Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Saturday, 18 September 2010

Riwayat. Belang, B-Chan, Kucing Gemok, Doddy, dan Tomok

Assalamu'alaikum..

Bermulalah kisah..

Pada suatu hari ada seekor kucing yang apabila pantang pintu rumahku terbuka dia akan masuk,
pada mulanya, kehadirannya tidak digemari keluargaku..namun,
semakin lama, semakin kehadiran kucing itu diterima..
ibu membenarkan kucing tersebut keluar masuk rumah sesuka hati..
alangkah riangnya hati kucing itu agaknya..
keluargaku juga sudah boleh memberi kucing itu makan..
malah kucing itu disayangi semua..
pada mulanya memang tak boleh terima lagi..
kadang kala kucing itu dimarahi dimaki sesuka hati hanya kerana kesalahan membuang najis di dalam rumah..
tetapi atas dasar perikemanusiaan, aku, angah dan ibu membersihkan najis itu semampunya..
kebetulan kedatangan kucing itu bermanja dalam bulan puasa.
apabila berbuka kucing tersebut turut berbuka, bergitu juga bersahur..
semakin lama kucing itu mendapat perhatian dari seluruh ahli keluarga
biasalah kalau marah sebab dia suka membuang najis tak kena tempat.
aku bertanya pada ibu adakah mahu membelanya..
ibu menjawab oleh kerana dia pun dah makan minum semua kat sini bela je la.
aku tersenyum..tetapi apabila tetamu bertandang kerumah.
kami masih tidak lagi memperkenalkan kucing itu sebagai kucing peliharaan,
tetapi sebagai kucing yang tiba-tiba bertandang kerumah..
akhirnya ibu memanggilnya dengan nama belang..padaku, nama itu terlalu panjang.
aku meletak nama b-chan, aku kata pada ibu itu lebih pendek ringkas dan mudah disebut.
mulalah kehidupan kucing itu sebagai b-chan dalam hidupku.
kucing itu terlalu manja, terlalu manja dengan ku..
sehingga bergurau pun dia boleh menggigit tanganku ku sehingga meninggalkan kesan cakaran dan gigitan di tangan ku.tetapi aku tidak kisah, aku seronok bergurau dengan b-chan.
Sebenarnya, disaat-saat akhir riwatnya, kucing itu mogok dengan ku, tidak mahu makan malah bergurau pun tidak serancak dulu..  kucing itu memandangku seolah-olah meminta belas.
paada sehari sebelum kematiannya, sikap kucing itu amat baik sekali,
dia tidak mengganggu orang malah tetamu yang bertandang.. pada hari yang sama ayahku kata mahu memanggil b-chan dengan panggilan doddy, aku tidak kisah..asalkan semua orang gembira dengan kehadiran kucing itu.. sebelum itu abangku juga memangil b-chan dengan panggilan kucing gemok..sebab pada hari pertama kucing itu bersamaku b-chan bergitu kurus dan sekarang bergitu tembam sekali..
Pada malam sebelum kematiannya, ayah dan ibu mengeluarkan hasrat mahu menukar lagi nama kucing itu dengan panggilan tomok kerana pada asalnya mahu meletak tompok kata mereka tetapi disebabkan kucing itu sudah berisi@gemok jadilah tompok+gemok = tomok..
kata along, sebelum along pulang ke asrama tomok asyik duduk dekat along,
tengok along lipat kain baju..main jilat-jilat kain along..
malam itu aku dengan abang keluar sebentar dan pulang pada hampir pukul 12.30.
kucing itu masih selamat dan angah memberikan susu sebelum diberikan tidur dalam sangkar..
masa pulang dan aku membuka pintu angah menyergah aku dengan b-chan@Tomok, aku lihat kucing itu seperti sedang barsedih. aku masih tidak mengesyaki apa-apa.
pada malam@pagi itu aku tidur lewat kerana tak boleh nak tidur jadi aku bermain 'sms' dengan temanku..
pada pukul 2.30pagi aku terdengar anjing menyalak dengan kuat dihadapan rumahku yang menempatkan kucing tersebut. aku terdengar bunyi sangkar kucing itu seolah-olah berbalingan dan akhir sekali aku mendengar kucing itu menjerit, aku kejutkan ibu kerana tidak berani untuk membuka pintu rumah kerana di luar ada anjing yang sedang menggila..
ketika ibu buka pintu, aku dengar diluar sudah sunyi..
selepas pintu rumah dibuka, aku tercari-cari diman b-chan? rupa-rupanya dia betul-betul dihadapanku.
dia sedang nazak, jantung aku berdengup kencang ketika itu. dua kali kucing itu menarik nafas seperti tersekat, sekelip mata b-chan dah tiada..aku memanggil lagi dengan bunyi yang selalu aku keluarkan ketika mahu memangilnya makan. dia tidak menyahut, aku takut, aku rasa sebak..akhirnya ibu memutuskan bahawa kucing itu sudah tiada. aku cuba juga menahan perasaan ku ketika itu.hanay Allah sahaja yang tahu persaanku bagaiman ketika itu.. selepas ibu mengalihkan kucing itu ke atas barulah kami semua masuk rumah..
aku memang dah tak boleh tidur ketika itu..menangis tanpa henti.
dalam hatiku ketika itu asyik berkata-kata,
kenapa kucing itu pergi sekarang?
aku tak sempat nk bermanja dengan dia,
aku tak sempat nak mandikan dia pun sedangkan itulah yang paling aku nak buat.
aku tak sempat berguarau dengan dia..
selepas ni, aku tak dapat bergurau dengan dia lagi dah, aku tak dapat bagi dia makan, aku tak dapat buatkan dia susu,,dengan siapa lagi aku nak bergurau senda? siapa lagi nak terkam kaki aku bila aku berjalan, siapa nak sergah aku bila aku nak buat kerja? aku rindukan semua itu..kucing ku meninggalkan dunia ini buat selamanya.keluargaku juga merasa kehilangan yang sama ayahku yang tidak menggemari kucing juga bercakap perihal yang sama..katanya baru nak bermanja dengan tomok ayah raasa sedihla..
(17 september 2010////2.40am)
sayangku, pergilah engkau dengan tenang..
b-chan akan ku ingat selamanya..

wassalam..

1 comment:

  1. sedihnya..aliyaa...
    knapa wat post yg mampu mngalirkn airmataku..haha~
    ish...
    smelah ngan my cat(o'omel)..kena kejar ngan anjing 3 ekor..sekor anjing masok kolam kene baling batu ngan my atok..haha..padan muka..
    sedih sgt...

    semoga o'omel dan tomok/b-chan rohnya tenag di alam sanaa...
    :(

    ReplyDelete