Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Tuesday, 22 July 2014

Allahu... 'Rasa' ini rumit..


ana simpulkan ini sebagai tarbiyah versi sentap! :') nak nangis ase bila kita dilabel menganiaya orang..

tapi.. entahlah.. pada ana.. yg mempunyai pendapat sendiri setelah bermusyawwarah dengan naqibah-naqibah berkenaan hal ini sebagai orang tengah... (dengan sumber kekuatan istikharah) boleh jadi kita mengkhabarkan fitrah hati ini kepada insan itu sekadar untuk meredakan kegusaran, keresahan yang melanda jiwa..sekaligus mampu melupakan tanpa mengharapkan sebarang jawapan positif..kerana jawapan yang diberikan merupakan jawapan yang pasti untuk menutup cerita lama dan membuka lembaran baru untuk episod yang baru dalam kamus kehidupan. tetapi ada dua kemungkinan.. bersedia untuk ditolak dan mujahadah sehabis daya,,(dulu pada ana) itu yang dimahukan dan berharap juga bergitu.. dan kemungkinan kedua..boleh jadi jawapan negatif yang diharap sebaliknya menjadi 'diterima..' bersedialah pula untuk mujahadah saling 'menjaga' ..meaning? jaga pergaulan atau IKHTILAT! (maya ataupun nyata).. call + msg hanya bila PERLU! dan JAGA PANDANGAN! tak perlu rasanya kerap bertentangan mata. fitnah dan zina yang berpunca dari mata turun ke hati ni amat dahsyat dan bahaya juga...boleh jadi 'rasa' itu nanti jadi sia-sia kerana tersasar pada masa dan orang yang salah... tetapi..tak salah untuk terus berdoa dan meminta pada Yang Memberi.. untuk dipertemukan dengan orang yang tepat dan masa yang tepat juga tanpa perlu bazirkan masa yg ada untuk 'rasa' yang sia-sia..

"hati ini berbolak-balik sifatnya.. doalah pada Yang Maha Memberi agar 'rasa' itu tercatat dilangit sana selamanya.." :)

tapi pada ana.. bila memilih hidup dalam perjuangan ini...kadangkala 'rasa' itu...tidak sempat pun singgah diingatan untuk menjadi habuan hati pada 'rasa' rindu yang sia-sia dan sebagainya.. :') cuma...tipulah kalau tiada langsung angin rindu itu bertiup walaupun secara tiba-tiba sahaja ia menyapa..

maka..mujahadah lah untuk melawan 'rasa' itu dengan menyibukkan diri dalam perjuangan dan gerak kerja untuk Islam.. tetapkan dan sasarkan Matlamat yang jelas..biar hidup berpandu dan terarah tanpa sempat melayan 'rasa' yang singgah... biznillah

p/s: tapi.. jujurnya...pada ana..kalau rasa memang tak mampu dan tak bersedia untuk mengahadapi 'rasa' itu..tak mampu untuk mujahadah saling menjaga atau tak mampu menerima jawapan kecewa. maka hindari dari awal.. tutup segala jalan-jalan yang mampu mendekatkan diri dengan zina.. itulah yang disarankan..itulah sebaik-baik caranya.. :') berdoalah moga hati-hati kita ni kuat! Kuat kerana Allah.


Kemenangan Terindah Adalah Meraih Mardhatillah..
Doakan ana Thabat & Istiqamah dalam perjuangan ini,,
Semoga Allah jaga 'rasa' ini dari 'rasa' yang sia-sia....
wallahu'alam


JOM DEKATI JALAN PERJUANGAN..

#prayForGAZA
#QunutNazilah

No comments:

Post a Comment