Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Monday, 29 October 2012

Tips Sebelum Bertudung Labuh. :)

sila share wahai muslimah :)


 sila share semoga, diri anda & kawan di fb anda pun dpt ilmu baru..

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan denga
n berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .

wahai muslimah silalah share :)


Sunday, 14 October 2012

KEM AL-MUKHIMUL QIADI (KEPIMPINAN)

Assalamu'ailaikum..

Hari ini ana nak berkongsi tentang pengisian.kem 3 hari 2 malam..
kem kepimpinan yang baru sahaja ana lalui .. :)

Tarikh : 4, 5, 6 hb Oktober 2012
Tempat : Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Sejenak Tentaif Program.
Bertolak dalam 16:00 macam tu.. :)
sampai dalam 6.30 alhamdulillah..
hurmm..malam..slot taaruf..icebreaking..
masa ni la ada perlantikan Penghulu & Penghuluwati..fungsi? Ketua kami..sepanjang program..kiranya kami memang kena dengar cakap 2 insan ini selepas urusetia..abg-abg & kakak-kakak fasi.. :p

undi..bla bla bla..tengg tengg..

Pemenang!!
Penghulu kami..oleh Saudara Akhi Khairul Azman bin Sabri
Penghuluwati kami pula,,oleh Saudari Ukhti Ayu aka Roshidayu Binti Rozak

dibawah pimpinan akh dan ukht..ana terasa diri ana amat hebat..
syukran kerana berjaya asuh diri ana..walaupun tidak secara nyata..tapi melalui peribadi kalian.. :)

Tahniah!! hehe

Ehh lupa.lupa..ermm.kami juga ada Mantan President Pusat Islam @ Mantan President Jawatankuasa Perwakilan Pelajar aka Ketua Urusetia kami.. :)
Abg Mie @ Saudara Akh Muhammad Nazmie bin Ismail
ana terfikir..betapa hebatnya berada dibawah pimpinan abg mie ni.. :) lihat sahaja cara dia menguruskan kami dari segi..fizikal..mental..dan yang paling penting..psikologi..hee
moga Allah sentiasa merahmati dirimu wahai akhi.. :) ana sungguh kagum !

pembahagian kumpulan juga dilakukan..jadi kumpulan ana..diberi nama "CERIA"
(: CERIA :)
entahlah..ana tidak pasti tang mana yag ceria sangat.. :p hee :) credit kepada akhi faris yag sedaya upaya mengekalkan kecerian kumpulan kita melalui telatah kamu.. :p hee


okey..berbalik pada aktiviti.. :)

next day..
yurp! demi mencontohi peribadi hidup seorang muslim sejati..pagi itu kami bangun bertahajud!
alhamdulillah..walaupun muslimah sedikit ketinggalan berbanding muslimin yag ternyata sudah bertahajjud terlebih dahulu..pagi ini terisi dengan sesuatu yang luar biasa hebatnya..sambil kedengaran alunan zikir hutan lipur sekayu ini..SUBHANALLAH!!


Explorace & Jungle Trekking..erkk :O
yang ni..ana sukar nak ulas..sebabnya..pengisiannya terlalu mantap..sehingga sukar dijelaskan..
itulah..apa yang penting..kefahaman..ilmu.. kerjasama..kepercayaan..itu yang mengeratkan ukhwah kami sesama antara ahli kumpulan..
Berlatarkan Air Terjun Sekayu
Air Terjun Sekayu :O

sehingga kesudahannya berakhir bergini....
Bulatan 'O' Ukhwah
Kesimpulannya..,
Alhamdulillah..kem ni berjalan dengan jayanya.. Tahniah buat President Pusat Islam Sesi Jun 2012 aka Ketua Pengarah Projek, Abg Saffiy @ Saudara Akh Mohamad Saffiy bin Said kerana telah bertungkus lumus menyediakan kami Sahabat Pusat Islam Part1 kem kepimpinan yang luar biasa impaknya.. bukan sahaja sahaja menjadi santapan fizikal..malah menjadi makanan rohani bagi kami.. Tidak dilupakan juga kepada semua ajk dan mantan aka urusetia kami,,yang bertungkus lumus menyediakan keperluan yang terbaik untuk kami..Jazakallah khairan kasiran..Allah jualah yang mampu membalas pengorbanan kalian..Selamat Meneruskan Perjuangan ya! :D

Credit to.. abg syed dan sahabatnya abg zizie (Guppy Photography), for the picture heee~
 tak dilupakan blog Pusat Islam PSMZA
Pusat Islam PSMZA
okehh..ana rasa..setakat ini sahaja perkongsian.. :) 
Jaga Diri, Iman & Amal

wassalam