Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Thursday, 20 August 2015

My Dream Lines

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. finally menari juga jari jemari ini diatas keyboard ini meninta sebuah impian sambil dengar lagu flashlight..huu

"When tomorrow comes
I'll be on my own
Feeling frightened of
The things that I don't know"

For my future Zauj..

:) Sebenarnya impian bakal isteri mu ini menggunung tinggi.. Sebelum dirimu bakal melafaz ijab & kabul membuatkan diri ini halal milikmu..ketahuilah bahawa.., aku meminta syarat taklik dalam mengejar impianku sendiri..namun bukan bererti aku mementingkan diri sendiri...

Dalam perancangan aku menuju impianku kali ini, perkara yang aku tidak tetapkan adalah perancangan untuk dinikahi.. huu dinikahi muda mungkin satu rezeki, namun.. bernikah dipertengahan usia juga bukan menjadi masalah yang besar bagiku.. kerana..? :) kerana mereka mereka menyarankan aku untuk mengejar cita-citaku terlebih dahulu sebelum aku diikat bersama kamu..

Alhamdulillah.. rezeki aku diploma di Politeknik.., bumi tarbiah yang mengejar aku erti kekuatan, erti persahabatan, erti pergantungan pada Ilahi, kemanisan dalam berIman.. dan mengajar aku apa erti Cinta yang sebenarnya.. walaupun kata mereka cumalah Politeknik.. bagiku bukan 'cumalah' tetapi aku didik melalui Politeknik! bumi dungun ini yang banyak berjasa..aku tak akan pernah menyesal..

Seterusnya aku ingin terus mendaki kepuncak ilmu.. Entah kenapa bumi Sabah yang menjadi pilihan hati untuk meneruskan sisa perjuangan ini., mungkin kerana saranan mereka minta Sabah atau Sarawak senang dapat.. atau!  aku pilih untuk jauh adalah untuk mujahadah melawan rasa hati.. aku bimbang..semakin dekat dengan rumah semakin hati aku berbolak balik tidak kuat mengejar impian sendiri.. Degree In Physicology.. inshaaAllah

Kenapa aku nak sangat psikologi nih? sebab aku boleh baca orang ;) manfaat dia besar untuk Islam..kan kan? Dakwah.. berhemah, berhemah yang macam mana? bila kita belajar psikologi ni, secara tak langsung kita boleh guna kaedah psikologi untuk dakwah orang op? kemudian masa depan cerah untuk jadi motivator, penceramah bebas atas guna kelebihan+kemahiran bercakap. atleast masa ni dah publish 2-3 buku hasil tulis tangan sendiri.. fuh! impian memang nak infak kelebihan diri untuk Islam..untuk perjuangan ini..Moga Allah mudahkan impian ini.. bukan sekadar impian.. im going to it.

Selain itu, penting juga psikologi ini untuk bina rumah tangga kita nanti.. yang penting, didikan untuk anak-anak.. :) nak anak-anak didik dalam keadaan dari kecil da berfikir untuk manfaatkan dirinya untuk Islam...begitulah hematku..

banyak memikir sebenarnya..terlalu

Lepas tu? Planningnya nak masuk pondok kejap then sambung master ke timur tengah. Jordan@Turki menjadi destinasi pilihan kalau ada rezeki dan umur panjang.. masih lagi dalam bidang yang sama M.A in Psycology. waktu ni dah bz buat tesis and research human behavior.. Takut sebenarnya, kalau Allah pilih untuk dinikahi muda.. satu persatu impian berlalu pergi..


Mujahidah Berjiwa Besar-To-Be

bila sebut mujahidah ni, memang niat nak infakkan diri pada jamaah, pada perjuangan, pada Islam.. terus bimbang..andai dinikahi muda dalam keadaan tak bersedia, aku gagal menjaga rumah tangga, aku perlukan seorang suami yang sama-sama memahami kehendak hati, yang sama-sama ingin rumah tangga syurga, haraki dan dakwah ini..kita urus sama-sama. Aku lihat kesibukan aku di alam kampus membuatkan aku semakin takut menghampiri baitul muslim atas alasan bimbang rumah tangga terbiar dan tidak terurus.. dan andai sekiranya terlalu fokus pada rumah tangga ..akhirnya aku tidak istiqamah pada jamaah, pada perjuangan Islam ini. Aku bimbang...terlalu banyak yang aku bimbang..dan
Walaupun sebagai anak bongsu dalam keluarga, aku juga berhasrat membahagiakan ayah dan ibu terlebih dahulu sebelum mereka pergi selamanya...

Sebenarnya..
Aku mencoretkan wadah disini..kelak aku yakin..bakal suamiku terlebih dahulu menyeledik tentang diriku dan apa kemahuan aku..
Sekirnya dia mampu bersabar dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan aku.. mudah-mudahan aku juga menerima kelebihan dan kelemahan dirinya...

Aku juga masih samar-samar siapakah gerangan peneman aku nanti.. Namun begitu, aku gagahi untuk menutur disini kerana angka umur kian bertambah..bimbang.. bimbang tidak sempat menitip sebarang pesanan buat bakal yang dikasihi untuk bersedia menerima aku seadanya.. Rasulullah menikahi khadijah pada angka 25.. mungkin aku mahu ikut jejak langkah itu..dan masa kian mencemburui..suntuk untuk persiapan diri!

maka ayuh! persiapkan bekalan..
Seluruh umur kita adalah untuk mengumpul bekalan dan kekuatan..
Sama ada jodoh atau maut.. bekalan adalah untuk ke2nya..
Andai aku diizin meminta..aku pilih yang 2..
namun seandainya pilihan yang pertama itu mampir..dan
Sekiranya masanya sudah tiba...
maka nanti.. pinanglah diriku dengan bismillah..

wallahu'alam..











No comments:

Post a Comment