Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Monday, 10 November 2014

Aku Ingin Bangkit..

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita.

Susah wahai Tuhan,
kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa hatiku berdarah terluka.
Adakala rasa mahu berhenti,
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada aku cita melainkan yang tinggi,
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri inii,
tetapi aku berusaha kerana Engkau yang memerhati.

Aku berselisih dengan mereka,
mereka dan mereka,
hatta orang yang aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yang aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah Wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Kalaulah bukan keranaMu wahai Tuhan,
maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan,
tanda aku masih usaha,
masih percaya,
kepadaMu tanpa ragu di dalam hati.

hilal asyraf~

ya aku perlukan masa..atau lebih dari itu


Friday, 24 October 2014

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhuwwah

Assalamu'alaikum.


Ehee tajuk post tu ana ambik dari Trademark Lajnah Dakwah & Tarbiyah yang direka oleh seorang Ketua Lajnah tapi sem depan up sikit sebagai Presiden inshaaAllah.. semoga beliau thabat pada matlamat dan istiqamah pada perjuangan di Lapangan Dakwah ini..biznillah. :)


Siapakah dia? no no no, tak boleh expose nama dan wajah dia..nanti tuan punya badan sunyum tak habis, blush sampai seminggu..bahaya! :p *gurau je ye.. :) boleh simpan dalam peti, jangan simpan dalam hati.. ^_^

Allahu, teruk perangai ana ni g kutuk pres sendiri, nanti dia tak redha baru tau! adik-adik jangan follow okeh. :3

Alhamdulillah. Semester da sampai ke penghujung. Ana mencoret wadah di sini sekadar mengisi ruang dan masa memandangkan paper akhir ana akan bermula 30 Oktober 2014 inshaaAllah. Mohon doa dari semua. :) inshaaAllah kita semua akan berjaya mendapat result flying colors bukan sahaja dunia..malahan akhirat juga. yang penting! USAHA & ISTIQAMAH !

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhwwah. 
Simbolik apa yang kami lalui semester ini! ;)


Tarbiah yang Allah beri sangat menguji dari awal semester sampailah ke penghujung.


Apa yang dimaksudkan dengan Tarbiah? Didikan..
Apabila dah niat untuk wakafkan diri di Medan Amal Islami. Mehnah itu Sunnatullah, Tak lengkap sebuah perjuangan tanpa ujian. Betulkan? :)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Al Ankabut 69 : 2

Dan apa pula yang dimaksudkan dengan ukhuwwah? Ukhuwwah merupakan tautan antara hati berlandaskan akidah semata-mata.


"Tiada Dakwah Tanpa Jihad,
Tiada Jihad Tanpa Pengorbanan"

Ujian adalah Tarbiah, didikan untuk kami. Nikmat! Dalam merasai betapa getirnya Allah menguji kami, kami bersama melaluinya dan itulah yang mengeratkan lagi tautan hati kami dalam satu Rabitah Hati.
My Dearest Sisters
Semester 5

Bergaduh, Selisih pendapat, Marah, Kecewa, Rasa Tidak Dihargai, Rasa Tidak Dipercayai, Rasa Letih, Futur, Putus Asa... Allahu banyak rupanya unsur negatif kali ini. tapi bila difikirkan semula seteruk mana Allah menguji. Allah tak akan beri satupun ujian seandainya kita adalah golongan yang tidak mampu hadapi.? :') Terima Kasih ya Allah atas kurniaan sahabat-sahabat, teman-teman, dan adik-adik yang baik buat hambaMu ini.

Firman Allah SWT; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain). Sabda Rasullullah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. ~~

Apabila kita berkasih sayang dengan penuh keikhlasan pasti ianya menjadi sesuatu yang terindah. Kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja (opsss...tu tak boleh...haram! Nikah dulu yer) tetapi konsep kasih sayang dalam Islam terlalu luas, -

seperti sabda Rasullullah SAW:- Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”. 

Alhamdulillah..
bersyukur sangat dikurniakan sahabat-sahabat ini...

Maaf sangat-sangat wahai teman andai sepanjang ukhwah ini bertaut banyak kurang dan kelemahan yang terzahir dari diri..moga mampu menerima diri ini seadanya...

This Is My Girl
Kata Dia..

"Sahabatku hawa,
Kamu cuma An-Nisaa,

Walau tak setabah para Mujahidah,
namun tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padaNya ada Syurga.

Walau tak semulia wanita Sirah,
Tapi muliakan diri dengan memelihara agama,
Kerana padanya ada Bahagia

Percayalah,
Setelah deraian air mata, datanglah senyuman. 
Setelah segala ketakutan hilang, datanglah keselamatan. 
Setelah perginya kesulitan datanglah ketenangan.."




aku membalas :

"ada yang mengeluh ,
ingin gugur dan jatuh ,
lalu dia berkata LELAH.
ada yang lelah ,
tubuhnya penat ,
tapi semangatnya kuat ,

dan dia berkata LILLAH"

RAPI Sesi Jun 2014
p/s: Sahabat, berikan ana peluang walau cuma sekali..untuk ana buktikan segalanya kini bukan satu mimpi, namun satu realiti... sirru 'ala barakatillah..

hashtag!!
#usrahSolehah
#usrahJannatunNisa
#usrahYangDijanjikan
#usrahSayangFillah
#JundiRabitahHati

**for my dearest TP..Goodluck kak amirah my only sister this semester for ur future..  ;) be the best among the best.. mardhatillah inshaaAllah.. semoga kuat menuju solehah.. ;') i love u most... forgive me if i ever hurt u..



Saturday, 18 October 2014

Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..kali ni ana nak berkongsi ilmu yang ana rasa sangat bermanfaat buat muslimat diluar sana berkenaan dengan Peranan kita sebagai seorang muslimah yang amat diperlukan dalam meneruskan misi menyabarkan virus tarbiah dakwah dan siasah.

Seringkali kita sebagai wanita terkeliru dengan hujah-hujah yang dikeluarkan untuk menentang niat murni kita sebagai wanita muslimat yang turut ingin sama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat teman-teman.. dan dalam redhaNya..


Peranan Muslimat Di Medan Amal Islam
Karya Al Syeikh Dr Faisal Mawlawi diterjemahkan oleh Dr. Ridhuan Mohd Nor




Faktor yang menyebabakan lemahnya Penglibatan Muslimat Di Medan Amal Islami
  • Fahaman-fahaman yang salah (faktor yang meninggalkan kesan yang besar kepada kaum lelaki & perempuan)
  • Keegoan kaum lelaki

Fahaman yang salah yang wajib diperbetulkan

  1. Kaum wanita itu kurang akal & agamanya. 

PENCERAHAN (hujah menurut hadis)

"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal & agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya : Apakah kekurangan akal & agama kami ya Rasulullah?  Rasulullah s.a.w bersabda : Bukankah persaksian wanita sama dengan sesetengah lelaki? Merek menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letaknya kekurangan agamanya." - Riwayat Al-Bukhari

Kekurangan agama bermaksud:
  • Dalam hadis Rasulullah s.a.w maksud kurang dari aspek kuantiti bukan dari segi kualiti ibadah
  • Wanita yang didatangi haid tidak boleh mendirikan sembahyang dan tidak boleh berpuasa.
*Yang membezakan wanita dan lelaki mukmin adalah takwa.

Solusi : Lelaki dan wanita bersaing untuk meningkatkan kualiti diri, dari semua aspek! :)

Kekurangan Akal bermaksud:
  • Allah kurniakan lelaki kekuatan akal untuk mereka menguasai perasaan dan hawa nafsu.
  • Allah menentukan bahawa wanita kurang kemampuan (perasaan mengatasi pertimbangan akal@ sukar nak kawal emosi) namun ianya satu kemuliaan 
*Wanita dan lelaki saling melengkapi-wanita mampu bersabar melayani & berhadapan dengan kerenah anak-anak
*Lelaki secara umumnya akal lebih kuat untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat.


     2.   Kepimpinan Lelaki ke atas Wanita


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِبِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍوَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.." al Nisa' : 34

  • Ramai yang salah menggunakan ayat ini untuk menindas kamu wanita tanpa mengkaji dahulu maksud yang disampaikan.
  • Menindas disini bermaksud wanita ini 100% wajib taat perintah hanya kepada suami semata-mata.
  • Disebalik ayat ini, menfokuskan bahawa dalam Islam lelaki sebagai pemimpin. Namun wanita seharusnya memaikan peranan wanita didalam medan amal Islami tanpa meminggirkannya.
  • Muslimat lebih berupaya untuk memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri dari menunggu sahaja arahan dari kaum lelaki atau pendekatan yang harus digunakan adalah Berdikara. Menjadi Seorang Wanita Yang Berdikari,
*Bila perkara ini dilakukan, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya. (Boleh rujuk kisah-kisah Srikandi Zaman Rasulullah s,a.w yang turut bersama-sama dalam medan perang seperti Suwaibah, Kaulah Al Azwar dan ramai lagi!)

    3.  Isu Wanita Keluar Rumah untuk Menyumbangkan Tenaga

"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu..." al Ahzab : 33

Ayat ini membawa maksud :
  • Wanita muslimah hendaklah menetap sahaja dirumahnya agar dia dapat melaksanakan tanggungjawab rumahtangganya. Jika ia keluar dengan alasan yang dibenarkan oleh syara', maka wajiblah keatasnya mengelakkan diri dari bertabaruj seperti orang-orang jahiliyyah dahulu kala.

Solusi : Ayat ini begitu jelas mewajibkan wanita apabila keluar dari rumahnya tidak bersoleh dan berhias-hias. Ia bermaksud memberi jaminan keharusan keluar rumah jika ada sebab-sebab yang diizinkan oleh syara'

InshaaAllah point yang seterusnya ana akan kongsi dalam post yang akan datang. :)

Namun rumusan yang ana ingin buat adalah betapa pentingnya peranan kita sebagai wanita dalam memastikan Daulah Islamiyah kembali ditegakkan.. inshaaAllah semoga Allah pilih kita untuk HidayahNya,
Ohh, the most important part yang ana ingin turut jelaskan adalah, sekiranya anda sudah bersuami., fitrah asal seorang wanita apabila sudah bersuami adalah wajib baginya meminta izin suami untuk keluar berjuang menyebarkan risalah dakwah.

Nasihat ana bagi yang belum bersuami(termasuk ana)..carilah seorang suami yang bukan sekadar soleh, namun sama-sama bermatlamat dan berfikrah untuk menginfakkan diri dalam perjuangan Islam. Ehh wait.., nak cari yang soleh.. Be The Solehah first! biznillah :) Semoga Allah Redha.. Doakan ana juga. 

wallahu'alam
To Be Continued..

"Bersedialah untuk Penat..Namun Kuatkanlah Semangat.."

Wednesday, 15 October 2014

Hard



did you know how i tried my best to understand you?
It was because when people talking back this and that about you..  what i can told them is
"please stay back, i know him better than you, dont talk nonsense about him like u know him very well like i am..."

this is what im done to all my dearest friends..
tried my best to understand even stern part it really hard for me to figure it out..

kena faham molek 3 rukun usrah ni

Ta'aruf
Tafahum
Takaful..

3 Rukun Usrah ni lengkap untuk difaham dan hayati..
cukup untuk kita bina sebuah 'keluarga' atas dasar akidah... ukhwahfillah..
tak minta difahami lebih dari tu.. just that..kata sahabat?

and now what i got?
you talk like didnt know anything about me at all..
macam tak kenal langsung..

and i?
heartbreaking...crying again...

letih.


Thursday, 9 October 2014

Mimpi

Bismillah..

Assalamu'alaikum~
testing².. hihi firstime ana update blog pakai handphone ni.. :3

post kali ni ana nak kongsi pasal mimpi..
Sebelum ni ana pernah bermimpi pelik...
sukaa jee nak kongsi.. :p "Mimpi Ular Masuk Rumah!" ana tak percaya sangat pasal mimpi² ni.. sebab jap g leh jatuh syirik pulak sebab percaya sangat mimpi mainan tidur tu..kata orang mimpi ular masuk rumah kes ada orang kononnya nak masuk meminang! erkk apakah?! lalala~~ tapi kan, tapikan.. mimpi kali ini berbeza sebab kelakar! bila diingat memang mengundang penyakit senyum sorang-sorang..

Jom berlayar ke alam mimpi...

Mimpi ni kenapa ana kata kelakar sebab.. alkisahnya mimpi tu ular masuk rumah ana.. rumah kat subang tu.. yang ana tak boleh lupa ibu ana suruh halau ular tu keluar.. padahal ular tu tak kacau pun.. Yang ana ingat ana excited+terkejut ada ular masuk. Ibu halau ular tu keluar macam halau kucing! hihi halau-halau ulat tu tetap tak nak keluar..ibu grab kepala ular tu terus campak keluar rumah! siap cakap "cepat-cepat tutup pintu! nanti ular masuk! haha.. nak tau tak? ular tu berjaya menyelinap masuk, tak sempat tutup pintu. ular tu siap boleh bercakap lagi! well mimpi kan.. haha.. then ana terjaga.. blur kejap.. *_* tapi frust jugak,,tak ingat ular tu cakap apa.. huhu

p/s: actually bkn baru sekali mimpi ular..tapi banyak kali dah..cuma rasa macam mimpi ni pelik dan kelakar! haha..

berlawanan pulak.. lepas tu.. ibu pulak mimpi anak bongsu dia ni nak kena patuk ular! hahah ni kelakar juga.. sebab ayah cakap ibu siap mengigau lagi baca jampi-jampi..

ibu cakap..ibu mimpi ana nak kena patuk dengan ular kat tepi anjung rumah tapi tak sempat sebab ibu perasan. dalam mimpi tu ibu siap ambik parang lagi nak bunuh ular tu. ular tu naik atas bumbung ibu kejar. ular hilang. lepas tu ular tu muncul dekat halaman rumah, ibu gi kejar lagi yang bestnya kejar-kejar ibu cakap sedar-sedar ada dekat penang rumah kampung ana! haha..kelakar kan. tiba-tiba boleh pulak macam tu. sampai last part ibu cakap bila ular tu da depan mata apa lagi, siap jampi parang-parang tu supaya kena dekat ular..tu yang ayah cakap ibu mengigau macam baca jampi. hihi campak parang tu.. zuppp ibu terjaga.. wallahu'alam ular tu sempat kena parang ke tak..hehe

masa ibu mimpi ni ana otw balik dari terengganu ke shah alam. masuk je dalam kereta excited sangat ibu cerita,,tapi usikan akhir tak best..-_- kata dia.. "adik.. ada orang jauh(penang) kot yang nak mai pinang adik' haaa part ni tak lawak.. hurmm

cerita dekat along..along cakap.. "haha sian kau dik, mungkin ibu penghalang cinta kau sebenarnyaa.." bereya-eya dia gelak.. ana pulak..amboii..melampau.. mimpi je pun.. :P
(.^_^)

end.. penat bercerita :')

p/s: paling penting cerita diatas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah tiada ye,,, sekadar berkongsi ;)

okey sebenanya nak cakap yang rinduu ibu..hurmm

Saturday, 20 September 2014

Ujian = Sabar.. Mampukah?

Bismillah..

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..

Lama dah ana tak update blog ni.. Allahu.. rindu. :')
Kesibukan menghantui yang kadangkala tiada masa untuk diri sendiri.. Alhamdulillah.. sungguh hidup ana terisi..

Sebenarnya, terasa nak update hari ini since very last time update waaa bulan 7 hari tu.. sekarang ni bulan 9 da..ngehehe. Blog yang merupakan sedikit sebanyak catatan hidup ana ni nampaknya terlepas banyak kisah dari ana sendiri.. hihi.. kelakar pun ada! bila kenang balik dulu buat blog ni kononnya nak update hari-hari.. lalala macam diari.. kononnye la.. tu dulu.. zaman tingkatan 3 yang baru nak up! kalau sempat taip hari-hari panjang berjela nampak sangat tak de kerja.. hoho.. okey ana senyum sorang-sorang.. :p

Sekarang ni da masuk frasa bulan-bulan akhir kat poli ni untuk semester ini! Frasa dimana assignmnt quiz test tak putus untuk semua subjek dan frasa submit report final projek.. Allahu... serius! sesak rasa nafas ni nak kejar date line.

Haishh banyak sangat benda nak share dekat sini sampai tak tau nak mulakan al kisahnya macam mana.,  adoooi :'D

Okeylah.. bermula dengan MEHNAH.. mehnah tu apa ? ujian.. Lately memang Allah uji tak putus-putus.. bukan kes frasa bulan akhir di poli je, dengan kerenah sahabat-sahabatm dengan kerja-kerja organisasi, dengan gerak kerja jemaah, dengan program-program dalaman, dengan program besar poli semuanya bercampur aduk..terasa sesak sangat..Allahu. dan satu lagi yang ana rasa tak boleh bla ialah ujian JPJ.. hhuu

Jujurnya saat ini memang perlukan pengertian, kefahaman, sokongan dari sahabat-sahabat seperjuangan, bukan sama-sama nak menjatuhkan..  Bila semua bercampur aduk semua memang jadi sokmo nak menangis..bukan sekadar 'nak' tapi memang menangis pun.. Allahu.. kadang rasa malu pada diri.. serius dulu tak macam ni. dulu bangga jadi 'Strong lady' sebab? tak menangis..susah sangat nak menangis.. releks je cool je.. tapi sejak dah 'berumur' ni.. Allah.. cepat sangat hati ni dicuit rasa.. kenapa eh?

banyak sebenarnya tak kena.. semua serba tak kena...selalu rasa nak sentap.. kalau dulu ana jenis sentap nak marah n mengamuk keluar segala tanduk taring bagai.. tapi sekarang tukar,, sentap nak menangis.. sikit-sikit nak leleh.. haha.. pelik-pelik... selalu juga tanya pada diri..mana pergi Aliyaa
yang kuat dulu tu...?

Apa yang ana hadapi tu? tak pe lah..biar menjadi rahsia diri..

Cuma mohon doa...Semoga diri ini kuat, thabat dan Istiqamah..
Sokmo bila lihat wajah adik-adik merangkap mad'u tu.. sebak.. sebab? Mereka Amanah.. :')

Tarbiah? Inilah Tarbiah.. Allahu.. Semoga Dia Redha..

"Mehnah dalam Perjuangan adalah Sunnatullah Maka Kuatlah Kerana Allah.."

Tuesday, 22 July 2014

Allahu... 'Rasa' ini rumit..


ana simpulkan ini sebagai tarbiyah versi sentap! :') nak nangis ase bila kita dilabel menganiaya orang..

tapi.. entahlah.. pada ana.. yg mempunyai pendapat sendiri setelah bermusyawwarah dengan naqibah-naqibah berkenaan hal ini sebagai orang tengah... (dengan sumber kekuatan istikharah) boleh jadi kita mengkhabarkan fitrah hati ini kepada insan itu sekadar untuk meredakan kegusaran, keresahan yang melanda jiwa..sekaligus mampu melupakan tanpa mengharapkan sebarang jawapan positif..kerana jawapan yang diberikan merupakan jawapan yang pasti untuk menutup cerita lama dan membuka lembaran baru untuk episod yang baru dalam kamus kehidupan. tetapi ada dua kemungkinan.. bersedia untuk ditolak dan mujahadah sehabis daya,,(dulu pada ana) itu yang dimahukan dan berharap juga bergitu.. dan kemungkinan kedua..boleh jadi jawapan negatif yang diharap sebaliknya menjadi 'diterima..' bersedialah pula untuk mujahadah saling 'menjaga' ..meaning? jaga pergaulan atau IKHTILAT! (maya ataupun nyata).. call + msg hanya bila PERLU! dan JAGA PANDANGAN! tak perlu rasanya kerap bertentangan mata. fitnah dan zina yang berpunca dari mata turun ke hati ni amat dahsyat dan bahaya juga...boleh jadi 'rasa' itu nanti jadi sia-sia kerana tersasar pada masa dan orang yang salah... tetapi..tak salah untuk terus berdoa dan meminta pada Yang Memberi.. untuk dipertemukan dengan orang yang tepat dan masa yang tepat juga tanpa perlu bazirkan masa yg ada untuk 'rasa' yang sia-sia..

"hati ini berbolak-balik sifatnya.. doalah pada Yang Maha Memberi agar 'rasa' itu tercatat dilangit sana selamanya.." :)

tapi pada ana.. bila memilih hidup dalam perjuangan ini...kadangkala 'rasa' itu...tidak sempat pun singgah diingatan untuk menjadi habuan hati pada 'rasa' rindu yang sia-sia dan sebagainya.. :') cuma...tipulah kalau tiada langsung angin rindu itu bertiup walaupun secara tiba-tiba sahaja ia menyapa..

maka..mujahadah lah untuk melawan 'rasa' itu dengan menyibukkan diri dalam perjuangan dan gerak kerja untuk Islam.. tetapkan dan sasarkan Matlamat yang jelas..biar hidup berpandu dan terarah tanpa sempat melayan 'rasa' yang singgah... biznillah

p/s: tapi.. jujurnya...pada ana..kalau rasa memang tak mampu dan tak bersedia untuk mengahadapi 'rasa' itu..tak mampu untuk mujahadah saling menjaga atau tak mampu menerima jawapan kecewa. maka hindari dari awal.. tutup segala jalan-jalan yang mampu mendekatkan diri dengan zina.. itulah yang disarankan..itulah sebaik-baik caranya.. :') berdoalah moga hati-hati kita ni kuat! Kuat kerana Allah.


Kemenangan Terindah Adalah Meraih Mardhatillah..
Doakan ana Thabat & Istiqamah dalam perjuangan ini,,
Semoga Allah jaga 'rasa' ini dari 'rasa' yang sia-sia....
wallahu'alam


JOM DEKATI JALAN PERJUANGAN..

#prayForGAZA
#QunutNazilah

Thursday, 19 June 2014

Hidup Bukan Untuk Berehat

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahuinya.” (Al Ankabut 64)

Bismillahirrahmanirrahim... :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal... untuk pertama kalinya dalam hidup rasa sangat terisi.. :') Eh! Bukan 'terisi' yang ituu.. :P ni kes lain ni...hoho

Cuti semester yang sangat padat sedang melabuhkan tirainya bermula ahad ni dah masuk kelas semula..! Sangat gembira ! Yeay ! Alhamdulillah.. :) Eh bukan sebab gembira kelas dah nak mula yea! :3

Bermula dengan aktiviti mingguan Tamrin, Konvensyen Mahasisiwi Islam, Test Drive, Pertandingan Debat Pidato Bahasa Melayu KPM, Karnival Nazim Kebangsaan, Hi Tea Pas Kawasan SUbang, Balik Kampung (Penang), Balik DUngun, Jaga Booth Poli, Kenduri Setiu, Travel ke Kelantan raikan sahabat, Ketua Feci Kem Kembara Ilmu adik-adik Kelas Rancangan Khas Sekolah Kapar, TOT (Train of Trainner) di Tok Bali Kelantan dan MSK + moderator.. dan now balik selangor semula..lusa kembali ke DUNGUN~~

hohoho~~ *bahagia kann.. ana biasa je dengan program-program.. tapi, ni adalah yang pertama paling padat sepadatnya...Alhamdulillah..sehingga terasa cuti ini sesuatu yang membahagiakan sebab terisi dengan perkara yang tidak sia-sia... (.^_^) gila kuasa? huhu..pandangan mereka biarkan.. pandangan ana.., ini amanah dan tanggungjawab.. mu xmboh wak, bior ambe wak.. :p Kejayaan tertinggi adalah dengan meraih Madhatillah..

“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” ( Muhammad 36)


in my early 20..
Alhamdulillah.. 2 JUN 2014 mungkin ini satu permulaan buat diriku untuk mengorak langkah mencari kerdhaan Dia.. aku tak kuat.. tapi, aku tahu..Tuhan tu.., sentiasa dekat dan sentiasa ada bila aku perlukan...

ibu ayah...terima kasih kerana menerima kelahiranku seadanya.. bersabar melayani kerena anakandamu ini dan 20 tahun.. doakanlah anakanda bongsu mu ini.., selepas ini...lebih kuat, lebih sabar, lebih berjaya menempuh kehidupan yang bakal mendatang dengan mehnah jalan dakwah yang dipilih... redhailah langkah kaki anakanda mu ini sentiasa..sesungguhnya..redha bonda dan ayahnda adalah redhaanya DIA...


“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat iti lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kalian memahaminya?” ( Al An’am 32)

Selamat Hari Lahir Nur Aliyaa Binti Mohd Sutarzi.. untuk tahun ini, tiada sambutan meriah untuk mu.. tiada kek dan hadiah seperti selalu.. kerana Allah mahu kamu kenal..apa itu syukur.

Doa dan ingatan dari kalian yang mengingati... syukur! itulah sambutan, kek dan hadiah yang lebih bermakna untuk aku.. :') jazakumullah khairan kasira... moga Dia redha.. Moga sampai syurgaNya....ameen..


"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (Al Hadid 20)

Mohon Jamu Mata.. :)
Pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu Politeknik KPM 2014
Alhamdulillah..just Top 5 Best Debeater
Ni Wedding sahabat naqibah dekat Setiu..
 Pelamin So SImple & So Nice :)
Raikan Cinta Sahabat
Machang Kelantan
Bersama Pelajar Kelas Rancangan Khas
SMK (P) Kapar, Klang

Train Of Trainner (Kem Paling Stress)
Tok Bali, Kelantan

MSK (Minggu Suai Kenal)
sebagai AJK Kecemasan & Kesihatan

Moderator Forum : Program Bersama Industri

"Happy Tweenty To You..

May Allah ease and Bless you always"
Apple Green ! :D
wallahu'alam..
yang baik itu datang dari Allah.. yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri..
Mohon doa semuanya...

Sesungguhnya..hidup ini bukan untuk berehat.. ada amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul..
Yes! Syurga itu tempat rehat selamanya... nak dapat syurga perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. ingat tu! :)

Si Kecil yang Selalu Dirindui..

Sunday, 11 May 2014

Langkah Pejuang - Soutul Amal

Dengan Bismillah pejuang melangkah
Berpaksi ikrar lafaz syahadah
Arahnya pasti bersatu hati
Redha Allah cita tertinggi

Langkah yang diatur bijak tangkas dan perkasa
Lafaz yang ditutur benar berhemat dan berpada
Tindakan berhikmah mentaati pimpinan
Membara semangat kerana kebenaran

Kata dikota janji ditunaikan
Gigih usaha jalankan kewajipan
Kalah dan menang adat berjuang
Kejayaan terindah meraih Mardhatillah

Iman tunjang kekuatan
Islam syiar kebanggaan
Ukhwah tali kesatuan
Berjuang penuh keyakinan

Istiqamah jatidiri
Teruskan Risalah Nabi
Mulia hidup dan mati
Pejuang takkan berhenti

Istiqamah

Friday, 9 May 2014

Hari yang mendebarkan..
Gementar
Gemuruh

Namun teruja...
Pasti !
Pasti ramai insan yang hebat-hebat....
Allahu..terasa kerdilnya diri ini...
Dalam mencari khazanah ilmu..dalam bumi nan indah ciptaanMu..

Redhailah ya Allah.. Permudahkanlah Setiap Urusanku...

ITM'14
Konvensyen Mahasiswi Islam 2014...

Thursday, 8 May 2014

Akidah + Perjuangan

p/s: inilah serba sedikit untuk kefahaman.. namun untuk lebih faham. AWAS! Mohan mencari buku-buku atau guru-guru yang lebih arif bagi membincangkan isu ini.. Seperti yang ana tegaskan dari awal bahawa isu AKIDAH ADALAH ISU YANG BERAT. tolong cakna ya teman-teman..

Bismillah..

Fuhh tengok tajuk atas tu..? +_o terasa berat kan..?? hurmmm...
Ana pun rasa berat..berat sangat..Allahu.. AKIDAH + PERJUANGAN.. sinonim dengan Afradul Muslim ..err mean.. Individu Muslim..

Jap.. blog ni.. Sekadar Berkongsi Kehidupan kan..? :) Jadi.., kita santai-santai sudahlah... bimbang main terjah dan keras... berbelit bentuk penulisan..pening orang nak baca..Allahu.. Topik Akidah + Perjuangan sangat-sangat-sangat ditekankan.. :O maksudnya.. balik dungun baru ni.. 2 minggu mengutip ibrah dan mutiara buat bekalan ke negeri abadi.. like i said.. Disitu pada ana letaknya bumi tabiyah.. ana 'kenal' kehidupan di situ... :') Ehh..okey.. lari tajuk sudah..

AKIDAH + PERJUANGAN..apa yang kalian faham..?


sebenarnya..ana agak kurang bijak dalam membawa topik ni.. jadinya..ana berkongsi sekadar yang ana tahu dan faham...sebab? pada ana akidah adalah topik yang sangat-sangat-sangat penting, untuk kita menjalani hidup sebagai Muslim. biarpun secara ringkas, ana harap ia padat dengan isinya..wahai pembaca yang baik hati.:) ..kalau rasa ana dah bawa satu ajaran sesat., mohon tembak!! Allah kejam..*_* mohon teguran ya.. ;)

Akidah..berasal dari perkataan Akad.. bila sebut perkataan Akad.. terbayanglah suasana akad nikah. *_* hoho..jadi tahu tak akad ni apa..? janji..

okey.. 
Akidah : Simpulan / Ikatan / Janji yang Kuat
atau... Pegangan yang kukuh!

Menurut bahasa buku : (Yang Lebih Tepat!) Aqidah merupakan Kepercayaan & Keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dan melaksanakannya didalam kehidupan..

Iman : Membenarkan dengan hati .Berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota.

jadi apa akidah kita? Kalimah tauhid? Kalimah syahadah... 





Tiada Tuhan Yang Disembah Melaikan Allah
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

bila bercakap pasal tauhid.. cabangnya ada 3.. kalimah tauhid tu..apa yang kita kena faham adalah disebaliknya..




  • Tauhid Rububiyah : Iktikad+Yakin+Percaya bahawa hanya Allah mentadbir seluruh alam
  • Tauhid Uluhiyyah : Iktikad+Yakin+Percaya bahawa hanya Allah berhak disembah dan tiada sekutu bagiNya..
  • Tauhid Asma' Wa sifat : Iktikad+Yakin+Percaya melalui nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.
jadi., ana dan kalian+kita semua kena ingat bahawa..lafaz syahadah bukan sekadar lafaz tetapi kita kena wajib berIman dengan Allah yang sebenar-benarnya disebalik lafaz syahadah atau kalimah tauhid yang acap kali kita lafazkan. 

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

al-Baqarah 256

Ini berat ye teman-teman.. kalau tak faham dan tak amal tapi mengaku Islam itu penyakit parah akhir zaman.. dan kalau faham tapi tak amal lagilah berat bagi kita tanggung di akhirat kelak dan kalau amal tapi tak faham..ana bimbang kita tersesat jalan..Allah..Nauzubillah mindzalik!

Itu yang jadinya ada fahaman sekular, sosialisma, liberal, syiah dll sebab..akidah kita belum jelas dan sahih.. bila orang yang tak faham dan jelas pasal akidah ni berjuang... hei! atas dasar apa mereka berjuang??


honestly, masih ramai lagi akidah dok jelas.. ana pernah berhadapan dengan orang yang apabila ditanya berkenaan akidah.. mereka menjawab dengan jawapan yang pelik-pelik.. jadi? tugas siapa untuk menerangkan pasal akidah ni.. kalau bukan dai'e macam kita.. tapi kalau dai'e pun tak jelas pasal akidah.. ana pun tak tau..apa yang diperjuangkan.. T_T Allahu..nauzubillah mindzalik..

Topik Akidah ni ana pernah bawa dalam group Halaqah Cinta ana dalam group whatsapp.. 
jadi, ana nak share dengan antum pasal penerangan naqibah ana yang lebih kemah! dan mudah difahami... :')

"Kenapa perlu faham ? Sebab semua orang yang nak menggerakkan Islam samada pada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat kampus dan sesiapa pun perlu ada AQIDAH yang JELAS dan SEJAHTERA..

Apa aqidah yang jelas dan sejahtera yang dimaksudkan itu? Itulah berlandaskan kalimah tauhid Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah. Bilamana semua penggerak faham apa itu kalimah tauhid dan berpegang pada aqidah kefaham itu, tiada la terjadinya 'Aku pakai stokin kat kampus je, kat luar tak payah pakai pun tak apa' atau 'takpe la tak dating dekat kampus pun. Malu jap lagi orang tengok ajk pusat islam dating. tapi balik kampung nanti, nak ajak si dia dating la..' dan pelbagai lagi niat-niat tak baik. Sebab apa? Dia percaya bahawa aqidah yang dipegangnya menyebabkan dia takut Allah akan judge dia kat manapun dia berada. Samada dikampus atau kat luar, dia tahu bahawa tutup aurat kewajipan sepanjang masa bukan setakat kat kampus dan bercouple bukan hanya dalam kampus, tapi kat mana-mana pun salah!


Sebab itu aqidah sangat berkait rapat dengan Iman. Bila Imannya kuat pada Allah, hati MEMBERNARKAN bahawa tutup aurat wajib, lisan MENYATAKAN begitu juga dan akhirnya terlahir pada amalan bila setiap masa pun kita tutup aurat. Bukan sekadar didepan orang sahaja.


**Akak bagi contoh di atas supaya adik-adik jelas apa dia aqidah tu. Apa kaitan pula dengan Iman. Kalau ada persoalan, boleh ajukan supaya tajuk aqidah ini bukan sekadar perbincangan je, tapi nak bagi serap dalam hati sampai ajal menjemput, biarlah tauhid. BUKAN aqidah-aqidah sekular, BUKAN aqidah depan kawan-kawan pusat islam atau usrah JE kena baik, BUKAN juga aqidah syiah dan pelbagai lagi aqidah yang salah..


Wallahu'alam"

Aqidah sangat berkait rapat dengan perjuangan..
Perjuangan bagi kita yang berpegang dengan aqidah yang jelas dan sahih ialah apa?

Perjuangan kita adalah memastikan kalimah tauhid kita sentiasa berada ditempat yang paling tinggi.. Islam yang sentiasa dijulang tinggi.. bukan agama-agama yang lain..



dengan cara yang bagaimana?


  1. kita hendaklah Menjadi Individu Muslim yang Cemerlang dari sudut aqidah seimbang akademik dan sahsiah. Dengan cara yang macam mana? :) jangan tinggalkan majlis ilmu, halaqah, usrah and so on.. inshaaAllah Allah akan bantu dan pentarbiyahan diri menjadi individu muslim yang cemerlang ;) 
  2. Selepas adanya Individi Muslim.. masuklah fasa yang ke 2 Membentuk RUMAHTANGGA MUSLIM, dengan yang macam mana? (Individu Muslim)+(Individu Muslim)= Rumahtangga Muslim :) atau.. Situasi ke2 terbentuknya Usrah-usrah yang baru dari individu muslim.. Usrah yang membawa maksud keluarga ini akan dibawa oleh seorang ketua keluarga, jadinya apabila terbentuknya individu muslim.. usrah-usrah atau halaqah serta majlis ilmu(taman-taman syurga) akan semakin meluas! :D 
  3. Setelah terbentuknya keluarga-keluarga Muslim maka lahirlah MASYARAKAT MUSLIM. Allahu.. :') tak sabar rasanya nak ramai-ramai faham Islam..
  4. Dengan adanya masyarakat muslim yang semakin bercambah dengan faham Islam dan membawa akidah yang sahih.. Maka wujudnya DAULAH ISLAMIAH... :') InsyaaAllah...
  5. Zaman Pemerintahan Islam akan kembali sinar..

Jadi ada 5 step untuk mewujudkan kembali Zaman Pemerintahan Islam.. :') Suka kan bila keadaannya nanti semua faham Islam, semua orang sayang dan nak pertahankan Islam..semua orang kejar syahid.. :') semua orang sayang aurat masing-masih.. Allah.. :') sukaaanya..

"Dahulukan Kepentingan Yang Utama"
Sekarang adalah masanya untuk menjadi Individu Muslim yang Cemerlang .. :') Perbaiki dari semua aspek, seimbangkan semua perkara..dan menambahkan ilmu dari masa ke semasa.. Biznillah 'ala kulli hal.. kuatkan hati ya Ummu 'Aisyah ! Qhawwi ilallah !

Nak tarik orang ramai-ramai biar faham Islam dengan fikrah yang jelas. Kemudian nak belajar-belajar jadi ketua keluarga usrah.... ^^ (membentuk keluarga muslim dengan cara ke2) sebelum benar-benar membina baitul muslim yang sebenar.. (.^_^)

Allahumma ameen..
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. 
Moga Rahmat Untuk Semua..

Jalan Tarbiyah ini memang tak mudah.. 
mungkin lelah..air mata juga akan melimpah ruah..
Moga Thabat & terus Istiqamah..
Mujahadahlah walaupun payah..

Allah dah hadirkan sahabat-sahabat buat peneman.. :')
hargai!! Usah lepaskan...


Wallahu'alam..
p/s:(ulangan) inilah serba sedikit untuk kefahaman.. namun untuk lebih faham. AWAS! Mohan mencari buku-buku atau guru-guru yang lebih arif bagi membincangkan isu ini.. Seperti yang ana tegaskan dari awal bahawa isu AKIDAH ADALAH ISU YANG BERAT. tolong cakna ya teman-teman..

Tuesday, 29 April 2014

its began here..

bismillah..

penuh perancangan, penuh strategi.. ada misi yang perlu dilaksanakan. Yang diperlukan adalah, terus thabat dan istiqamah dalam meniti perancangn Dia yang ternyata lebih baik...

:) segalanya bermula di sini.. semoga Allah mudahkan..

#mardhatilah

Monday, 14 April 2014

Kembalilah Wahai Kekuatan.. Mawar ini sedang Layu..

Allah uji kita dengan menarik kembali nikmat yang dia beri..

Allah uji kita dengan persahabatan...
apabila selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik yang kadang kala kita tak mampu..

Allah uji kita dengan menghilangkan sesuatu yang kita rasa sangat berharga sekelip mata...

Allah uji lagi..bila kita menyampaikan pada seseorang... penyampaian itu tak sampai.. orang tak terima..

dan bila Allah uji pada tahap sabar yang dah maksimum digantikan dengan rasa marah yang juga pada tahap maksimum..? galang ganti..wudu' solat dan air mata untuk tenangkan diri.. 

tuu baru sikit Allah uji... kan..? bersyukurlah....Allah masih sayang.. :')

ada insan yang diuji dengan kehilangan yang lebih besar.. insan kesayangan yang tiada..
atau ada yang diuji..dengan limpahan tomohan dan cacian, penghinaan dan sebagainya..
dan lebih hebat lagi...dulu Nabi kita yang tercinta dilemparkan fitnah...bukan tu sahaja.. Allah uji lagi Nabi S.a.w dengan ada yang melempar kata-kata kesat, cacian, malah ada yang kata Nabi kita gila :'( Allah... Nabi adalah kekasih Allah.. Manusia teragung..di uji Imannya dengan lebih dahsyat.. sewaktu kelahiran pun sudah yatim...kehilangan abi tercinta.. tak sempat bermanja dengan umminya..Allah tarik juga.. kehidupan seorang kekasih Allah awal kehidupannya hanya menumpang kasih bapa saudara, datuk tercinta.. itulah hebatnya manusia teragung..Nabi kita! Yang akhirnya menjadi manusia terhebat sepanjang zaman! Allahu akhbar..

Qhawwi ilallah ya Ummu 'Aisyah.., sabar lah..bersabarlah !
sabar memang tak mudah sayang...cakap mudah.. tapi..
natijah bagi orang yang sabar tu..sangatlah luas dan indah.. :') Allah..
nak jadi seorang srikandi sayap kiri perjuangan, bukan mudah..
Yaa sahabatku acapkali berpesan...
kerap dirinya berpesan buat srikandi lemah ni..
ingatlah pesan dirinya baik-baik..
simpan kemas-kemas di ingatan....

"Perjuangan ini tak mungkin dan tak akan dihampar dengan karpet merah.."

cukuplah ada sahabat-sahabat seperjuangan, sefikrah, sematlamat yang sudi bersama-sama denganku..
yang dapat menerima setiap kekuranganku...
yang sudi sambut bila aku jatuh..
yang beri tubuhnya untuk didakap bila diriku dalam sendu...
kawan mudah dicari.. sahabat selalu ada..

namun.. membina ukhwah fillah untuk ke syurga...tak semua mampu.. kan?

Innallaha ma'ana ya Ummu 'Aisyah.. 
Allah sentiasa ada.. Dialah sebaik-baik teman dan sebaik-baik sandaran..
Dialah sebaik-baik tempat berlindung..
Dialah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan..

Allahu Allah.. Kau redhailah langkah ku ini..
Kau tetapkanlah hatiku yang mudah berbolak-balik ini hanya pada agamaMu yang satu, tiada sekutu bagiMu, Hanya Kau Cinta Teragung.., dan sebenar-benar Pemilik Cinta..
Jangan Kau uji aku cinta seandainya itu yang bakal buatkan aku semakin jauh dariMu...

Cukuplah Kau didalam hatiku.. 
dan hadirkanlah insan buatku yang didalam hatinya hanya ada Kamu...sekadar menemani langkah perjuangan nan sepi ini..

Allahumma ameen...

"Kembalilah Wahai Kekuatan.. Mawar Ini Sedang Layu.."

kadangkala terasa letih dengan dunia walau hakikat ianya sementara...
kadangkala terasa..mati tu mungkin lebih baik..walau diri tak bersedia..
dari hidup dibebani dosa,, apalah maknanya hidup andai Dia tak redha..?

semester hadapan yang begtu menggusarkan. Cabaran ? :'( mungkin bakal berhadapan dengan masalah hati...andai akulah yg berkuasa.. Aku mungkin memilih untuk perasaan ini pergi sebelum masanya..

Monday, 7 April 2014

Finally it become end..

Allahu Allah !

hee~
Alhamdulillah-alhamdulillah.. :)
Semester Sesi Disember 2013 sudah ingin melabuhkan tirainya..
Bermulanya Perperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2013 Isnin (7 hb 2014)
bittaufiq wanajah fi imtihan teman-teman.. moga kejayaan yang cemerlang milik kita buat Islam..
Semester yang penuh kenangan dan barakah buat diri..tentu juga buat insan sekeliling. ;)



Latihan Industri sudah memasuki fasa minggu-minggu akhir... biznillah wa tabarakallah.. ;) mudah-mudahan segalanya berakhir dengan jayanya! :D *walaupun sedang kalut dengan final report..ku gagah kan diri untuk menaip.. :p haha perlu ke..? * :D


tapi bagi ana.. kebahagiaan untuk semester ini adalah apabila berjaya laluinya sehingga ke penghujung dengan setiap pengalaman yang berbeza.. :')

I LOVE YOU ALLAH.. ITS BECOUSE OF YOU.. I HAVE SUCH A GOOD, HEALTHY, STRONG, HAPPY LIFE...THANK YOU.. :')

Ya Allah..panjangkanlah umurku dalam keberkatan dan redhaMu.. Jadikanlah aku seorang hambaMy yang bersyukur, kuat, sabar dan thabat pada jalan perjuangan yang dipilih ini.. :')

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (2:45)



Allahu Allah.. Moga semester depan..dengan taklifan yang baru dipikul ini... Allah redha..Allah mudahkan.. Buat kita semua.. Semoga Allah kuatkan hati kita dalah mengharungi mehnah dalam cabaran seimbangkan Keluarga, Akademik, Sahsiah, Organisasi, Perjuangan dan Islam..
Moga perancangan kita termasuk dalam perancangan Allah jua.. maka bersangka baiklah dengan Dia.. Innallaha ma'ana.. :')



someone said "GENCARKAN TARBIYAH ERATKAN UKHWAH"

wallahu'alam


Friday, 4 April 2014

Majlis Penangguhan Aktiviti Pusat Islam

Bissmillah..

Alhamdulillah.. dengan berakhirnya Majlis Penangguhan Aktiviti Pusat Islam Sesi Disember 2013, maka berakhirlah sudah perjalanan ahli jawatankuasa Pusat Islam Sesi Disember 2013 dan berganti pula dengan legasi kepimpinan yang baru Saff Majlis Tertinggi Pusat Islam Sesi Jun 2014. *wuu tepuk tangan*

Stop!
Nak kisah ni... macam mana ana boleh sampai sanaa... such a long story.. huhu.. btw, kalau tak berminat nak tau pun... *i dont care* :3 hohoh

behind the scene
Kisah sedih ni bermula apabila ibu tak kasi pergi...... ermm.. ibu guna kuasa vetoo ! tapi tak cukup veto hehe.. tiba-tiba very unexpected ayah izin ! Allah.. lagi vetoo tu.. :O huhu... tapi sebab nak buat jahat kan... hati memang tak tenang... huhu.. kenapa ana cakap nak buat jahat?? seriusly i want to go.,.. masalah seterusnya..cutii pulaaa...dah tak mungkin dapat.... perghh banyak gila kot ana cuti untuk program kan..?? jadi bila ibu tak bagi pergi ni...nak buat jahat rasa macam tak senang..huhuh entahh... sampailah pagi jumaat tu..still try memujuk...and!
 Ibu lett me gooo..alhamdulillah... walaupun nada tak rela je.. tapi bila ibu dah izin rasa mcam kuat sikit nak buat jahat sebab ibu tolong doakan yang baik-baik untuk anak bongsu dia yang nakal ni.. ibu ambik pukul 12.30pm kononnya ingat sempat pergi cari tiket pukul 2... :'( tapi..... ibrah yang ana nak share sebenarnya..ana balik dungun tu tak berkat! hurmm... ye laa.. ibu ambik 12.30 sebenarnya ana melarikan diri...ana just msg penyelia untuk minta izin half day dan mc... :'( huhu... so kisah tak berkat ni...Allah bagi kafarah on the spot.. ana tak dapat tiket... tapi tekad! nak balik jugak! shah alam takde..pergi kL pulak,,pun habis..yang ada?? bas tambahan je.. harga?? RM 50.. :'( nak nangis ase..tapi! tekad!! nak balik jugaaak! ibu tinggalkan je dekat stesyen bas hentian putra tu...hurmm tunggu bas sorang-sorang.. bas tambahan tu..janji gerak pukul 5.30 so bajet sampai dalam pukul 12.00 tapi.. :'(
 Allah bagi ujian lagi...bas gerak pukul 6.30,,, okey fine,,, masa tu dah tawakal da sampai pukul berapa pun biarlah kalau mpapi nak habis pun... asal nak sampai dengan selamat..nak jumpa semua! yup semua! tapi.... Allah uji lagi... kena marah... :'( siapa yang marah tu..biarlah rahsia..tapi sedih memang rasa macam dah nak ggive up da...perghh..sampai hati marah.... *tiba-tiba rasa diri tidak dihargai...* huhu..ye laa.. kak mirahh pun... nak ngajuk doh time tu.. :'( tapi sebab tekad kan... buang segala rasa tu jauh-jauh... ana just minta mereka doakan perjalanan yang tak berkat ni selamat... sedikit pengubat hati "dok marahh..tapi risau.." ok, waktu tu air mata tiba-tiba je keluar..entah kenapa.. promise... this is for the last.. huuu

nak dijadikan cerita..dengar la juga...perlantikan organisasi baru sem depan secara live.. On Call..hehe.. tapi...entahlah...

hey,,, disebalik perjalanan yang tak berkat dan penuh kesedihan ni...teselit jua hikmahNya...Allah.,.. *sujud syukur* sebak sangat...memang Allah uji sedikit kesusahan dan merasai manisnya dipenghujung..itu janji Dia.. sampai pukul satu lebih.... masa tu hati dah rasa..."tak pe lah... kak yu cakap tido lambat.., sarah cakap nak nk tunggu ana sampai" terubat sikit kesedihan dihati..walau tak berjaya jumpa semua kan... tapi gitulah..very unexpected.. sarah msg, semua ada kat dewan lagi... abe we bercakap lama sikit katanya..for the very last moment.. sampai je..mula takut gop nak masuk..hee.. yer la bukan penghuni kamsis kan..tapi..Alhamdulillah Allah permudahkan..perancangan Dia selalu yang terbaik... IM HOME!! walau lambat dapat jumpa semua... yup.. SEMUA!! hohohoho penat berjalan laju... mereka cakap..riaksi terkejut atas muka dia.. :p yer laa.. mujur dok redah masukk.. jap g.. jadi publisiti.. huu~ dia tengah bercakap..entah apa la agaknya dia bebelkan..semua khusyuk..teringin nak dengar...

balik kali ni..alhamdulillah..dapat buat semua perkara yang ana teringin nak buat dengan mereka! ada la juga terlepas something..tapi tak pe! hehe...














sarah...ambe suka gambar ni... :* terima kasih kak yuyu ambik kan gambar super sweet ni.. *_*

pengakhirannya...dengan TAKBIR!!

ALLAHUAKHBAR!

wallahu'alam.

wassalam..

p/s : Jazakumullah khairan kasira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.. Credit Pic to Group-group whats app.. abg mie, abg syed, abg hanif, abg remy, abe we, safwan zaid, kak ayu, kak mirah, kak laila, maisarah,, adik-adik dan sahabat-sahabat.. sem 6 yang bakal graduate.. ;) yang bakal pergi L.i... semua sekali..semuanya.,.., Semoga hidup sentiasa diberkati dan dalam redha Allah.. ;) dan tidak dilupa tahniah wa takziah pada Legasi Kepimpinan Saff Majlis Tertinggi Pusat Islam..mabruk 'alaikum wa tabarakallah..may Allah ease and redha.. *peace* hehehe...

*i love them..fillah lillah.. inshaaAllah*