Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Friday, 24 October 2014

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhuwwah

Assalamu'alaikum.


Ehee tajuk post tu ana ambik dari Trademark Lajnah Dakwah & Tarbiyah yang direka oleh seorang Ketua Lajnah tapi sem depan up sikit sebagai Presiden inshaaAllah.. semoga beliau thabat pada matlamat dan istiqamah pada perjuangan di Lapangan Dakwah ini..biznillah. :)


Siapakah dia? no no no, tak boleh expose nama dan wajah dia..nanti tuan punya badan sunyum tak habis, blush sampai seminggu..bahaya! :p *gurau je ye.. :) boleh simpan dalam peti, jangan simpan dalam hati.. ^_^

Allahu, teruk perangai ana ni g kutuk pres sendiri, nanti dia tak redha baru tau! adik-adik jangan follow okeh. :3

Alhamdulillah. Semester da sampai ke penghujung. Ana mencoret wadah di sini sekadar mengisi ruang dan masa memandangkan paper akhir ana akan bermula 30 Oktober 2014 inshaaAllah. Mohon doa dari semua. :) inshaaAllah kita semua akan berjaya mendapat result flying colors bukan sahaja dunia..malahan akhirat juga. yang penting! USAHA & ISTIQAMAH !

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhwwah
Simbolik apa yang kami lalui semester ini! ;)


Tarbiah yang Allah beri sangat menguji dari awal semester sampailah ke penghujung.


Apa yang dimaksudkan dengan Tarbiah? Didikan..
Apabila dah niat untuk wakafkan diri di Medan Amal Islami. Mehnah itu Sunnatullah, Tak lengkap sebuah perjuangan tanpa ujian. Betulkan? :)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Al Ankabut 69 : 2

Dan apa pula yang dimaksudkan dengan ukhuwwah? Ukhuwwah merupakan tautan antara hati berlandaskan akidah semata-mata.


"Tiada Dakwah Tanpa Jihad,
Tiada Jihad Tanpa Pengorbanan"

Ujian adalah Tarbiah, didikan untuk kami. Nikmat! Dalam merasai betapa getirnya Allah menguji kami, kami bersama melaluinya dan itulah yang mengeratkan lagi tautan hati kami dalam satu Rabitah Hati.
My Dearest Sisters
Semester 5

Bergaduh, Selisih pendapat, Marah, Kecewa, Rasa Tidak Dihargai, Rasa Tidak Dipercayai, Rasa Letih, Futur, Putus Asa... Allahu banyak rupanya unsur negatif kali ini. tapi bila difikirkan semula seteruk mana Allah menguji. Allah tak akan beri satupun ujian seandainya kita adalah golongan yang tidak mampu hadapi.? :') Terima Kasih ya Allah atas kurniaan sahabat-sahabat, teman-teman, dan adik-adik yang baik buat hambaMu ini.

Firman Allah SWT; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain). Sabda Rasullullah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. ~~

Apabila kita berkasih sayang dengan penuh keikhlasan pasti ianya menjadi sesuatu yang terindah. Kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja (opsss...tu tak boleh...haram! Nikah dulu yer) tetapi konsep kasih sayang dalam Islam terlalu luas, -

seperti sabda Rasullullah SAW:- Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”. 

Alhamdulillah..
bersyukur sangat dikurniakan sahabat-sahabat ini...

Maaf sangat-sangat wahai teman andai sepanjang ukhwah ini bertaut banyak kurang dan kelemahan yang terzahir dari diri..moga mampu menerima diri ini seadanya...

This Is My Girl
Kata Dia..

"Sahabatku hawa,
Kamu cuma An-Nisaa,

Walau tak setabah para Mujahidah,
namun tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padaNya ada Syurga.

Walau tak semulia wanita Sirah,
Tapi muliakan diri dengan memelihara agama,
Kerana padanya ada Bahagia

Percayalah,
Setelah deraian air mata, datanglah senyuman. 
Setelah segala ketakutan hilang, datanglah keselamatan. 
Setelah perginya kesulitan datanglah ketenangan.."




aku membalas :

"ada yang mengeluh ,
ingin gugur dan jatuh ,
lalu dia berkata LELAH.
ada yang lelah ,
tubuhnya penat ,
tapi semangatnya kuat ,

dan dia berkata LILLAH"

RAPI Sesi Jun 2014
p/s: Sahabat, berikan ana peluang walau cuma sekali..untuk ana buktikan segalanya kini bukan satu mimpi, namun satu realiti... sirru 'ala barakatillah..

hashtag!!
#usrahSolehah
#usrahJannatunNisa
#usrahYangDijanjikan
#usrahSayangFillah
#JundiRabitahHati

**for my dearest TP..Goodluck kak amirah my only sister this semester for ur future..  ;) be the best among the best.. mardhatillah inshaaAllah.. semoga kuat menuju solehah.. ;') i love u most... forgive me if i ever hurt u..



Saturday, 18 October 2014

Peranan Muslimat Di Medan Amal Islami

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..kali ni ana nak berkongsi ilmu yang ana rasa sangat bermanfaat buat muslimat diluar sana berkenaan dengan Peranan kita sebagai seorang muslimah yang amat diperlukan dalam meneruskan misi menyabarkan virus tarbiah dakwah dan siasah.

Seringkali kita sebagai wanita terkeliru dengan hujah-hujah yang dikeluarkan untuk menentang niat murni kita sebagai wanita muslimat yang turut ingin sama-sama berjuang dalam menegakkan syiar Islam.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat teman-teman.. dan dalam redhaNya..


Peranan Muslimat Di Medan Amal Islam
Karya Al Syeikh Dr Faisal Mawlawi diterjemahkan oleh Dr. Ridhuan Mohd Nor




Faktor yang menyebabakan lemahnya Penglibatan Muslimat Di Medan Amal Islami
  • Fahaman-fahaman yang salah (faktor yang meninggalkan kesan yang besar kepada kaum lelaki & perempuan)
  • Keegoan kaum lelaki

Fahaman yang salah yang wajib diperbetulkan

  1. Kaum wanita itu kurang akal & agamanya. 

PENCERAHAN (hujah menurut hadis)

"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal & agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya : Apakah kekurangan akal & agama kami ya Rasulullah?  Rasulullah s.a.w bersabda : Bukankah persaksian wanita sama dengan sesetengah lelaki? Merek menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letak kekurangan akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab : Benar. Rasulullah bersabda : Maka disitulah letaknya kekurangan agamanya." - Riwayat Al-Bukhari

Kekurangan agama bermaksud:
  • Dalam hadis Rasulullah s.a.w maksud kurang dari aspek kuantiti bukan dari segi kualiti ibadah
  • Wanita yang didatangi haid tidak boleh mendirikan sembahyang dan tidak boleh berpuasa.
*Yang membezakan wanita dan lelaki mukmin adalah takwa.

Solusi : Lelaki dan wanita bersaing untuk meningkatkan kualiti diri, dari semua aspek! :)

Kekurangan Akal bermaksud:
  • Allah kurniakan lelaki kekuatan akal untuk mereka menguasai perasaan dan hawa nafsu.
  • Allah menentukan bahawa wanita kurang kemampuan (perasaan mengatasi pertimbangan akal@ sukar nak kawal emosi) namun ianya satu kemuliaan 
*Wanita dan lelaki saling melengkapi-wanita mampu bersabar melayani & berhadapan dengan kerenah anak-anak
*Lelaki secara umumnya akal lebih kuat untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat.


     2.   Kepimpinan Lelaki ke atas Wanita


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِبِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍوَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَلِهِمْ
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka.." al Nisa' : 34

  • Ramai yang salah menggunakan ayat ini untuk menindas kamu wanita tanpa mengkaji dahulu maksud yang disampaikan.
  • Menindas disini bermaksud wanita ini 100% wajib taat perintah hanya kepada suami semata-mata.
  • Disebalik ayat ini, menfokuskan bahawa dalam Islam lelaki sebagai pemimpin. Namun wanita seharusnya memaikan peranan wanita didalam medan amal Islami tanpa meminggirkannya.
  • Muslimat lebih berupaya untuk memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri dari menunggu sahaja arahan dari kaum lelaki atau pendekatan yang harus digunakan adalah Berdikara. Menjadi Seorang Wanita Yang Berdikari,
*Bila perkara ini dilakukan, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya. (Boleh rujuk kisah-kisah Srikandi Zaman Rasulullah s,a.w yang turut bersama-sama dalam medan perang seperti Suwaibah, Kaulah Al Azwar dan ramai lagi!)

    3.  Isu Wanita Keluar Rumah untuk Menyumbangkan Tenaga

"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu..." al Ahzab : 33

Ayat ini membawa maksud :
  • Wanita muslimah hendaklah menetap sahaja dirumahnya agar dia dapat melaksanakan tanggungjawab rumahtangganya. Jika ia keluar dengan alasan yang dibenarkan oleh syara', maka wajiblah keatasnya mengelakkan diri dari bertabaruj seperti orang-orang jahiliyyah dahulu kala.

Solusi : Ayat ini begitu jelas mewajibkan wanita apabila keluar dari rumahnya tidak bersoleh dan berhias-hias. Ia bermaksud memberi jaminan keharusan keluar rumah jika ada sebab-sebab yang diizinkan oleh syara'

InshaaAllah point yang seterusnya ana akan kongsi dalam post yang akan datang. :)

Namun rumusan yang ana ingin buat adalah betapa pentingnya peranan kita sebagai wanita dalam memastikan Daulah Islamiyah kembali ditegakkan.. inshaaAllah semoga Allah pilih kita untuk HidayahNya,
Ohh, the most important part yang ana ingin turut jelaskan adalah, sekiranya anda sudah bersuami., fitrah asal seorang wanita apabila sudah bersuami adalah wajib baginya meminta izin suami untuk keluar berjuang menyebarkan risalah dakwah.

Nasihat ana bagi yang belum bersuami(termasuk ana)..carilah seorang suami yang bukan sekadar soleh, namun sama-sama bermatlamat dan berfikrah untuk menginfakkan diri dalam perjuangan Islam. Ehh wait.., nak cari yang soleh.. Be The Solehah first! biznillah :) Semoga Allah Redha.. Doakan ana juga. 

wallahu'alam
To Be Continued..

"Bersedialah untuk Penat..Namun Kuatkanlah Semangat.."

Wednesday, 15 October 2014

Hard



did you know how i tried my best to understand you?
It was because when people talking back this and that about you..  what i can told them is
"please stay back, i know him better than you, dont talk nonsense about him like u know him very well like i am..."

this is what im done to all my dearest friends..
tried my best to understand even stern part it really hard for me to figure it out..

kena faham molek 3 rukun usrah ni

Ta'aruf
Tafahum
Takaful..

3 Rukun Usrah ni lengkap untuk difaham dan hayati..
cukup untuk kita bina sebuah 'keluarga' atas dasar akidah... ukhwahfillah..
tak minta difahami lebih dari tu.. just that..kata sahabat?

and now what i got?
you talk like didnt know anything about me at all..
macam tak kenal langsung..

and i?
heartbreaking...crying again...

letih.


Thursday, 9 October 2014

Mimpi

Bismillah..

Assalamu'alaikum~
testing².. hihi firstime ana update blog pakai handphone ni.. :3

post kali ni ana nak kongsi pasal mimpi..
Sebelum ni ana pernah bermimpi pelik...
sukaa jee nak kongsi.. :p "Mimpi Ular Masuk Rumah!" ana tak percaya sangat pasal mimpi² ni.. sebab jap g leh jatuh syirik pulak sebab percaya sangat mimpi mainan tidur tu..kata orang mimpi ular masuk rumah kes ada orang kononnya nak masuk meminang! erkk apakah?! lalala~~ tapi kan, tapikan.. mimpi kali ini berbeza sebab kelakar! bila diingat memang mengundang penyakit senyum sorang-sorang..

Jom berlayar ke alam mimpi...

Mimpi ni kenapa ana kata kelakar sebab.. alkisahnya mimpi tu ular masuk rumah ana.. rumah kat subang tu.. yang ana tak boleh lupa ibu ana suruh halau ular tu keluar.. padahal ular tu tak kacau pun.. Yang ana ingat ana excited+terkejut ada ular masuk. Ibu halau ular tu keluar macam halau kucing! hihi halau-halau ulat tu tetap tak nak keluar..ibu grab kepala ular tu terus campak keluar rumah! siap cakap "cepat-cepat tutup pintu! nanti ular masuk! haha.. nak tau tak? ular tu berjaya menyelinap masuk, tak sempat tutup pintu. ular tu siap boleh bercakap lagi! well mimpi kan.. haha.. then ana terjaga.. blur kejap.. *_* tapi frust jugak,,tak ingat ular tu cakap apa.. huhu

p/s: actually bkn baru sekali mimpi ular..tapi banyak kali dah..cuma rasa macam mimpi ni pelik dan kelakar! haha..

berlawanan pulak.. lepas tu.. ibu pulak mimpi anak bongsu dia ni nak kena patuk ular! hahah ni kelakar juga.. sebab ayah cakap ibu siap mengigau lagi baca jampi-jampi..

ibu cakap..ibu mimpi ana nak kena patuk dengan ular kat tepi anjung rumah tapi tak sempat sebab ibu perasan. dalam mimpi tu ibu siap ambik parang lagi nak bunuh ular tu. ular tu naik atas bumbung ibu kejar. ular hilang. lepas tu ular tu muncul dekat halaman rumah, ibu gi kejar lagi yang bestnya kejar-kejar ibu cakap sedar-sedar ada dekat penang rumah kampung ana! haha..kelakar kan. tiba-tiba boleh pulak macam tu. sampai last part ibu cakap bila ular tu da depan mata apa lagi, siap jampi parang-parang tu supaya kena dekat ular..tu yang ayah cakap ibu mengigau macam baca jampi. hihi campak parang tu.. zuppp ibu terjaga.. wallahu'alam ular tu sempat kena parang ke tak..hehe

masa ibu mimpi ni ana otw balik dari terengganu ke shah alam. masuk je dalam kereta excited sangat ibu cerita,,tapi usikan akhir tak best..-_- kata dia.. "adik.. ada orang jauh(penang) kot yang nak mai pinang adik' haaa part ni tak lawak.. hurmm

cerita dekat along..along cakap.. "haha sian kau dik, mungkin ibu penghalang cinta kau sebenarnyaa.." bereya-eya dia gelak.. ana pulak..amboii..melampau.. mimpi je pun.. :P
(.^_^)

end.. penat bercerita :')

p/s: paling penting cerita diatas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah tiada ye,,, sekadar berkongsi ;)

okey sebenanya nak cakap yang rinduu ibu..hurmm