Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Monday, 27 January 2014

Baitul Muslim Dambaan Hati Muslimah

Bismillah..

Assalamu'alaikum ..
:) Khaifahalukum..? Ana bikhair..Alhamdulillah..

Lama dah rasanya tak menaip..hee Alhamdulillah..kali ini terpanggil untuk mencoretkan sedikit alkisah Kursus Pra Perkahwinan yang baru sahaja ana selesai mendudukinya.. *errr -_-

25 & 26 Januari yang lepas setelah berfikir beberapa kali mengenai ini., ana pun setuju untuk mengikuti kursus kawen ni dekat tempat sahabat ana yang istimewaaa sangat ! sebab ? ana kenal sahabat ana ni di? FACEBOOK ! 'Nurul Sufiah Binti Musa' hehe pelik-pelik ukhwah kami..tapi inilah yang terindah.. :) so demi meraikan sahabat dan sekaligus mengeratkan ukhwah tautan hati antara kami...dari Subang ana ke UNIKOP Batu Cave Gombak!

Ehh IBRAH dari program ni ana dapat banyakkk sangat.. first, duit takde -_- kena loan dengan ibu(tapi dah bayar balik daa..hihi alhamdulillah)... nyaris-nyaris tak dapat pergi sebab tarikh dah tamat masa bayar tuu..fuhh.. keduaa.. bos pulak buat hal...sampai hati dia tak bagi cuti...punyalahhh susah ana nak manage hidup ni -_- lastly ana skip jee kerja.. buruk perangai, tapi dipermudahkan..alhamdulillah.. Orang yang manage kursus tu cakap dapat surat perlepasan dari pihak merekaa so, alhamdulillah..done! ketigaa? ada sahabat nak follow kursus tu tapi mereka lewat, mujur ana gerak dulu dan ngam-ngam sampai waktu moderator sampai..kalau tak, tak masuk kursus dah..huhuhu.. perjalanan ke kursus pra perkahwinan ni..penuhh cabaran nyee..aicecehh baru pra perkahwinan..belum menuju perkahwinan kan..? :) mesti lagi baaanyak ibrah yang dapat.. mengajar erti kesabaran..Allahu.. sungguh Dia merancang sesuatu itu dengan sangat terancang siap dengan hikmah lagi..alhamdulillah..im the choosen one.. :') thank you Allah..

Oraitt..tett berjaya dahh Graduate dari Kursus Pra Perkahwinan.. :'D Congrate Aliyaa... Tahniah Ukhti... (tapi sijil dop dapat lagi-_-)

fuhh ramai gop yang usik.. ('Lepas ni dahh bolehh kawin daaa..' 'bauu nasikk minyakk laa' ) -_- haha macam-macam :p .. (puas ambe main sorok-sorok dan rahsia..at last terbongkar juga sebab sahabat comel ana update status siap tag lagi..huhu )


not yet.. memang laaa nak kawin..siapa tak mau kan? :) tapi, setelah ikut kursus ni, bila fikir, congak, timbang balik antara keperluan atau kehendak.. actually im not totally ready for it.. dan ana yakin dia pun sama.. :') itss okey.. im only 19 baru nak menjengah 20..so..its too early for us.. banyak impian yang perlu dikejar, banyak matlamat yang perlu dilaksana.. jadi, inshaaAllah akan sampai saat bahagia itu nanti.. :') mungkin dengan insan yang sama..mungkin juga dengan insan yang berbeza...huu


jadi, conclusion dan ibrah yang ana dapat dari kursus ni.. (walaupun mengantuknyaa hanya Allah je tau.. :p asyik tersenguk2.. :D hehe ) Perkahwinan ni bukan sesuatu untuk main-main, keseronokan, bercinta sakan sahaja.. Ada matlamat yang lebih besar dari itu.. iaitu dari dua insan yang disatukan..lahirlah anak-anak yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan.. attau lebih tepat lagi.., kita sedang membina Ummah dan masyarakat.. suasana didikan tarbiyah wa dakwah bermula dari rumah.. itu tanggungjawab seorang isteri dan ibu! dan bila ana tanya diri..? "Adakah aku sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, sedangkan didikan anak-anak bermula dari aku... Suami aku sibuk berjihad bersama masyarakat diluar, sebab itu dia pilih aku! Untung meringankan beban dirinya., Aku yang kena memainkan peranan dirumah nanti dan aku perlu persiapkan diriku, mental dan fizikal untuk mendidik anak-anak kami untuk masyarakat." totally im not ready for it..huu :'( bila memikirkan betapa besarnya tanggungjawab dan beban amanah itu..Allahu terasa lemahnya Iman ini.. dan bila teringatkan ada hadis nabi yang menyatakan bahawa kelak penghuni neraka yang ramainya adalah dari golongan ana.. sebab? golongan ini derhaka pada suami. ana tidak mahu tanpa persedian yang rapi ini, ana menarik sekali suami ke neraka, NAUZUBILLAH!

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

kalau boleh sebelum melangakah ke alam Baitul Muslim, Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) kami sama-sama menyiapkan diri serapi yang boleh untuk menjamin syurga dia alam rumah tangga sekaligus mencapai mardhatilah yakni keredhaan Allah dan beriringan dengan dirinya melangkah menuju Jannatul Firdaus..Allahumma ameen.. :')

but slowly...road to baiti jannati..inshaaAllah i'll comes to it.. :') inshaaAllah.. mari sama-sama mendoakan.


notaa.... :'p


*menyonteng masa ucapan tamat kursus.. :'D




oraitt..jazakumullah khairan kasira sebab sudi singgah..

pesan ana.., bagi yang belum ambil kursus pra perkahwinan..pergi je ambil k.. :) tak semestinya ambil kursus kena kahwin walaupun mentaliti masyarakat sekarang mesti fikir macam tu. -_-, but just be ur self. ambil kursus sebab ilmu and it one of Taman-taman Syurga,, :') persediaan untuk menghadapi masa depan rasanya tiada masalah.. marilah berfikir jauh kedepan sedikit agar hidup lebih terancang dan berpengisian..wallahu'alam.

next program will be.. "Seminar Pengurusan Cinta 15 Februari 2014, UIA Gombak" eheee.. :'D 


















untill we meet again..ila liqa'

wallahu'alam.

jaga diri, jaga hati, jaga Iman.
Semoga redha Allah mengiringi langkah kita.. :')

wassalam

p/s: kamu ! masa kursus ni. i do, i write to you something... :') hope sudi baca.. bila saatnya nanti..



Thursday, 9 January 2014

Ada Kisahnya Sendiri :)

Bissmillah..

Allahu..
Khaifahalukum..? Ana bikhair..hee

"Ada Kisahnya Sendiri", tajuk yang ana pilih untuk post kali ini.. Apa yang 'kisah' sangat tu..?
Im wondering...

Pejam Celik Pejam Pelik..

Dahhh lebih sebulan dah meninggalkan bumi tarbiyah itu.. :') dan.. julung kalinya 4 hb 1 ana kembali ke situ untuk..? untuk berbakti.. :P ayat dia gayaa daa macam jadi ex student,,hoho :p
Sekarang dalam proses praktikal atau lebih tepat ! Unofficially bekerja.. :) di.... ha pergi semak balik entry lepas IT Programming Student become Budak Kilang hoho~ hari ni punyaa kess... terhiriss jarii..:P ohh darahh.. -_-.. ibu cakapp "adik ni,, mesti tangan dan otak tak bekerjasama kann.." hoho absolutely right.. (y) :P




Okey..ana tak nak bercerita pasal praktikal kali ini..tapi nak bercerita pasal KEM MAHABBAH :)
Mahabbah tu apa? Siapa tahu?? hehe..Mahabbah tu.. Kasih Sayang.. Sesi Pelajar Sem 1 ta'aruf dengan abang-abang and kakak-kakak Pusat Islam yang comel-comel dan awesome ! :D jadi dengan rasa over excited, tepat pukul 12 tengahari (3hb)..dengan tergesa-gesa,,dengan tertinggal bermacam-macam barang yang hendak dibawa sebagai buah tangan..ana pun pergi dengan seribu satu perasaan.. perjalanan yang sepatutnya menjadi kurang 6 jam jadi hampir 8 jam.. menangis dalam bas ! *tipu je

Sepanjang perjalanan..mata tak boleh nak lelap.perasaan sangat bercampur baur.. nervous+excited+takut+gembira..hurmm macam-macam..sukar nak gambarkan.. lebih lagi akan...bertemu dengan dia...Allah... :/

Sampai je kaki depan pintu pagar poli..rasa macam nak melompat gembira!! Allahu bayangkan betapa excitednyaaaa....Alhamdulillah..perjalanan yang penuh hikmah dan rahmat tuu Allah permudahkan,., :) *walaupun sepanjang perjalanan asyik tanyaa bila nakk sampai* :P hohoho

Ehh ehh..sebenarnyakan.. yang betul-betul tahu ana nak mai.., Presiden dan Timbalan je tau..ambe taktau macam mana yang lain bolehh pakai 'instinct' ... eheee...inilah indahnya ukhwah di atas satu rabitah hati.. gerak hati kita..dengan izin Allah..sama.. :') bak kata kak Laila.. "adikk akak kan...mestilah akak kenal" hehe.. berbunga hati.. :D

Alhamdulillah..dah sampai sana..nii satu dilema lagi.. nak tidur bilik sapaa ni..?? ermm.. bukan sebab tiada yang sudi menumpangkan..tapi,, kakak-kakak yang sangat awesome+comel+baik hati telah menawarkan bilik-bilik mereka untuk ditumpangi..huhu..it end up with.. lepak bilik orang lain, beg baju+tumpang mandi bla blaa..bilik orang lain..streka dan tidur bilik orang lain..haha bestkan ramai kakak-kakak yang loving and caring ni..hehehe *bahagia.. jazakillah khairan kasira kak laila, kak aimi, kak ayu, kak myrah, kak syada..semoga Allah membalas yang terbaikk punyer.. :') tuntut kat syurga nanti..inshaaAllah..

Malam tu bbQ+meeting pembahagian tugas+slot untuk fesi.. abang mie !! syukran jazakallahu khairan sebab bagi peluang dan kepercayaan pegang slot ke 3 tuu (Senyum Salam Sapa 3S) rasa sangat-sangat...*speecless.. ermm :') pengalaman berharga.. i agree, ana memang sangat biasa juga bercakap depan khalayak..tapi lebih kepada perkara yang biasa-biasa dan pernah juga pergi program dan diberi kepercayaan untuk pegang slot..tapi itu tetap biasa-biasa..huhu but this..berbeza. program besar yang luar biasa dengan harapan impaknya juga luar biasa..Allahu..terharu sangat..ermmm.. from this.,  i learn so many things with u (abg mie) and bro hanif.. again! jazakallahu khairan kasira..

tahniahh buat pengarah & timb pengarah program.. :) ( Suhailah + Faris Imadi) terbaikk..
(y) ^_^

ehh ehh..laguu see u d ipt tuu.. macam,,, macam best je nak dengar..huhu okey tak tipu... ternampak... *speecless,, saat itu hati hanya Allah je tahu.. :'/ jazakallahu khairan kasira sebab muncul tiba-tiba..

it end up with.. tears..
kak yu..kamu tahu takk sebab kamu... ana nangis jugaa dalam bas.. :'( serius! perasaan nak balikk tu.. perasaan orang yang tak nakk balikk..takk nakk balikk.. :'( kak myrahh tahu.. dia boleh buat lawakk ke ambe waktu tu.. "ehh sejak bila pula aliyaa pandai nangis ni, tak pernah akak dengar aliyaa nangis" Uwuu~ speechless lagi... :'( Allah maha mengetahui bagaimana hati ini waktu tu.. berderai air mata bila send "bye2 dungun..ambe dah naik bass dah.." hurmmmm.. *sadiss je cerita. :P sampai rumah mata dop habis bengkak lagi :p. ibu tertanya-tanya..hee

by the way..buah tangan tuu da selamat pos ke dungun.. untuk 6 insan yang bertuah !! jengg jengg sapakah yang bertuahh.. tunggu laa hari ahad..inshaaAllah sampai dah rasanya.. atas nama.. Majlis Tertinggi Pelajar (JPI)
dannn kamuu!!! mana char kuay tieww nyee.. ana tunggu je..nak minta maluu.. -_-

haha..okey.. some picture yang dikidnap dariii mana-mana sumber yang sahih.. jazakallahu khairan,, :) saksikkan.. :P




ehehee..gambar faci & ajk saje ni.. gambar peserta@adik-adik sem satu tadop g.. :) ambe kidnap len kali yee..

apa-apa pun..hati yang kosongg ni..kembali terisi dengan taman-taman syurga.. :')

"Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu"... "

wallahu'alam..
jaga hati, jaga Iman dan Amal
Semoga redha Allah iring langkah juang kita...

buat sahabat-sahabat dan teman-teman...ayuh sentiasa padukan hati-hati kita dengan doa rabitah hati.. semoga hati-hati setiap daripada kita..terbina atas dasar tautan hati kerana Allah,, bukan sekadar 2 jiwa..namun ia terisi dengan jiwa-jiwa yang mengharapkan mardhatilah dan husnul khatimah di pengakhirannya..

wassalam..
p/s: rindu ini saling bertaut apabila ada hati-hati yang saling mendoakan.. itulah yang mendekatkan kita sebenarnya..namun andai diukur dengan jarak..ia sememangnya jauh... 

#Dungun@terengganu ada kisahnya sendiri.. i'll never regret and forget..walaupun suatu hari nanti tak mampu menjadi sebahagiaan daripada itu.. :') dan..inilah bumi tarbiyahhnya..

Tuesday, 7 January 2014

Pengubat Hati.

Hawa..
Kelembutanmu bukanlah satu penghalang untuk kamu terus berjihad dn berdakwah di jalan Allah
Tidak ada dakwah tanpa jihad dan tidak ada jihad tanpa pengorbanan

:)

~sz~

p/s: Selamat Tahun Baru Masihi 2014.. Semoga mendapat keberkatan dan redha Allah.. :')