakatillah.. semoga Allah redha dan permudahkan segalanya.. :)

IT Programming's Student become Budak Kilang

Bismmillah..

woahh.. minggu pertama praktikal telah berakhir dengan selamatnya..kenapa selamat? hee panjang ceritanya..namun.. alhamdulillah.alhamdulillah syukur tak terhingga.. minggu yang sangat memenatkan fizikal dan mental tentunya ! :) esok cuti besday sultan selangor ! 11.12.13 orang kata tarikh ni cantik..sesuai buat tarikh kahwin.. :) lalala~ ada ke yang kawin esok ? :O *lari topik

proses ummi-to-be xD

okey.. berbalik pada TOPIK asal.. actually ni sekadar laporan mingguan jurnal refleksi.. *poyo lebih hee

not soo bad kerja kami sebenarnya.. sekadar main campak-campak..hempas-hempas..itu BIASA.. :),sekadar calar-calar..lukaa & lebamm,,itu pun biasaa juga,,hehe serius ! with my best friends fillah of mine.. Cik Nur Ain Naziha Binti Azizi.., kami lalui suka-duka minggu pertama bersama.. :) kata senior-senior kat situ..minggu pertama hardship kat sini..biasa laaa tu.. MINGGU ORIENTASI kan.. baru nak suai kenal.. hoho.. okey.. :) quite exciting , intresting , and gorgeous.. :p



terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang tolong risau..dan suggest tukar tempat L.i :) sebab gaya dah salah bidang kan kan ?? dan risau sebab kami rasa tak selamat.. ;)  alhamdulillah..masuk minggu ke 2 ni..sebenarnya dah beralih department..ke bahagian teknikal.. so no more kasar-kasar..no more kena kacau dengan abangla.. :P alhamdulillah..tukar department actually make me quite happy.. :) nak berk0ngsi dengan dia..tapi.... takpe! ana k0ngsi dalam blog je..

First week.. kami diletakkan dibahagian scrap.. tau tak scrap tu apa?? PELUPUSAN.. pelupusan komputer termasuklah..monitor, cpu..ermm.. apa lagi ekk.. ada macam-macam sebenarnya..tapi tak tau nama.. :D

disebabkan nama pun kerja pelupusan..kerja menjahanamkan barang tu memang kerja kami dah.. hoho can u imagine..? :) bila buat kerja-kerja ni..yang serius kasar ! dalam 15+ lelaki kami 2 je perempuan..ha ! tak macam perempuan dah rasanya.. seminggu rasa cepat je nak sentap bila orang usik ana ni..macam lelaki..? hoho~ sebab? kasar? memang daahh..tapi ambe tetap perempuan ! huhu :'( teringat kata-kata@pesanan sahabat masa kat poli dulu.. "aliyaa..balik l.i ni..sy nak tengok aliyaa lembut sikit k..berubah sikit jadi perempuan..jangan nak kasar sangat.., nanti takde orang nakk!" huhu..serius teringat..ayat 'takde orang nak' tu..asyik bermain dalam fikiran..Allah kacau betul.. haha.. tapi bukan ke Allah da janji.., setiap makhluk diciptakan berpasangan.. so thats mean.. if i cant get my destiny partner in dunya..i can get him in jannah nanti.. hee lagi sweet.. :P

tapi-tapi duk memikir kerja macam ni 4 bulan seterusnya..nak nangis pun ada. sorry to say.. im that kind of gurl yang kasar dengan diri dia tak mampu berpisah.. terimalah ana seadanya ye sahabat.. *pasrah..

most of sahabat fillah..first week tiada kerja.. ada yang da diberi tugasan sistem..ada juga yang diberi assignmnt, suruh balik..study ! haha..kena study ! :P tapi mereka kata..kami unt0ng..tang mana yang unt0ng..ana ta pasti..hanya kerana istilah.. kami pernat fizikal..dan mereka penat mental..? ohh oke..i got it.. :) yang masih goyang kaki lagi tu.. hohoho.. takziah laa.. :P praktikal kata sahabat adalah tempat mengutip ilmu dan pengalaman.. :) mula-mula rasa frust juga dapat tempat praktikal 'macam' ni..tapi..in the end.. i can see the hikmah behind of it..alhamdulillah.. :) pengalaman yang kami dapat..tak sama dengan kalian..hee..

barulah faham bila naqibah pesan sungguh-sungguh dulu.. mereka cakap bila praktikal ni lah..paling kuat kena mujahadah..sebab dalam suasana yang tak menjaga..kena kerja dengan mereka yang tak faham agama..ada yang faham kita, tapi tak semua..huhu now i really got it.. jazakillah kak.. huhu

orait..mari menjamu mata kejap.. behind the scene














alhamdulillah..wa inshaAllah.. doalah mudah-mudahan terus kuat dekat sini.. kalau dia tahap berpinar mata, namun niat untuk kebajikan..Allah.. mudah2an Allah terima itu sebagai ibadah..serta redha dengan dirinya.. fii hifzillah.. ana tengok kerja dia berisiko..huhu dan kami? inshaaAllah.., ini sebahagian dari tarbiyah.. mudah-mudahan ada aspek yang boleh dijadikan dakwah.. :) wallahu'alam.. di saat hati tak kuat.. hopefully ada pengisian nanti.. :')

kerja dibahagian teknikal tuu..nanti baru cerita ye..

okey..im done !

Semoga Allah Redha..
Lets do our best for Islam !
take care..Fii Hifzillah..
Jaga hati, Jaga Iman..

wassalam..
p/s: teringat salah seorang lect IT dekat poli.. dia selalu cakap.. budak IT ni bertuah ! sebab? kelas kami xde bengkel.. most of all..dalam lab or kelas..beraircond..takde peluh-peluh bagai..hehe kira tahap riak laa kan.. *sengihh bangga kejap :D ..sebab kami je jabatan yang macam tu.. jabatan kejuruteraan dekat poli tempat kami mana nak rasa air cond all the time sebab banyak bengkel..hee.. and now.. bila da praktikal ni..yang memang conform tiada aircond..and nak dapat kipas pun kena berebut dengan abangla.. :P hohoho..so statement first tadi tu.. fake or fate,,?? wondering ...lalalal~ ^^

Siapa mereka..?

Assalamu'alaikum..

:)

"ADA HIKMAH KENAPA ALLAH PISAHKAN KITA SEKETIKA...SEBAB ALLAH NAK BAGI KITA MERASAI NIKMAT RINDU KERANA DIA"


rindu..? satu perkataan yang terlalu banyak maknanya..

1. Rindu pada Pemilik Cinta
*basahkan lidahmu dengan zikrullah..

Subhanallah..wa alhamdulillah.. Allahuakhbar.. 

2. Rindu Pada Nabi,,
*Sollu 'ala Nabiy

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢُّ ﺻِﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ

3. Rindu pada makhluknya.. ?
"Kirimkan doa pada mereka-mereka yang menjadi kerinduan., dengan izin Allah.. hati-hati yang bertaut keranaNya akan merasai kerinduan yang sama,," :) sweetkan Allah..?

jap-jap.. i want to share with you..some picture with my precious person inside there.. :)

















okey..im done.. :)

moral daripada post ni sebenarnya ana nak cakap yang ana rindu... rindu dungun dengan seluruh isinya.. ;)


Muslim Smile in Problem :)

wallahu'alam..

take care..fi hizillah..
jaga hati..jaga iman..

wassalam.

Saturday, 30 November 2013

Terlalu Rahsia

bismillah.. Assalamu'alaikum..

sahabat.. andai kamu singgah di blog kite ni.. kali ni post ni..ditujukan khas buat kamu.. mudah-mudahan kamu mengerti..

sukarnya mendapat jawapan pasti dari hatimu.. 6 bulan yang bakal kita lalaui dalam keadaan terpisah jauh.. sukar sebenarnya untuk menjaga hati.. 

bertunang..? :) lucu terasa... mudahnya diri ini bergelar tunangan orang sedangkan jodoh tu Allah da tetapkan sejak dalam perut ibu.. kamu pun dah bertunang...kita semua da bertunang sejak dirahim ibu.. susah sangat ke untuk kamu mengerti..?

im reserve for who's deserve..
saya menjaga diri ini...hanya untuk yang selayaknya...entah siapa..
andai kamu baca coretan ini.. mengertilah..bukan mahu mempermainkan hati kamu tetapi sejujurnya sekadar menguji dan menduga hati..apakah benar ada ruang untuk ku.. 

dan sebagai sahabat yang biasa pada saya tidak ada masalah, namun andai lebih dari itu..kita kena kurangkan...kita kena berhenti...kamu dan saya dah tidak menjaga.. apakah kamu perasan akan hal itu..? Allah..bimbangnya hati.. kerana itulah saya mahukan kepastian dan jawapan...andai terbang terlalu tinggi ditakdirkan jatuh nanti pasti parah....lebih baik kita mencegah.. nanti terluka teruk.. kamu dan saya pastinya..

Moga Allah redha..
Maaf atas segalanya..

Duhai hati..usah bersedih andai bintang tidak mampu dicapai.. mungkin yang menjadi takdir mu adalah bulan... Allah..sesungguhnya persoalan hati mampu mengundang air mata.. ya Allah kuatkan lah hati ini..dan juga hatinya...

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu..Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

wallahu'alam "biarkan Dia menjadi saksi, kisah hati yang tidak pasti.."

Wednesday, 13 November 2013

Housewife ?

Assalamu'alaikum.. Sobahul khair :)

Cuti sem dah pun bermula.. sebulan mungkin? Ohh TIDAK! tolak-tolak-tolak.. tinggallah beberapa hari lagi nak praktikal.. TAPI ! itu nanti.. :) Latihan Industri bermula 2 Disember 2013 inshaaAllah.. tempat? Unknown.. :3

Minggu ni dah masuk minggu ke 2 cuti semester. Program saya dalam masa 2 minggu ni boleh dikatakan full juga.. :) full buat apa ea? OPS! Zzz~ full tidur !  :P Frasa jadi isteri solehah kot! Kononnye la.. hurmm.. balik rumah..julung-julung kalinya..saya jadi cheff ! Lalala~ Tapi Ketua Cheff still my mummy la..hee alhamdulillah.. masak macam-macam.. tapi macam tuu la.. ibu cakap "Adik.., lepas ni boleh la ibu cuci tangan daa.." Ehh meaning..?? Ibu maksudkan.. lepas ni..dan sepanjang ambe LI.. tugas masakk diambil alih oleh.. ana.. EHHH ANA...??? lalalala macam tak je, macam tak sesuai je..tapi macam comel je duk dapur..ERK! :P " ibu.. kerja masak-masak ni untuk perempuan sejati bolehh laaa.." -_- huhu.. dan nak tau ibu ana kabo mende? "Ibu tak tau plak kalau anak bongsu ibu ni lelaki, rasa tak tertukar masa lahir dulu" woahhh hahaha.. jawapan sentap ! ahaa~ tengoklah macam mana nanti.. rasanya..along pun ada kat rumah,. aihh berat nanang la..kakak sulung ambe bia adek ye masuk dapur! hehe.. *along jangan marah!

antara program lagi..? hurm.. jadi babysitter .. huhu sejak bila tah nak suka budak-budakk..huhu.. tapi serius laa..dulu bolehh r..6 bulan lepas.. masa tu.. si kecil humairah masih lagi kecik.. now.., dia daa besar and..ehh tak lah besar sangat.., baru nak masuk 2 tahun.. dia sangat talkactive ! huhu.. and sangat suka 'mengemas' aishh sabo je la.. geram ase.. -_- huhu.. takde ciri-ciri calon ibu mithali..ana tak suka budak-budak.. :'( macam mana nak buang perasaan 'tak suka' tu ye..?? i tried but.. hurmmmm.. selalu perasaan yang ada dalam diri terhadap budak-budak ni..terutama bila dia menangis.. "aishh..budak ni nak kena lempang ngan aku!" haa nampak tak ganas dia?? nampak bertapa TAK SUKAnya..ana pada budak-budak..Allah macam mana nak jadi solehah ni..huhuhuh :'( *runsing...



tapi still rasa Puteri Diyana Humairah ni sangat comel.. ^_^ ehee~ wajah nonsense dia..hurmm sangat suci.. and best part bila jaga dia.. waktu dia tidur.. :) tidur kan dia dengan selawat, zikir.. huhu.. best jadi 'ummi' partime , sebab free dapat pahala sabar melayan keletah budak kecik ni.. :) hoho.. and the sweets moments bila bagi dia makan.. hehe.., dia akan tadah tangan dulu untuk baca doa makan..then sebut.. 'aameeen'.. comell !!

rasa macam nak jadi kanak-kanak riang balik sebab? dengan Humairah ni.. ana kena menyanyi dengan dia.. ajar dia abc..mengenal huruf jawi..




then..masa kita kecik-kecik dulu.. biasa tak dengan nanyi lagu ni..

Satu..satu.. Saya Sayang ALLAH
Dua-dua.. Sayang RASULLULLAH
Tiga-tiga..Sayang IBU AYAH

1.2.3 SAYANG SEMUANYA..

One..one One.. I Love Allah.
Two..twoo two.. I Love Rasullullah
Three..three..three.. I Love Father Mother

1.2.3 I LOVE ALL TOGETHER :) hehe

siyes ! hee dalam keadaan tak sabar tu.. ana berjaya juga layan kerenah budak kecil ni.. letih, penat.. ceria..happy juga.. tapi gitu la..kadang-kadang gerammm pun banyak juga.. -_- hohoho tahniah aliyaa..lepas ni boleh jaga anak sendiri pula ye.. japp lulus dah ke..?? :P baru 2 minggu jaga dia..hoho lets see for another 6 month later.. :) inshaaAllah.. practice make perfect ! lalalala~ *orang yang biasa jaga budak-budak tak kecoh pun kan kan? baru jaga 2 minggu dah nak kecoh..hee :) tiba-tiba rasa macam nak buat video 2 minggu pula.. ^^

lagi? bila dah duk rumah ni..biasa la buat kerja-kerja rumah.. bangun pagi..bla-bla-bla.. then Zzz~ letih..haha :) *suke-suke-suke !

okey..thats it ! Nextweek da start program..hurmm.. around 2 minggu juga la tak lekat dekat rumah... semoga Allah permudahkan segalanya..

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati.. Teguhkanlah hati kami di atas agamaMu.."

jazakallah sebab singgah !
sekadar berkongi kehidupan.. moga hari-hari kita adalah yang terbaik..inshaaAllah..

wassalam.
jaga diri , jaga akhlak, jaga hati..jaga Iman..

:)


Sunday, 27 October 2013

ShiNy + BriGHt + StAR = LIKE ME ?

Bismillah..

Assalamu'alaikum.. Ohayou Gozaimas~
Alhamdulillah.. ;) hee da mathurat belum..??? Ana dah.. alhamdulillah..

Ehh ehh.. pagi ni ada 2 ke-pelik-an melanda..perasan tak..? Ana tak pernah menaip blog ni lepas subuh..hohoho~ rajin..?? bukan-bukan.. ana ni pemalas.. -_- *menangis ibu tau anak ye pemalas* semalam tatau mood jadi budak baik tidur awal..ehee~ :D awal tak awal..pukul 12 juga..tapi kira awal lah kan.. belum masuk awal pagi lagi...baru nak masuk part tengah malam.. ;) ehee~

Baik-baik,, pagi ni bukan nak mengarut panjang-panjang.. FYI (For Your Information) kat poli ni da masuk frasa minggu akhir.. hee~ *berbunga hati.. bunyi macam best kan..? Alhamdulillah.. ana akan menghadap lagi 2 paper 29 & 30 ni..inshaaAllah,, buat semua sahabat fillah.. ;) fighting!!

Jap, ke-pelik-an ke 2 tak cerita lagi.. kenapa tajuk post ni pelik sangat..? Ana pun tak faham.. :P hohoho~ ada kaitan ke..? Ehee~ Actually, saje publisiti murahan nak anak-anak membaca.. uwuu~ ;)

Allhamdulillah..bila dah masuk frasa terakhir..semester 3.. semester 4 nanti..mood lain pula.. :) Latihan Industri yang sudah pastinya bukan di politeknik dan terengganu ! ;) inshaaAllah..



IMBASAN SEMESTER INI

MSK (Minggu Suai Kenal)

skip kelas pertama sebab pergi holiday dengan family 


Ta'aruf dengan adik-adik sahabat Pusat Islam 


Jadi Usahawan Berjaya *tepuk tangan !  
*NaSi LeMak in the making ^_^ hee  serius! tahap leleh air mata sebab pedas ! hoho

with them alot of joy and fun..alhamdulillah.. sem ni dapat berkenalan dengan dunia kunci kira-kira dan laporan kewangan..
jazakallah sebab beri ana peluang pegang jawatan Pen K. Lajnah Ekonomi Keusahawanan sem ni.. :) sangat-sangat hargai.. buat kamu ! yang kata.. 'aliyaa pasti suka' alhamdulillah..mula-mula rasa menyesal..tapi.. :) terima kasih sangat..banyak hikmahnya..




Membawa usrah adik-adik pertama kali *macam layak je  


Berukhwah dengan sahabat fillah 

 ujian+dugaan+ujian+dugaan+ujian+dugaan = perjuangan

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" -Al Ankabut 29:2

msuk frasa ke 2, terjumpa ...

bertemu cinta dalam halaqoh, hidup  pasti indah tersusun,mnyulam tautan hati kerana Allah sudah pasti terikat ikatan aqidah 
"wajib cintaKu bagi orang-orang yg berkasih sayang keranaKu"

belajar jaga dan kendalikan masalah hati sendiri 

"penawar bagi hati adalah sentiasa ingat pada Allah;solat,baceQuran,zikir,majlisIlmu"

belajar untuk lebih berdikari

"serahkan segalanya pergantungan itu hanya pada Allah, yakin pada janji Dia:"


Keluarga Baru <3 div="">


program-program-program 

Pengacara Majlis (MC) untuk majlis



Pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia siri2/2013 
(dungun - melaka) 

Kem al-Mukhimul Qiadi + MPAPI 

Diskusi Ilmiah & Bedah Buku


Raya Aidiladha diperantauan.
(12jam=8buahrumah)


final exam

:) alhamdulillah.. dah lalui dengan jayanya.. banyak sangat benda baru belajar sem ini.. ;) *bahagia..

"Manusia merancang dengan cita-cita, Namun Allah merancang dengan cintaNya"

jazakumullah khairan kasira buat semua insan yang terlibat secara rasmi, langsung atau tak langsung, insan belakang tadbir juga tidak dilupa..alhamdulillah.. pengorbanan masa kalian..tak mampu diri ini membayar kembali nilai masa itu.. *im wondering..andai masa dapat dibeli..

Jujurnya ana melahirkan kebimbangan yang bukan sedikit untuk meninggalkan adik-adik bersama kepimpinan Pusat Islam yang baru.. inshaaAllah,, berbekalkan sedikit kekuatan dan sedikit keyakinan.. Allah tu dekat..inshaaAllah..moga adik-adik sentiasa memilih untuk lebih dekat dengan Dia.. :') pasti akan rindu telatah adik-adik nanti.. 6 bulan tu sekejap je..

"Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)"

Buat individu-individu muslimin yang banyak memberikan contoh teladan yang terbaik buat insan kerdil ini.. ( YDP Mohsin, Akh Ramdhan,  Akh Hafiz Harun, Akh Safwan Zaid and others ) peribadi kalian, ketokohan kepimpinan, akhlak, sahsiah.. banyak memberi inspirasi untuk menjadikan diri ana yang hari ini. Semoga Allah membalas yang terbaik untuk kalian ye... Semoga mendapat kebahagian rahmat dan kasih sayangNya dunia wal akhirat..

Buat kakak-kakak naqibah tersayang., terima kasih akak sebab sentiasa setia disisi insan yang banyak kekurangan ini..Kak Fida dan Kak Za.. will love u till jannah.. Moga sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya.. :'( gambar kak za xde..huhu


Yang bakal sama-sama menjalani latihan industri nanti.. Jangan lupa ye awak-awak semua.. dimana pun kita berada, jangan tinggalkan majlis ilmu..inshaaAllah..Allah akan sentiasa bersama dengan kita..



ameen..
wallahu'alam.

p/s: untuk program-program tertentu..nanti ana buat laporan terperinci bila rajin lepas final nanti..ehee~

"Aliyaa..tahniah sebab penghujung sem ni..setelah lalui bermacam perkara.. da buat yang terbaik..but keep doing better okeh !  semoga Allah panjangkan umur dalam keImanan.. semoga menjadi anak yang solehah., cube banggakan ibu dan ayah., buat yang terbaik lagi 2 paper final ni...semoga dengan baki umur yang ada ni.., dapat buat yang terbaik untuk Islam ye Aliyaa.. tanjoubi gomedeto" ~ #22Dzulhijjah