Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Thursday, 8 May 2014

Akidah + Perjuangan

p/s: inilah serba sedikit untuk kefahaman.. namun untuk lebih faham. AWAS! Mohan mencari buku-buku atau guru-guru yang lebih arif bagi membincangkan isu ini.. Seperti yang ana tegaskan dari awal bahawa isu AKIDAH ADALAH ISU YANG BERAT. tolong cakna ya teman-teman..

Bismillah..

Fuhh tengok tajuk atas tu..? +_o terasa berat kan..?? hurmmm...
Ana pun rasa berat..berat sangat..Allahu.. AKIDAH + PERJUANGAN.. sinonim dengan Afradul Muslim ..err mean.. Individu Muslim..

Jap.. blog ni.. Sekadar Berkongsi Kehidupan kan..? :) Jadi.., kita santai-santai sudahlah... bimbang main terjah dan keras... berbelit bentuk penulisan..pening orang nak baca..Allahu.. Topik Akidah + Perjuangan sangat-sangat-sangat ditekankan.. :O maksudnya.. balik dungun baru ni.. 2 minggu mengutip ibrah dan mutiara buat bekalan ke negeri abadi.. like i said.. Disitu pada ana letaknya bumi tabiyah.. ana 'kenal' kehidupan di situ... :') Ehh..okey.. lari tajuk sudah..

AKIDAH + PERJUANGAN..apa yang kalian faham..?


sebenarnya..ana agak kurang bijak dalam membawa topik ni.. jadinya..ana berkongsi sekadar yang ana tahu dan faham...sebab? pada ana akidah adalah topik yang sangat-sangat-sangat penting, untuk kita menjalani hidup sebagai Muslim. biarpun secara ringkas, ana harap ia padat dengan isinya..wahai pembaca yang baik hati.:) ..kalau rasa ana dah bawa satu ajaran sesat., mohon tembak!! Allah kejam..*_* mohon teguran ya.. ;)

Akidah..berasal dari perkataan Akad.. bila sebut perkataan Akad.. terbayanglah suasana akad nikah. *_* hoho..jadi tahu tak akad ni apa..? janji..

okey.. 
Akidah : Simpulan / Ikatan / Janji yang Kuat
atau... Pegangan yang kukuh!

Menurut bahasa buku : (Yang Lebih Tepat!) Aqidah merupakan KepercayaanKeimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dan melaksanakannya didalam kehidupan..

Iman : Membenarkan dengan hati .Berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota.

jadi apa akidah kita? Kalimah tauhid? Kalimah syahadah... 





Tiada Tuhan Yang Disembah Melaikan Allah
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

bila bercakap pasal tauhid.. cabangnya ada 3.. kalimah tauhid tu..apa yang kita kena faham adalah disebaliknya..




  • Tauhid Rububiyah : Iktikad+Yakin+Percaya bahawa hanya Allah mentadbir seluruh alam
  • Tauhid Uluhiyyah : Iktikad+Yakin+Percaya bahawa hanya Allah berhak disembah dan tiada sekutu bagiNya..
  • Tauhid Asma' Wa sifat : Iktikad+Yakin+Percaya melalui nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.
jadi., ana dan kalian+kita semua kena ingat bahawa..lafaz syahadah bukan sekadar lafaz tetapi kita kena wajib berIman dengan Allah yang sebenar-benarnya disebalik lafaz syahadah atau kalimah tauhid yang acap kali kita lafazkan. 

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

al-Baqarah 256

Ini berat ye teman-teman.. kalau tak faham dan tak amal tapi mengaku Islam itu penyakit parah akhir zaman.. dan kalau faham tapi tak amal lagilah berat bagi kita tanggung di akhirat kelak dan kalau amal tapi tak faham..ana bimbang kita tersesat jalan..Allah..Nauzubillah mindzalik!

Itu yang jadinya ada fahaman sekular, sosialisma, liberal, syiah dll sebab..akidah kita belum jelas dan sahih.. bila orang yang tak faham dan jelas pasal akidah ni berjuang... hei! atas dasar apa mereka berjuang??


honestly, masih ramai lagi akidah dok jelas.. ana pernah berhadapan dengan orang yang apabila ditanya berkenaan akidah.. mereka menjawab dengan jawapan yang pelik-pelik.. jadi? tugas siapa untuk menerangkan pasal akidah ni.. kalau bukan dai'e macam kita.. tapi kalau dai'e pun tak jelas pasal akidah.. ana pun tak tau..apa yang diperjuangkan.. T_T Allahu..nauzubillah mindzalik..

Topik Akidah ni ana pernah bawa dalam group Halaqah Cinta ana dalam group whatsapp.. 
jadi, ana nak share dengan antum pasal penerangan naqibah ana yang lebih kemah! dan mudah difahami... :')

"Kenapa perlu faham ? Sebab semua orang yang nak menggerakkan Islam samada pada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat kampus dan sesiapa pun perlu ada AQIDAH yang JELAS dan SEJAHTERA..

Apa aqidah yang jelas dan sejahtera yang dimaksudkan itu? Itulah berlandaskan kalimah tauhid Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah. Bilamana semua penggerak faham apa itu kalimah tauhid dan berpegang pada aqidah kefaham itu, tiada la terjadinya 'Aku pakai stokin kat kampus je, kat luar tak payah pakai pun tak apa' atau 'takpe la tak dating dekat kampus pun. Malu jap lagi orang tengok ajk pusat islam dating. tapi balik kampung nanti, nak ajak si dia dating la..' dan pelbagai lagi niat-niat tak baik. Sebab apa? Dia percaya bahawa aqidah yang dipegangnya menyebabkan dia takut Allah akan judge dia kat manapun dia berada. Samada dikampus atau kat luar, dia tahu bahawa tutup aurat kewajipan sepanjang masa bukan setakat kat kampus dan bercouple bukan hanya dalam kampus, tapi kat mana-mana pun salah!


Sebab itu aqidah sangat berkait rapat dengan Iman. Bila Imannya kuat pada Allah, hati MEMBERNARKAN bahawa tutup aurat wajib, lisan MENYATAKAN begitu juga dan akhirnya terlahir pada amalan bila setiap masa pun kita tutup aurat. Bukan sekadar didepan orang sahaja.


**Akak bagi contoh di atas supaya adik-adik jelas apa dia aqidah tu. Apa kaitan pula dengan Iman. Kalau ada persoalan, boleh ajukan supaya tajuk aqidah ini bukan sekadar perbincangan je, tapi nak bagi serap dalam hati sampai ajal menjemput, biarlah tauhid. BUKAN aqidah-aqidah sekular, BUKAN aqidah depan kawan-kawan pusat islam atau usrah JE kena baik, BUKAN juga aqidah syiah dan pelbagai lagi aqidah yang salah..


Wallahu'alam"

Aqidah sangat berkait rapat dengan perjuangan..
Perjuangan bagi kita yang berpegang dengan aqidah yang jelas dan sahih ialah apa?

Perjuangan kita adalah memastikan kalimah tauhid kita sentiasa berada ditempat yang paling tinggi.. Islam yang sentiasa dijulang tinggi.. bukan agama-agama yang lain..



dengan cara yang bagaimana?


  1. kita hendaklah Menjadi Individu Muslim yang Cemerlang dari sudut aqidah seimbang akademik dan sahsiah. Dengan cara yang macam mana? :) jangan tinggalkan majlis ilmu, halaqah, usrah and so on.. inshaaAllah Allah akan bantu dan pentarbiyahan diri menjadi individu muslim yang cemerlang ;) 
  2. Selepas adanya Individi Muslim.. masuklah fasa yang ke 2 Membentuk RUMAHTANGGA MUSLIM, dengan yang macam mana? (Individu Muslim)+(Individu Muslim)= Rumahtangga Muslim :) atau.. Situasi ke2 terbentuknya Usrah-usrah yang baru dari individu muslim.. Usrah yang membawa maksud keluarga ini akan dibawa oleh seorang ketua keluarga, jadinya apabila terbentuknya individu muslim.. usrah-usrah atau halaqah serta majlis ilmu(taman-taman syurga) akan semakin meluas! :D 
  3. Setelah terbentuknya keluarga-keluarga Muslim maka lahirlah MASYARAKAT MUSLIM. Allahu.. :') tak sabar rasanya nak ramai-ramai faham Islam..
  4. Dengan adanya masyarakat muslim yang semakin bercambah dengan faham Islam dan membawa akidah yang sahih.. Maka wujudnya DAULAH ISLAMIAH... :') InsyaaAllah...
  5. Zaman Pemerintahan Islam akan kembali sinar..

Jadi ada 5 step untuk mewujudkan kembali Zaman Pemerintahan Islam.. :') Suka kan bila keadaannya nanti semua faham Islam, semua orang sayang dan nak pertahankan Islam..semua orang kejar syahid.. :') semua orang sayang aurat masing-masih.. Allah.. :') sukaaanya..

"Dahulukan Kepentingan Yang Utama"
Sekarang adalah masanya untuk menjadi Individu Muslim yang Cemerlang .. :') Perbaiki dari semua aspek, seimbangkan semua perkara..dan menambahkan ilmu dari masa ke semasa.. Biznillah 'ala kulli hal.. kuatkan hati ya Ummu 'Aisyah ! Qhawwi ilallah !

Nak tarik orang ramai-ramai biar faham Islam dengan fikrah yang jelas. Kemudian nak belajar-belajar jadi ketua keluarga usrah.... ^^ (membentuk keluarga muslim dengan cara ke2) sebelum benar-benar membina baitul muslim yang sebenar.. (.^_^)

Allahumma ameen..
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. 
Moga Rahmat Untuk Semua..

Jalan Tarbiyah ini memang tak mudah.. 
mungkin lelah..air mata juga akan melimpah ruah..
Moga Thabat & terus Istiqamah..
Mujahadahlah walaupun payah..

Allah dah hadirkan sahabat-sahabat buat peneman.. :')
hargai!! Usah lepaskan...


Wallahu'alam..
p/s:(ulangan) inilah serba sedikit untuk kefahaman.. namun untuk lebih faham. AWAS! Mohan mencari buku-buku atau guru-guru yang lebih arif bagi membincangkan isu ini.. Seperti yang ana tegaskan dari awal bahawa isu AKIDAH ADALAH ISU YANG BERAT. tolong cakna ya teman-teman..

No comments:

Post a Comment