Assalamu'alaikum..
Untuk tahun 2013 ini...dah pun masuk bulan yang kedua. sedar tak sedar.. ana pun dah berada di pertengahan semester 2 sedikit je masa lagi akan tamat sudah semester 2 dan beralih ke semester 3 tahun 2..
Dalam mengharungi kehidupan sebagai remaja yang bakal menginjak ke angka 19 ini, tentu banyak perkara yang sedang kita hadapi.. kan ? Ana pun tak terkecuali, dalam umur yang mentah ini ana sudah pun digalaskan dengan satu amanah dan tugasan yang berat. iaitu..membawa Islam sebagai Timbalan Presiden II Pusat Islam. Pusat Islam di Poli ana itu, ini cumalah satu wadah perjuangan. Mengajar ana betapa ana perlu cakna tentang Islam.Sepatutnya membawa Islam adalah tugas setiap insan yang agamanya Islam..jadi ana pun terfikir., terlintas di fikiran ini..adakah aku Islam ikut-ikutan ? adakah aku Islam sekadar dalam I C ? jawab akalku yang waras..mestilah ' TIDAK ' .. jadi apa sumbangan aku untuk Islam ? atau,, apa sumbangan KITA untuk Islam ?
Ramai yang sensitif apabila ditanya "Adakah kau Islam sekadar ikut-ikutan? Lahir dalam keadaan dah memang Islam..jadi.. Kau Islam .. macam tu ? " so ramai yang cepat naik angin apabila diaju soalan macam tu..." dah tu, kalau betul hang Islam, apa yang hang dah sumbangkan pada Islam ? kalau hang pakai tudung tapi tak tutup aurat sebenarnya hang sedang menjatuhkan Islam, sedar tak ? " okey..bila dah kena direct macam tu, baru rasa macam nak terfikir semula.. ehh 'macam nak' belum betul-betul terfikir lagi kan..? manusia ni kan fitrah dia ego..? tapi bila orang cakap dia ego., tak mengaku pulak kan ? adehh masalah-masalah,,huhuOkeylah..itulah ibarat hidup ana kat poli sana.. ana pun masih tercari-cari lagi apa yang ana patut buat dan lakukan..Tugas untuk bawa Islam bukan sesuatu yang mudah ! Itu kerja nabi.., dan nabi telah pun amanahkan kepada kita. dalam firmannya
"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya" -Muttafaq'alaih
Allah sendiri dah bagi tahu kita tentang kewujudan kita di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri padaNya dalam surah al-Zariat 51:56
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaku "
hurm..memang apa yang ana harapkan adalah Allah sentiasa titipkan ana kekuatan dan kesabaran serta mudah memaafkan orang lain sebab dalam surah al-Syura 42:43 Allah menyuruh kita mengutamakan bersabar dan memaafkan.
"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. "
since ana cakap kerja dakwah ini kerja nabi, pasti rintangan yang bakal ana hadapi akan sangat hebat walaupun tak sehebat rintangan yang nabi kita Nabi Muhammad S.A.W hadapi dimana baginda pernah dilemparkan cacian, makian, malah semasa proses dakwahnya juga baginda pernah dibaling dengan batu serta najis. Ana rasa, kesan yang ana hadapi hanyalah kesan psikologi je..paling tidak pun emosi. itulah yang paling ana kena tahan.. kan ?
ye la.. nak puaskan hati semua orang memang macam tak mampu je. tapi kita tak mengalah mencuba dan berusaha untuk terus menjadi yang lebih baik kan ?
kalau rasa nak sound ana pakai ayat. " elleh dia sendiri tak betul, dia sendiri buat benda tuu..nak tegur-tegur orang pulak.."
so biar ana declare awal-awal ye ? manusia memang fitrah tidak sempurna yang sering mengharapkan kebaikan dan teguran dengan cara yang paling terbaik. Ana tegur kalian untuk ingatkan kalian dan diri ana juga sebab ana pegang pada kata-kata Imam Hassan Al-Basri
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
jadi., ana dah jalankan tanggungjawab ana untuk menegur kalian..dan sekarang kalian pula kena jalankan tanggungjawab kalian untuk menegur ana seandainya ana pun tak betul, atau cara teguran ana tak kena.. mungkin ana terlalu kasar dalam bab-bab menegur ini.. atau ana lancang sangat berkata-kata sehingga mengguris hati ramai orang..tegurlah mana yang mampu, demi kebaikan bersama.. ana tak harapkan manusia untuk menilai..apa yang ana harapkan cumalah redha Allah..jadi apabila manusia tak redha dengan ana., Allah juga tak redha dengan kita..tapi yang berhak menilai hati adalah Allah.. Setiap perkara berlaku bermula dengan niat.. namun ada masanya..niat tak menghalalkan cara.. :)
Di sini, buat mereka yang dah banyak makan hati dengan ana.., tak suka dengan cara ana, ana mohon maaf, itu kekurangan dan kelemahan ana..namun, marilah kehadapan..suarakan semua itu.. agar ana dapat menjadi muslimah yang lebih baik..demi kebaikan bersama.. dalam umur yang mentah ini, terlalu banyak yang ana perlu belajar, pengalaman yang terlalu cetek. Di sinilah medan ana untuk timba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin demi Allah untuk masa depan Islam. Dan kalau ini sahajalah ana perlu bayar untuk dapatkan syurga, ana terima apa sahaja kata kalian biar ia pahit.. kerana natijahnya "PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU INDAH"
ana harap sangat dapat membina ukhwah yang baik dengan semua orang... selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik dengan kawan + sahabat.. itulah yang ana amat harapkan.. tapi ternyata ana tak mampu..Allah lebih tahu..
Jaga diri, jaga Iman
jazakallah..
wassalam..
p/s: buat insan-insan yang sedang bercuti, gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari sesuatu yang bermanfaat.. :)
dan maaf andai teks ini bakal menimbulkan pelbagai rasa dihati kalian yang membaca... ini adalah yang pertama..demi perbetulkan keadaan dan kebaikan bersama..


.jpg)

No comments:
Post a Comment