Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Saturday, 18 October 2014

Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..kali ni ana nak berkongsi ilmu yang ana rasa sangat bermanfaat buat muslimat diluar sana berkenaan dengan Peranan kita sebagai seorang muslimah yang amat diperlukan dalam meneruskan misi menyabarkan virus tarbiah dakwah dan siasah.

Seringkali kita sebagai wanita terkeliru dengan hujah-hujah yang dikeluarkan untuk menentang niat murni kita sebagai wanita muslimat yang turut ingin sama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat teman-teman.. dan dalam redhaNya..


Peranan Muslimat Di Medan Amal Islam
Karya Al Syeikh Dr Faisal Mawlawi diterjemahkan oleh Dr. Ridhuan Mohd Nor




Faktor yang menyebabakan lemahnya Penglibatan Muslimat Di Medan Amal Islami
  • Fahaman-fahaman yang salah (faktor yang meninggalkan kesan yang besar kepada kaum lelaki & perempuan)
  • Keegoan kaum lelaki

Fahaman yang salah yang wajib diperbetulkan

  1. Kaum wanita itu kurang akal & agamanya. 

PENCERAHAN (hujah menurut hadis)

"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal & agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya : Apakah kekurangan akal & agama kami ya Rasulullah?  Rasulullah s.a.w bersabda : Bukankah persaksian wanita sama dengan sesetengah lelaki? Merek menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letaknya kekurangan agamanya." - Riwayat Al-Bukhari

Kekurangan agama bermaksud:
  • Dalam hadis Rasulullah s.a.w maksud kurang dari aspek kuantiti bukan dari segi kualiti ibadah
  • Wanita yang didatangi haid tidak boleh mendirikan sembahyang dan tidak boleh berpuasa.
*Yang membezakan wanita dan lelaki mukmin adalah takwa.

Solusi : Lelaki dan wanita bersaing untuk meningkatkan kualiti diri, dari semua aspek! :)

Kekurangan Akal bermaksud:
  • Allah kurniakan lelaki kekuatan akal untuk mereka menguasai perasaan dan hawa nafsu.
  • Allah menentukan bahawa wanita kurang kemampuan (perasaan mengatasi pertimbangan akal@ sukar nak kawal emosi) namun ianya satu kemuliaan 
*Wanita dan lelaki saling melengkapi-wanita mampu bersabar melayani & berhadapan dengan kerenah anak-anak
*Lelaki secara umumnya akal lebih kuat untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat.


     2.   Kepimpinan Lelaki ke atas Wanita


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِبِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍوَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.." al Nisa' : 34

  • Ramai yang salah menggunakan ayat ini untuk menindas kamu wanita tanpa mengkaji dahulu maksud yang disampaikan.
  • Menindas disini bermaksud wanita ini 100% wajib taat perintah hanya kepada suami semata-mata.
  • Disebalik ayat ini, menfokuskan bahawa dalam Islam lelaki sebagai pemimpin. Namun wanita seharusnya memaikan peranan wanita didalam medan amal Islami tanpa meminggirkannya.
  • Muslimat lebih berupaya untuk memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri dari menunggu sahaja arahan dari kaum lelaki atau pendekatan yang harus digunakan adalah Berdikara. Menjadi Seorang Wanita Yang Berdikari,
*Bila perkara ini dilakukan, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya. (Boleh rujuk kisah-kisah Srikandi Zaman Rasulullah s,a.w yang turut bersama-sama dalam medan perang seperti Suwaibah, Kaulah Al Azwar dan ramai lagi!)

    3.  Isu Wanita Keluar Rumah untuk Menyumbangkan Tenaga

"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu..." al Ahzab : 33

Ayat ini membawa maksud :
  • Wanita muslimah hendaklah menetap sahaja dirumahnya agar dia dapat melaksanakan tanggungjawab rumahtangganya. Jika ia keluar dengan alasan yang dibenarkan oleh syara', maka wajiblah keatasnya mengelakkan diri dari bertabaruj seperti orang-orang jahiliyyah dahulu kala.

Solusi : Ayat ini begitu jelas mewajibkan wanita apabila keluar dari rumahnya tidak bersoleh dan berhias-hias. Ia bermaksud memberi jaminan keharusan keluar rumah jika ada sebab-sebab yang diizinkan oleh syara'

InshaaAllah point yang seterusnya ana akan kongsi dalam post yang akan datang. :)

Namun rumusan yang ana ingin buat adalah betapa pentingnya peranan kita sebagai wanita dalam memastikan Daulah Islamiyah kembali ditegakkan.. inshaaAllah semoga Allah pilih kita untuk HidayahNya,
Ohh, the most important part yang ana ingin turut jelaskan adalah, sekiranya anda sudah bersuami., fitrah asal seorang wanita apabila sudah bersuami adalah wajib baginya meminta izin suami untuk keluar berjuang menyebarkan risalah dakwah.

Nasihat ana bagi yang belum bersuami(termasuk ana)..carilah seorang suami yang bukan sekadar soleh, namun sama-sama bermatlamat dan berfikrah untuk menginfakkan diri dalam perjuangan Islam. Ehh wait.., nak cari yang soleh.. Be The Solehah first! biznillah :) Semoga Allah Redha.. Doakan ana juga. 

wallahu'alam
To Be Continued..

"Bersedialah untuk Penat..Namun Kuatkanlah Semangat.."

No comments:

Post a Comment