Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Friday, 19 April 2013

Cinta & Kehancuran Ep 2

Bismillah..



Assalamu'alaikum..hailaa.. lama pending blog ni kan..?? haha

aasiff ana bz study..bz organisasi..ase macam dah nak rebah dah..aishh x boleh..final lagi 3 hari.. :) doakan ana ye sahabat.. Mudah-mudahan perjuangan yang ana bawa,, mencapai mardhatilah yakni redha Allah..

okey..berbalik pada Cinta & Kehancuran Ep 2.. ana rasa gaya dah macam story lah pula..hoho bukan-bukan.. ini sekadar perkongsian dari hati ana mengikut apa yang ana rasakan adalah benar..

Cinta tu memang indah dan..keindahannya hanya orang yang pernah alami je yang boleh rasa..

bagaiman pula dengan kehancuran..? okey., ana mendapat ilham dari ini..


"Cinta kalau Asasnya adalah Allah..

Maka hati tak kan dilalaikan

Jiwa takkan menyentuh alpa..

Diri akan bergerak membina

bukan semakin terhina.."


ini ana ambil dari status facebook Akh Hilal Asyraf, seorang penulis buku dakwah dan tarbiyah yang ana kagumi.

ana hurai.. 

CINTA KALAU ASASNYA ADALAH ALLAH..

Cinta yang lahir dari hati..memang suci,, namun bagaiman kita menyalurkan rasa cinta itu..itu yang menjadi persoalan..cinta,, andai ia adalah benar-benar cinta..

 MAKA HATI TAKKAN DILALAIKAN..

okeylah,, dunia hari ni..banyak menggunakan istilah" kami tak couple..tapi just rapat je" ,, ana faham kalau enta atau enti adalah wife-to-be atau husband-to-be .. kalau berjumpa sekadar menyapa dengan senyuman., atau dengan pandangan mata. Tapi, disebalik senyuman dan pandangan mata itu.. setiap hari penuh dengan perbualan di handphone, tak pun penuh bermesej 24 jam.. okelah..kalau tak setiap masa pun. mungkin malam sahaja atau hujung minggu je ke.. Kalau dulu mungkin ada istilah couple islamik..tapi. disebabkan couple tu dah diharamkan. ada cara yang lebih intresting.. macam ni lah.. ermm kalau sekarang mungkin dah ramai guna istilah 'tunang' .. hey come-on la.. tunang pun.. bukan tiket free untuk kamu bergayut lama-lama sampai ke pagi tahu ? dah gaya macam suami isteri.. Naqib ana ada menimbulka persoalan pada usrah kami., "Sampai bila boleh tahan ? " .. 

JIWA TAKKAN MENYENTUH ALPA.. 

dah kalau si dia berani berhubung dengan antum pada tengah malam hari yang sepatutnya antum guna waktu itu untuk tidur, maksudnya si dia akan berani juga melalaikan antum dari solat dan lain-lain ibadah..tak rasa macam tu..? jiwa akan alpa.. manis cinta akan makin menggigit hati.. hati akan makin jauh dari ilahi.. 

Peringkat permulaan
mungkin mula-mula tak nak call mesej sahaja, msg kearah kebaikan..

Peringkat kedua
 kemudian, bila hati dah tak terjaga,, akan acap kali rindu menyinggah tanpa ada rasa mujahadah untuk melawan. Mula nak cuba, mesej bertanya khabar dan berlarutan soalan-soalan yang tah apa-apa.

Peringkat ketiga
Terasa bosan, tiada topik. Mula hantar mesej berunsur gurauan untuk memancing hati, kononnya inginkan kemesraan dalam perhubungan.

Peringkat keempat
Rindu yang singgah, membuatkan diri terasa ingin mendengar suara. Pada awalnya mungkin perbualan menjurus kepada kebaikan, nasihat-menasihati, dan seumpama dengannya.

namun sampai bila anda mampu bertahan ? tanpa mujahadah, perbualan yang pada awalnya kearah kebaikan akan bertukar menjadi kelalaian yang akhirnya menjadi sia-sia, membawa masalah hati dan fikiran.

DIRI AKAN BERGERAK MEMBINA.

dan seandainya asas cinta adalah Allah..diri akan terdorong untuk menjadi yang lebih soleh dan solehah, kerana untuk mencari yang soleh hendaklah menjadi yang solehah..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Namun, itu hanyalah ikhtiar dan usaha. Selebihnya berserah pada Allah kerana Dia lebih layak menentukan siapa yang layak menjadi jodoh kamu kemudian hari.

BUKANNYA SEMAKIN TERHINA

Kamu semakin hina apabila mengikut jalan cinta yang tidak syariee.
Sedarlah apa yang kamu lalui hari ini dan akan datang adalah corak dan pemangkin Generasi yang bakal kamu lahirkan akan datang.. Kalau Baitul Muslim yang ingin kamu bina, maka berubahlah dari sekarang. Mungkin ini adalah satu, perjuangan dan pengorbanan serta sumbangan kamu untuk Islam.

Hancurlah sesebuah agama dan negara kalau Islam tidak lagi diamalkan.. atau mengamalkan Islam secara separuh-separuh..kerana Islam yang syumul ini WAJIB diamalkan secara menyeluruh..

Ana ada sedikit solusi bagi mereka-meraka yang nak mengejar bercinta cara yang Islam ajarkan.. ana petik ini dari rakan blogger Mencapai Barakah Pernikahan,,


Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat yang lain selain kerana selain Allah SWT kerana apabila niat untuk merubah menjadi soleh atau solehah sebab ingin mendapat calon suami atau isteri yang baik adalah syirik hukumnya kerana menduakan Allah.. Kerana Dialah yang berhak disembah dan kepada Dia jualah hambaNya memohon pertolongan. Niatlah segalanya demi Allah mudah-mudahan ia menjadi salah satu ibadah bagi mu.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya. Jadi, pernikahan adalah cabang penyelesaiannya.

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa..

Ana berharap, apa yang ana kongsikan ini, antum baca dengan mata hati. Rendahkanlah hatimu agar Ilmu yang ana konsgikan ini menyerap, meresap, kedalam jiwamu.

wallahu'alam.

apa-apa pun, ini sekadar pendapat dan sekiranya sahabiah yang singgah di blog ana ini, mempunyai pendapat yang lain, mohon berkongsi dengan ana.dan perbetulkan hujah ana, dan malah ana sendiri banyak kelemahan dalam menguruskan kehidupan ana sebagai muslim maka tegurlah ana mana yang mampu, dan sahutlah seruan Allah dalam surah at-Taubah ayat 71

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana"

 Namun disini ana tetap tegaskan, pergaulan atau iktilat lelaki dan perempuan wajib dijaga walaupun di alam maya termasuklah chatting, komen-komen di social networking, mesej-mesej , voice chat ke ape ke.. semua sekali. ana harap tolonglah jaga. Terutama, wanita muslimat, jagalah semampumu..kerana wanita ni terkenal dengan sifat malu dan lemah lembut. Apa yang ana dapat lihat hari ini, wanita semakin hilang rasa malu..

SEDARLAH HAI WANITA ~ DIRIMU ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN

Pesanan terakhir ana.,

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka tundukkan pandangannya,memelihara kemaluannyadan janganlah memperlihatkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat..."
Surah Annur Ayat 30-31


wallahu'alam..

jaga diri, jaga hati, jaga Iman

wassalam.

p/s: ana mohon maaf seandainya ada yang terasa dengan pendapat dan teguran ana ini.. ana berharap sangat, teguran ini dapat kalian terima walaupun ia pahit.. sesungguhnya ana juga bukan dikalangan Insan yang sempurna., tegurlah khilaf ana andai ia nyata..

No comments:

Post a Comment