Bismillah..
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad..
Lama dah ana tak update blog ni.. Allahu.. rindu. :')
Kesibukan menghantui yang kadangkala tiada masa untuk diri sendiri.. Alhamdulillah.. sungguh hidup ana terisi..
Sebenarnya, terasa nak update hari ini since very last time update waaa bulan 7 hari tu.. sekarang ni bulan 9 da..ngehehe. Blog yang merupakan sedikit sebanyak catatan hidup ana ni nampaknya terlepas banyak kisah dari ana sendiri.. hihi.. kelakar pun ada! bila kenang balik dulu buat blog ni kononnya nak update hari-hari.. lalala macam diari.. kononnye la.. tu dulu.. zaman tingkatan 3 yang baru nak up! kalau sempat taip hari-hari panjang berjela nampak sangat tak de kerja.. hoho.. okey ana senyum sorang-sorang.. :p
Sekarang ni da masuk frasa bulan-bulan akhir kat poli ni untuk semester ini! Frasa dimana assignmnt quiz test tak putus untuk semua subjek dan frasa submit report final projek.. Allahu... serius! sesak rasa nafas ni nak kejar date line.
Haishh banyak sangat benda nak share dekat sini sampai tak tau nak mulakan al kisahnya macam mana., adoooi :'D
Okeylah.. bermula dengan MEHNAH.. mehnah tu apa ? ujian.. Lately memang Allah uji tak putus-putus.. bukan kes frasa bulan akhir di poli je, dengan kerenah sahabat-sahabatm dengan kerja-kerja organisasi, dengan gerak kerja jemaah, dengan program-program dalaman, dengan program besar poli semuanya bercampur aduk..terasa sesak sangat..Allahu. dan satu lagi yang ana rasa tak boleh bla ialah ujian JPJ.. hhuu
Jujurnya saat ini memang perlukan pengertian, kefahaman, sokongan dari sahabat-sahabat seperjuangan, bukan sama-sama nak menjatuhkan.. Bila semua bercampur aduk semua memang jadi sokmo nak menangis..bukan sekadar 'nak' tapi memang menangis pun.. Allahu.. kadang rasa malu pada diri.. serius dulu tak macam ni. dulu bangga jadi 'Strong lady' sebab? tak menangis..susah sangat nak menangis.. releks je cool je.. tapi sejak dah 'berumur' ni.. Allah.. cepat sangat hati ni dicuit rasa.. kenapa eh?
banyak sebenarnya tak kena.. semua serba tak kena...selalu rasa nak sentap.. kalau dulu ana jenis sentap nak marah n mengamuk keluar segala tanduk taring bagai.. tapi sekarang tukar,, sentap nak menangis.. sikit-sikit nak leleh.. haha.. pelik-pelik... selalu juga tanya pada diri..mana pergi Aliyaa
yang kuat dulu tu...?
Apa yang ana hadapi tu? tak pe lah..biar menjadi rahsia diri..
Cuma mohon doa...Semoga diri ini kuat, thabat dan Istiqamah..
Sokmo bila lihat wajah adik-adik merangkap mad'u tu.. sebak.. sebab? Mereka Amanah.. :')
Tarbiah? Inilah Tarbiah.. Allahu.. Semoga Dia Redha..
"Mehnah dalam Perjuangan adalah Sunnatullah Maka Kuatlah Kerana Allah.."
No comments:
Post a Comment