Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Friday, 24 October 2014

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhuwwah

Assalamu'alaikum.


Ehee tajuk post tu ana ambik dari Trademark Lajnah Dakwah & Tarbiyah yang direka oleh seorang Ketua Lajnah tapi sem depan up sikit sebagai Presiden inshaaAllah.. semoga beliau thabat pada matlamat dan istiqamah pada perjuangan di Lapangan Dakwah ini..biznillah. :)


Siapakah dia? no no no, tak boleh expose nama dan wajah dia..nanti tuan punya badan sunyum tak habis, blush sampai seminggu..bahaya! :p *gurau je ye.. :) boleh simpan dalam peti, jangan simpan dalam hati.. ^_^

Allahu, teruk perangai ana ni g kutuk pres sendiri, nanti dia tak redha baru tau! adik-adik jangan follow okeh. :3

Alhamdulillah. Semester da sampai ke penghujung. Ana mencoret wadah di sini sekadar mengisi ruang dan masa memandangkan paper akhir ana akan bermula 30 Oktober 2014 inshaaAllah. Mohon doa dari semua. :) inshaaAllah kita semua akan berjaya mendapat result flying colors bukan sahaja dunia..malahan akhirat juga. yang penting! USAHA & ISTIQAMAH !

Gencarkan Tarbiah, Eratkan Ukhwwah
Simbolik apa yang kami lalui semester ini! ;)


Tarbiah yang Allah beri sangat menguji dari awal semester sampailah ke penghujung.


Apa yang dimaksudkan dengan Tarbiah? Didikan..
Apabila dah niat untuk wakafkan diri di Medan Amal Islami. Mehnah itu Sunnatullah, Tak lengkap sebuah perjuangan tanpa ujian. Betulkan? :)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Al Ankabut 69 : 2

Dan apa pula yang dimaksudkan dengan ukhuwwah? Ukhuwwah merupakan tautan antara hati berlandaskan akidah semata-mata.


"Tiada Dakwah Tanpa Jihad,
Tiada Jihad Tanpa Pengorbanan"

Ujian adalah Tarbiah, didikan untuk kami. Nikmat! Dalam merasai betapa getirnya Allah menguji kami, kami bersama melaluinya dan itulah yang mengeratkan lagi tautan hati kami dalam satu Rabitah Hati.
My Dearest Sisters
Semester 5

Bergaduh, Selisih pendapat, Marah, Kecewa, Rasa Tidak Dihargai, Rasa Tidak Dipercayai, Rasa Letih, Futur, Putus Asa... Allahu banyak rupanya unsur negatif kali ini. tapi bila difikirkan semula seteruk mana Allah menguji. Allah tak akan beri satupun ujian seandainya kita adalah golongan yang tidak mampu hadapi.? :') Terima Kasih ya Allah atas kurniaan sahabat-sahabat, teman-teman, dan adik-adik yang baik buat hambaMu ini.

Firman Allah SWT; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain). Sabda Rasullullah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. ~~

Apabila kita berkasih sayang dengan penuh keikhlasan pasti ianya menjadi sesuatu yang terindah. Kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja (opsss...tu tak boleh...haram! Nikah dulu yer) tetapi konsep kasih sayang dalam Islam terlalu luas, -

seperti sabda Rasullullah SAW:- Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”. 

Alhamdulillah..
bersyukur sangat dikurniakan sahabat-sahabat ini...

Maaf sangat-sangat wahai teman andai sepanjang ukhwah ini bertaut banyak kurang dan kelemahan yang terzahir dari diri..moga mampu menerima diri ini seadanya...

This Is My Girl
Kata Dia..

"Sahabatku hawa,
Kamu cuma An-Nisaa,

Walau tak setabah para Mujahidah,
namun tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padaNya ada Syurga.

Walau tak semulia wanita Sirah,
Tapi muliakan diri dengan memelihara agama,
Kerana padanya ada Bahagia

Percayalah,
Setelah deraian air mata, datanglah senyuman. 
Setelah segala ketakutan hilang, datanglah keselamatan. 
Setelah perginya kesulitan datanglah ketenangan.."




aku membalas :

"ada yang mengeluh ,
ingin gugur dan jatuh ,
lalu dia berkata LELAH.
ada yang lelah ,
tubuhnya penat ,
tapi semangatnya kuat ,

dan dia berkata LILLAH"

RAPI Sesi Jun 2014
p/s: Sahabat, berikan ana peluang walau cuma sekali..untuk ana buktikan segalanya kini bukan satu mimpi, namun satu realiti... sirru 'ala barakatillah..

hashtag!!
#usrahSolehah
#usrahJannatunNisa
#usrahYangDijanjikan
#usrahSayangFillah
#JundiRabitahHati

**for my dearest TP..Goodluck kak amirah my only sister this semester for ur future..  ;) be the best among the best.. mardhatillah inshaaAllah.. semoga kuat menuju solehah.. ;') i love u most... forgive me if i ever hurt u..



No comments:

Post a Comment