Assalamu'alaikum.. Ahlan Wasahlan..

''come from Allah.. and we will back to Allah..''wallahu'alam..

Friday, 26 April 2013

Erti Sebuah Persahabatan..


Assalamu'alaikum..

Salam Jumaat Buat Sahabat..
Pagi ini, ana ingin berk0ngsi tentang P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N dalam hidup ana.

apa yang kalian dapat bezakan kawan dengan sahabat..?
ana fikir, masih ramai yang keliru tentang 2 perkara ini.

Suka+hibur+berfoya-foya+mengambil kesempatan+ketawa = itu KAWAN
atau menurut Imam Syafie

"Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  

Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. "


sahabat adalah yang setia.. setia bererti sentiasa disisi mu senang sukar, dan sentiasa menjaga nama baik sahabatnya,, seperti nasihat Imam Syafie

"Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.


Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri."


Pada ana, persahabatan sentiasa ada pasang dan surut. dan saling mempercayai adalah kunci utama dalam membina persahabatan. Selemah-lemah ukhwah atas keimanan adalah bersangka baik dengan sahabatnya., namun bagaimana pula andai situasi meletakkan bahawa hanya sebelah pihak sahaja yang mempertahankan persahabatan dan disebelah pihak lagi, sentiasa memburukkan keadaan. Pada ana, dalam sesuatu situasi andai ia melibatkan perhubungan dua insan, andai berantakan.. pilihlah untuk berdiam diri, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

Namun seandainya, dengan mengeluarkan kenyataan adalah untuk memperbaiki keadaan, adalah harus diambil. Namun andai kenyataan yang dikeluarkan itu nyata membuka aib sahabatnya, ternyatalah Allah menegah. Dan kenyataan itu, adakah dikongsi pada mereka yang boleh dipercayai ? Pada ana, sahabat atas dasar keImanan, itu sahaja sahabat yang boleh dipercayai. kerana yang lainnya masih rapuh dan sangat goyah.

dan, untuk segala yang tejadi ini. Ana memilih untuk mengikuti nasihat Imam Syafie.

"Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada."


Ana memohon ribuan keampunan dan kemaafan kepada mereka yang selayaknya., mungkin Allah lebih layak menentukan takdir dan arah persahabatan ini. Namun ternyata Allah lebih tahu apa yang tersirat dihati..

Namun, untuk segala yag terjadi juga., ana memilih untuk berdamai dan memaafkan daripada menyimpan dendam ibarat bara api yang sukar dipadam.

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan."- Imam Syafie.

"Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia."-Imam Syafie


wallahu'alam..

akhrul kalam.
jaga diri, jaga hati, jaga Iman

wassalam

No comments:

Post a Comment