Bissmillah.. :)
' Kita merancang dengan cita, tapi Allah menentukan dengan CINTANYA '
Alhamdulillah..berakhirnya Warna-warni Popcorn.. inilah post yang sempat ana luangkan untuk menaipnya.. :)
Kini, dah pun berada hampir di penghujung bulan 9.., ana sudah pun melangkah tahun 2 di Politeknik Dungun yang penuh barakah ini..diam tak diam., pertengahan bulan 10 ni da masuk satu fasa lagi iaitu MOOD FINAL EXAM :)
tapi apa-apa pun, ana kat sini, hari ini. bukan nak bercerita mood final exam.. titik ! hehe
Minggu ini adalah minggu yang paling stress dan paling kuat mujahadah ! Sebab? hampir 10 assignment yang pelbagai jenis untuk dihantar dan nk di presentkan minggu ini.(almaklumlah pelajar programming) hehe Yup, ana tau ini lumrah hidup sebagai pelajar kan.. :) Extra maklumat, Ana dipilih untuk memasuki team debat poli, ana tataulah ana join team ni menyerah diri atau memaksa, dipaksa atau terpaksa Allah..pelik-pelik je kan kan..?? Arena perdebatan ini sungguh asing oleh kerana pengalaman yang sudah pergi menghilangkan diri membuatkan ana terpaksa bertungkus lumus dengan ahli yang lain mencari dan mengumpul definisi setiap usul secara literal dengan hujah dan buktinya sekali! Sampai demam-demam dengan migrainnya lagi, tak cukup tidur dan yang paling penting, mata panda ! @_@ Ya Allah..permudahkanlah.. Paling ketara kini, kesibukan ana sedikit sebanyak telah menjejaskan komitmen ana terhadap organisasi Pusat Islam.. :'( *Allah..Muhasabah, harapanku mohon kalian mengerti,,
![]() |
| Bulatan bahagia yang di isi saling mengangati cintaNya Rehlah Mahabbah ^^ |
Sepatutnya hujung minggu ni KEM, perkara yang paling ana suka., pada awalnya takdir menentukan bahawa ana tak dapat pergi.., oleh kerana bertembung dengan pertandingan bahas.sehingga ana tertanya-tanya apa hikmahNya kerana disaat itu ana diuji dengan masalah hati yang agak kritikal sehingga terlihat muka dia pun rasa macam......Allah lebih tahu, Namun dengan kuasa Allah, puas sudah ana merancang dan menduga.,manusia hanya mampu merancang., Namun Dia sebaik-baik perancang kan? kuasa Dia telah menunda kem itu. dan ana masih lagi tertanya apa hikmahNya? terlalu hebat kuasaNya.., mengubah sesuatu sekelip mata..Allah.. :') Alhamdulillah..Kem Al-Mukhimul Qiadi & Majlis Penangguhan Aktiviti Pusat Islam ana akan turut serta ! *terlalu gembira sampai melompat ke langit! Allah !! :'D dan masalah hati ana yang kononnya kritikal tu.. semakin beransur pergi dengan banyaknya mujahadah..Allah.. :')
inshaaAllah ana yakin, perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis dan indah.. dan setiap perjuangan tu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit ! mudah-mudahan Allah menilai dan memandang usaha yang sedikit ini. :')
Pesan naqibah ana yang sangat terkesan dihati. "Aliyaa, buat yang terbaik tau. Tunjukkan pada mereka bahawa Islam is the best, Islam is the way of life. Tunjukkan bahawa orang Islam ni HEBAT ! " Allahuakhbar..terkesan sangat dihati ana walaupun kini ana dan naqibah tersayang banyak berhubung dalam alam maya je..huhu terharu+rindu. Semoga akak sentiasa dibawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya..ameen,
Buat si dia sahabatfillah seperjuangan, walaupun ini bukan yang ku coret dari hati ku.. Namun, inilah yang aku rasakan saat ini..
namun, ana akan lebih berdikari dan lebih berani selepas ini.. percaya+yakin pada ana.. :')
wallahu'alam.
jaga diri, jaga hati dan jaga iman.
Moga Allah Redha dengan langkah perjuangan kita..
wassalam





No comments:
Post a Comment