Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Thursday, 9 February 2012

Malu Semakin LENYAP dikalangan UMAT ISLAM hari ini..PERCAYA X???

Assalamu'alaikum..
hari ni..ana nak buat sedikit perkongsian ilmu berkenaan aurat..
syukran jazilan..credit kepada blog ilmu

MUKADIMAH
Seumur hidup aku, rasanya tak pernah lagi kalau aku pergi ke shopping complex, aku tak nampak perempuan seksi. Kalau aku tak nampak, mungkin aku lupa sebab masa tu aku kecik lagi. Menjengah dewasa ni, tanpa gagal aku pasti akan nampak perempuan seksi di shopping complex.
Kalau yang kafir tu, kita sedia maklumlah. Tapi, walau sedia maklum macam mana pun, lelaki yang tak gay, goyah juga imannya. Yang tak boleh terima tu, wanita-wanita muslim tu. Berpakaian ketat, sendat yang mungkin membuatkan nafas tersekat-sekat. Mungkin nafas si pemakai pakaian ketat tu tersekat-sekat sebab pengaliran udara tak baik. Si lelaki yang tengok pun boleh jugak mengalami nafas tersekat-sekat sebab gelojak nafsu yang mencanak-canak.

FOKUS !
Apa yang perlu kita fokuskan adalah, ‘ada baiknya’ perempuan-perempuan jenis ini terus berbogel saja apabila keluar rumah. Yalah, mereka sebenarnya telahpun mempamerkan segala aset tubuh mereka tak kira bentuk kaki, tangan, badan, buah dada, dan punggung. Mereka cuma membalut aurat saja, bukan menutup aurat. Tapi, apabila disarankan berbogel, pasti mereka malu!
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”  [HR Muslim no. 3971] Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” 
[Al-Muwatta’, no. 1421] 

Inilah kekeliruan yang membunuh. Mereka malu untuk berbogel apabila keluar rumah, tapi mereka tidak malu untuk BERPAKAIAN TETAPI BERBOGEL. Inilah akibatnya apabila anasir-anasir jahat daripada kaum kafir dengan mudah menerobos dalam kehidupan masyarakat hari ini. Apa saja fesyen yang diperkenalkan hari ini, umat Islamlah yang rata-rata menjadi ‘pendokong’ kepada fesyen itu.



 Kemudian, apabila masyarakat mula sedar akan hakikat penutupan aurat, mereka cipta pula fesyen-fesyen yang nampak islamik. Dikenakan tudung pula. Tapi yang lainnya semua ketat-ketat belaka sehingga menyebabkan sang lelaki tak tentu hala. Tak kurang juga mereka membuat fesyen jubah terkini. Kononnya jubah tersebut adalah pakaian muslimah. Tapi ternyata jubah tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Allah SWT. Contohnya jubah ketat yang menampakkan bentuk dan potongan badan. Fesyen islamik kah ini?

Kepada yang suka berpakaian tetapi berbogel, ‘ada baiknya’ anda hanya berbogel saja apabila keluar rumah. Anda tidak perlu lagi untuk membeli pakaian yang mahal-mahal. Dan anda juga sebenarnya telahpun menayang aset anda secara percuma. Cuma, anda BALUT saja dengan pakaian ketat tu. ‘Apa salahnya’ anda terus berbogel saja? Senang bukan? Sebab anda tidak malu untuk berpakaian ketat! Kalau tak malu untuk berpakaian ketat, kenapa nak malu pulak apabila disarankan berbogel saja?
Inilah masalah umat yang sangat kronik. Masalah ini hanya dipandang sepi oleh pemerintah. Tiada hukuman dikenakan ke atas ‘pembogel-pembogel’ini. Tapi pemerintah kita cukup sibuk menangkap orang yang berdakwah atas alasan mereka adalah ekstrimis, berdakwah tanpa tauliah, dan sebagainya. Apa lagi yang diharapkan daripada pemerintah yang meminta bala daripada Allah SWT ini? Mereka sibuk menangkap dan mengganggu golongan yang menggoyang kedudukan mereka, tetapi tidak sibuk untuk menerapkan hukum-hakam Allah.
*Kepada lelaki, tak bermakna aurat kita ciput, kita boleh sesuka hati dedahkan aurat. Lebih-lebih lagi masa bersukan. Kalau lelaki tengok aurat perempuan nafsu mencanak-canak, tak mustahil bagi perempuan untuk berlaku perkara yang sama

SOLUTIONYA??
ana rasa elok benar kalau pakai begini


 atau,,
begini terlalu baik
AKHIR KALAM

dengan memakai pakaian menutup aurat ini..bukan sahaja dapat pahala menutup aurat dengan sempurna..malah terhindar dari gangguan-gangguan dari lelaki yang tidak menjaga fitrah.. dan fitnah dunia yang membawa kepada masalah akhirat.
kita juga akan dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan pengaruh masalah sosial..

dan kaum Adam akan lebih hormatkan kita..trust me! TRUST IN ALLAH..
semuanya atas diri sendiri..kerana 'tiada yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya' bermakna..kalau kita tak nak berubah..tiada siapa nak tolong kita kat akhirat nanti..melainkan diri kita sendiri..

ana tegur wanita kerana ana juga wanita..dan ana berasa sangat malu dan hina sekiraya kaum wanita ini tidak menjaga aib dirinya sendiri..
moga-moga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita bersama..termasuk diri ana dan keluarga..

salam mujahadah..selamat berhijrah..transform lah diri kita agar menjadi yang PALING TERBAIK..dikalangan yang TERBAIK.. :)

wallahu'alam..,
wassalam

Monday, 6 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum..

hari ni..ana nak share sikit...story sempena sambutan ulangtahun kelahiran Rasul 'Ulul'azmi yang terakhir.. :)

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.  
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
 Dengan itu..jom, kita sama-sama hayati..sejarah pengorbanan Rasulallah dan para sahabat dalam menegakkan kalamullah yang sehingga hari ini umat Islam semakin mekar ibarat kuntum mawar ditaman.. 
ambillah sedetik cuma untuk mengingati Rasulallah s.a.w dengan berselawat ke atas nabi..
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
wallahu'alam..