Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Sunday, 9 March 2014

Seminar Pengurusan Cinta - Slot 1

Bismillah..

Assalamu'alaikum..
Febuari yang katanya bulan Cinta telah pun menutup tirainya...Dan beralih kepada bulan Mac..alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini bagi meneruskan langkah perjuangan ini..

Apa khabar Iman dihati wahai teman-temanku..? :) Semoga redha Allah mengiringi lagkah juag kita..biznillah.

Febuari? Apabila dikaitkan dengan cinta..teringan valentine's day rupanya jatuh pada bulan Febuari ni... Allahu, nauzubillah mindzalik! Moga ana dan kalian semua tidak tergolong dalam golongan yang menyambut.. Cukuplah jadikan ibrah yang besar untuk kita jadikan alat ukur untuk menjauhi zina ! LA TAQARUBU ZINA !

berbalik pada tajuk post kali ini.. SEMINAR PENGURUSAN CINTA - Langit Ilahi

Slot 1 - Sebelum  Aku Bernikah (Hilal Asyraf)

*Betulkan Definasi Cinta

'Bila Kita Kata Cinta, Kita Hendak Membawa ke Syurga' - Hilal Asyraf

 (Rujuk At Tahrim 66: 6)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

inilah tanggungjawab sebenar kita apabila menutur cinta kepada seseorang.

'Cinta adalah untuk membina UMMAH, to bring people to Jannah together..' bukan libat kamu dan si dia sahaja anak-anak kamu, adik-beradik sendiri dan adik-beradik ipar..ibu ayah? makcik pakcik...semua sekali yang melibatkan kamu dan juga dirinya..!

"Asas Yang Rapuh Tidak Akan Mendirikan Bangunan Yang Kukuh!"

KITA adalah Asas.. Nak masyuk syurga dengan lenggang kangkung atau dengan bekalan? Samalah juga nak mendirikan rumahtangga berkait rapat dengan membina UMMAH... tanpa asas, tanpa ilmu, tanpa bekalan..kemanakah pengakhirannya...? Nauzubillah..

3 Persedian Menghadapi CINTA..

(a) SPIRITUAL - 'Kita BERCINTA juga :) tapi dengan cara berhubung antara hati melalui doa-doa kita setiap masa. Dan teruskan perbaiki diri + tingkatkan amal' (jadi solehah untuk seorang suami soleh dan ibu solehah untuk bakal-bakal ulama' kecil. Pemilihan Ibu yang terbaik untuk melahirkan bakal madrasah yang terbaik juga)

(b) MENTAL & EMOSI- 'Kita akan hidup dengan manusia lain. Dia ada keluarga, Dia ada minda, Dia ada jiwa' (kita nak kahwin bukan dengan dia sahaja, malah seluruh kehidupan dia kelak adalah kehidupan kita, tanpa persiapan..bisakah?)

(c) MATERIAL - 'Kekuatan Untuk Survival' (Perancangan Kewangan untuk kita menghadapi awal perkahwinan dimana duit banyak habis dekat persiapan kenduru dll.. mampukah hidup sendiri selepas itu? Mungkin hidup hanya berdua, tetapi selepas itu..bertiga, berempat dan blablabla)

Tanggungjawab kita [2:30] & [51:56]

[2:30]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di muka bumi itu seorang khalifah.” Mereka berkata: “Apakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.”"

[51:56]
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"

Wallahu'alam.. untuk Slot 1, setakat sini dahulu.. :)

Sambung.. Slot 2

No comments:

Post a Comment